Wednesday, January 19, 2011

59 hari mencari cinta-Permohonan wali hakim

Assalamualaikum semua,

Lagi 59 hari mencari cinta.....

Iklan sebentar(Apa lah cerita belum mula dah ada iklan.hihi)

Sumber: Mr.Goggle



Saya masih belum selesai dengan urusan borang nikah baik dari pihak lelaki mahupun pihak perempuan.

Sebenarnya saya dah isi borang untuk pihak perempuan. Jadi minggu lepas, saya cuba ke pejabat agama untuk memohon wali hakim.

Setelah disoal siasat, ustaz itu mendapati saya ada seorang adik lelaki yang revert to Islam, so permohonan wali hakim saya ditolak.

Mengapa ditolak??

Mari kita bercerita dari mula untuk lebih faham ok.

Saya merupakan anak kacukan Iban-Cina. Emak Iban dan ayah Cina.
So, agama of course bukan Islam masa baru mula-mula lahir kan...

Saya ada 4 orang adik-beradik (3 P & 1 L).

Saya anak sulung.

Dulu, semasa adik lelaki saya lahir, dia terus dianak angkat oleh makcik saya. So, surat beranak dia pun diuruskan oleh makcik saya. Di surat beranak itu, nama mak dan ayah tidak diletakkan. Terus jek bubuh nama emak dan ayah angkat.

Faham ye setakat ni?Macam cikgu plak.hihi..

Oppss..lupa plak.

Makcik yg amik adik jd anak angkat tu bernikah dengan org Islam.So, automatik adik pun masuk Islam...tetapi di belakang nama tu tetap 'Abdullah' ye.

So, bila kakak dia ini nak bernikah, perlu lah wali kan.

Memandangkan ayah memang dah meninggal dunia 13 tahun yg lalu, tambahan pula ayah bukan beragama Islam, jadi wali itu bukan ayah lah kan.

Ayah tiri pun bukan Islam jua..Memang ayah tiri tidak boleh menjadi wali walau Islam kan..Hihi..

So, yg terdekat dengan saya sekarang ialah adik saya lah.Kan, kan, kan....

Tetapi dokumen rasmi kami tidak sama which means dalam surat beranak itu nama parents tidak sama, terdapat percanggahan di situ.

Sebab tu, mula-mula pergi jek mohon guna wali hakim.Tapi ditolak mentah-mentah setelah disoal siasat..Macam polis menyoal siasat org.huhu...

Apa yg dibuat sekarang ialah, ayah angkat adik saya perlu angkat sumpah di pejabat residen menyatakan dia telah mengambil adik saya sebagai anak angkat. Dan menyatakan bahawa dia tahu dan kenal adik-beradiknya. So, perlu ditekan di situ, saya merupakan kakak kandung adik saya, so boleh lah adik saya menjadi wali saya.

Angkat sumpah itu perlu disertakan dengan surat akuan sumpah juga. Surat itu lah yang saya akan kepilkan bersama-sama borang nikah saya untuk proceed ke urusan seterusnya which is surat kebenaran nikah di luar negeri.

Saya orang Sarawak, abang orang Johor. Tetapi kami akan bernikah di masjid Shah Alam, tempat pertama saya solat setelah revert ke Islam. Dan akan menjadi tempat saya menyerahkan hati saya kepada lelaki yang akan memimpin dan melindungi saya sepanjang perjalanan kami menuju kepada-Nya.InshaALLAH.....



Pemandangan masjid di malam hari.



Cantik kan???

Sumber:Mr. Goggle


P/s : ~Bila masa kau bersujud, aku bersujud, di situ lah hati kita bersatu~

3 comments:

  1. akak paham..makanya semua dh setel belom? huhu..

    ReplyDelete
  2. phm2..complicated juga ya...sbr2..
    hopefully semuanya berjln dgn lancar..amin

    ReplyDelete
  3. Kak Ana:Hihi...blm la akak.pakcik br nk g pejabat residen.dia bz lg..daus pun br nk balik johor urus kan borang dia hjg minggu ni..

    LittleSunshine:Tu la...complicated gak kn.pening gak ustaz tu bila Iman terang kn...hihi.InshaALLAH..Amin..

    ReplyDelete