Friday, January 21, 2011

57 hari mencari cinta-Persediaan diri menjadi ibu??

Assalamualaikum semua..

Terpana melihat tajuk entri???

Haa, x kawen lagi tapi sibuk2 buat persediaan menjadi ibu??

Hihi...Yela, bila dah kahwin nanti jadi isteri kepada yg tersayang, lepas itu kena lah proceed lg 1 stage..menjadi ibu lah kan???Siapa xnak jadi ibu???Hihi..

Saya mendapat inspirasi untuk menulis tentang persediaan ini setelah 2 orang pesakit datang untuk kaunseling semalam. 2 pasang kembar...

Sepasang kembar kanak2 lelaki dan sepasang kembar kanak2 perempuan..


They are adorable to me....super duper like them..Twins are cute!!!!!



Nak twins juga.......Amin (Ramai2 amin kan, nanti jadi kenyataan.InshaALLAH)....

Ok2, keluar topik sikit...

So, sebagai permulaan if sesiapa yg merancang nak mendapat anak awal, means boleh la mengambil folic acid 3 bulan sebelumnya ok (so 3 bulan sebelum nikah dah boleh mula amalkan).

Folic acid ni sangat-sangat lah penting untuk mencegah kejadiaan neural tube defects iaitu spina bifida dan anencephaly di kalangan bayi.

Spina bifida ialah kejadian di mana tulang belakang bayi tidak tertutup dengan sempurna dan menghasilkan benjolan di belakangnya.Rujuk gambar di bawah:




Anencephaly ialah kejadian di mana bahagian otak bayi tiada atau gagal terbentuk. Rujuk gambar di bawah:





Faktor-faktor kandungan yang berisiko untuk mendapat neural tube defects:

*Sejarah kandungan terdahulu yg mengalami masalah yg sama.

* Ada kencing manis (Type 1 dan Type 2)

*Berlebihan berat badan

*Terdedah kepada suhu yg tinggi di awal-awal kandungan(demam panas melampau).

*Bangsa/etnik( Neural tube defects are more common among whites and Hispanics)

* Low socioeconomic status.

Jadi, sebagai langkah pencegahan....................

Amalkan makan folic acid 3 bulan sebelum merancang nak mengandung atau 3 bulan sebelum nikah (kot2 bunting pelamin kan)...Hihi..

Saya nak mula makan dah.Anda bila lagi???

Saya ambil Obimin (folic acid+iron).Sebiji sehari. Harga di guardian:

RM47.60 untuk 100biji sebotol.

RM19.60 untuk 30 biji sebotol.


Selain Obimin, ada Iberet Folic acid etc.



Banyak di pasaran.Jusk ask the pharmacies ok.

Anything, boleh bertanya dengan saya juga.

Nanti update entri cara makan juga.

Haa, makan ubat ni pun ada aturannya...

Jumpa next entri ok..

P/s: Gambar semua diambil dari Mr. goggle.Thanx ye.


No comments:

Post a Comment