Thursday, January 6, 2011

Penjagaan diri sebelum hari bahagia..

Assalammualaikum semua,

Topik pada pagi ini ialah apa persiapan diri korang semua sebelum menjelang hari bahagia?

Kebiasaannya, ramai b2b akan menjalani beberapa rawatan facial dan pergi ke spa kan?

Part ini saya tak sempat pergi buat lagi atas kekangan masa setiap hari. Yela, date nikah pun ditetapkan kurang dari 100 hari dari date merisik cum tunang hari itu.Lepas tahu date itu, kelam kabut juga buat persiapan. tapi alhamdulillah, famili dan bloggers banyak membantu meringankan kekusutan ini.

Jadi, apa yang saya amalkan setakat ini ialah memakai ampoules setiap pagi dan setiap malam.Ini contoh ampoule itu.



Sekotak ini mengandungi 10 botol ampoules.



Dan ini contoh botol ampoules itu.


Apa itu ampoules?Boleh merujuk ke sini?


Apa pendapat saya mengenai penggunaan ampoules ini?

~Sangat best.Muka terasa lebih lembut dan licin .

~Rasanya bagi sesiapa yang pernah pergi membuat rawatan facial, part last mereka akan guna

ialah ampoules ini.Mereka akan bertanya kepada kita samada nak apply tak ampoules ini.Dan

akan dicaj RM30-50 untuk sebotol. Huhu, sedangkan kos membeli sekotak jauh lebih berbaloi2.

~Ada sesetengah mak /pak andam @ MUA akan guna ampoules ini terlebih dahulu sebelum

make up kan kita agar make up tahan lama dan solekan itu licin sahaja.(Part ini memang setuju

sangat, sebab saya dah tengok hasilnya.


Itu saja perkongsian dari saya.Sharing is caring.Tak gitu??XOXO.....

No comments:

Post a Comment