Sunday, January 2, 2011

Rumah saya terbakar


Malam 271210 lebih kurang jam 1145pm saya dikejutkan dengan panggilan telefon menyatakan bahawa rumah saya terbakar. Hiba hati mengenangkan famili yang kehilangan tempat tinggal.
Saya mengambil keputusan untuk balik ke kampung bagi memberi sokongan moral kepada famili.

Kepulangan saya disambut dengan titisan air hujan seolah-olah bersatu dengan perassan saya pada masa itu.Rumah tempat membesar musnah sekelip masa.

Pada masa saya ke tapak rumah yang terbakar, masih terasa kepanasan.Betapa kuatnya api yang membakar rumah saya sehingga kan selepas hujan pun masih terasa panas.(Gambar di atas ialah gambar adik saya sedang mencari barang2 yg masih boleh digunakan).


Orang-orang kenamaan datang untuk membuat tinjauan dan memberi pertolongan segera.Semoga apa yang dijanjikan dikotakan.Baru lah akan undi korang ye..Parti apa, biarlah rahsia.

Setelah tiada tempat berteduh, famili saya mengambil keputusan untuk tinggal di pondok kebun sementara menunggu rumah yg dijanjikan...Bersyukur dengan apa yg ada.

Dalam kesusahan itu, ALLAH tetap bermurah hati memberi rezeki kepada adik (MERIA SONG PEI CHING) yg baru selesai menduduki PMR.6 A 1B 1C~Ini adalah pencapaian cemerlang bagi seorang pelajar di kawasan pedalaman.Alhamdulillah.

P/s:Saya merupakan anak kacukan Iban-cina.Jd jgn hairan jika nama saya dan adik saya berlainan.

4 comments:

  1. YaAllah, kesiannya. Pasti ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Berlaku di mana ni?

    ReplyDelete
  2. Iman terima as dugaan nak nikah.Lain org lain dugaannya.Harus redha.

    Kejadian ni berlaku di rumah panjang iman di Song, Kapit.Kawasan pedalaman ni, maybe tak pernah dengar kot..

    ReplyDelete
  3. Memang dugaan besar. Semoga iman n family tabah menghadapinya dalam teruskan hari-hari mendatang. Sayu sebenarnya tengok gambar-gambar tu.

    ReplyDelete
  4. InshaALLAH, Iman redha dan harus kuat untuk famili.Memamg sayu ..Kali pertama sampai di rumah dan menyaksikan keadaan rumah tu, terus menangis.

    ReplyDelete