Monday, January 17, 2011

60 hari mencari cinta

Assalamualaikum semua,

Sebelum tidur, jenguk kejap di wedding ticker di sebelah..

60 hari lagi sebelum saya bertukar status...dari Cik kepada Puan...

60 hari mencari cinta saya..

Perasaan saya??

Masih dalam mode sibuk, jadi tiada masa untuk berfikir apa perasaan saya..

Apa yg saya tahu, saya kena buat banyak persediaan, baik dari segi fizikal dan mental.

Sebab saya nak bagi yg terbaik untuk si dia.

Yg terbaik untuk mujahid dan mujahidah kami...

Jadi, persediaan saya jauh melangkaui hanya untuk pernikahan sahaja...

Teringat kata-kata Ustaz Hasrizal di dalam bukunya yg bertajuk "Bercinta sehingga ke syurga" dan "Aku terima nikahnya".


..


"JIKA NAK BERNIKAH USAH BERFIKIR SETAKAT PELAMIN SAHAJA, FIKIR LA SEHINGGA KE LAMPIN SEKALI"

Kata-kata itu saya ingat sehingga ke hari ini.

Semoga kita sama-sama bermuhasabah diri dalam perjalanan ke arah itu.
InshaALLAH.

Sekadar perkongsian di malam Isnin ni.

Jumpa di entri yg lain.



No comments:

Post a Comment