Monday, January 31, 2011

47 hari mencari cinta:Tok kadi & bilik akad nikah~Booked & paid



Assalamualaikum semua...

Banyak entri nk update tapi sebab ada beberapa masalah saya kena attend dulu, so baru sekarang berpeluang untuk update.

2 minggu lepas, cik abang telah pergi ke Kluang dan Shah Alam. Menguruskan urusan borang nikah beliau di Kluang dan booking tok kadi serta bilik nikah di Shah Alam.

Alhamdulillah.

Penting tu, kang xder tok kadi nk nikah kn.Hihi.

Alhamdulillah, semua proses senang dan mudah. Urusan borang abg dh selesai. Dan abang berjaya book seorang tok kadi dan bilik nikah.

Ini harga bilik dan dewan untuk disewa di Masjid Shah Alam .



Mula-mula dengar word bilik jek terus saya terfikir..
"Mcm mn ye akad nikah di bilik.Adakah duduk di atas kerusi or mcm mn?".

Saya suruh abg tolong tanya.

Alhamdulillah.Bilik itu besar, muat dlm 70 orang.

Duduk di lantai.So, boleh la guna bantal nikah yg saya jahit itu.Hihi..

Nak tempek juga gambar bantal nikah tu walo dh tempek.Hihi..




Wednesday, January 26, 2011

51 & 50 hari mencari cinta - Kesibukan menguruskan perihal wali saya.

Assalamualaikum semua....

Hari ini saya kembali dengan senyuman yg paling indah untuk korg semua...

Nampak tak?Nampak tak?

Setelah apa yg berlaku pada diri saya beberapa hari yg lepas, saya bangkit dan terus melangkah ke depan.
Merempuh segala onak, duri, badai, taufan.....

Demi membina istana kasih saya dengan encik tunang...

Apa yg berlaku?

Ingat lagi tak pasal entri saya yg mengenai wali hakim ini?

Jadi, mari kita ikuti rentetan bagaimana kes saya diselesaikan ye...


24 Jan 2011

Pakcik saya telah pun pergi ke Pejabat Residen Miri untuk menyelesaikan prosedur yg sepatutnya.

Tapi malang nya, Pegawai di sana tidak membenarkan pakcik saya untuk membuat akuan sumpah tersebut.
Dia meminta pakcik saya mengemukakan semua salinan surat beranak, kad pengenalan kami sekeluarga(mak, ayah, adik-beradik). Dan surat mati sebab ayah kandung saya dah meninggal 13 tahun yg lalu.

Tetapi.......

* Surat mati ayah tiada dalam simpanan kami...Saya pun tak pasti samada surat mati itu pernah didaftar or tidak sebab saya masih kecil waktu kejadian tersebut.Br berumur 11 tahun.What do u expect????

*Saya tak salahkan emak saya.Sebab saya faham situasi emak saya.
Emak saya hanya lah orang kampung, tak pernah dihantar ke sekolah,buta huruf. Jadi, memang benda2 mcm ini emak tak tahu.
P/s Hatta if skrg emak nk telefon saya dr kmpg, setiap kali tu dia kena cr org untuk mendail no saya agar dpt menghubungi saya or adik2 saya.Kesian kn mak saya.Tp alhamdulillah, anak2 emak semua bakal menyumbang jasa untuk masyarakat....

25 Jan 2011

Saya ke Jabatan Pendaftaran Negara, Kuching untuk cuba trace balik surat mati ayah. Sah!!!
Org JPN bgtau kad pengenalan ayah saya masih aktif means kematian ayah tidak pernah didaftar. So, saya perlu mendaftar kematian ayah as daftar lewat.

Mula-mula saya diberi borang khas untuk diisi:
a)Borang III (borang daftar kematian)
b)Borang permohonan carian/cabutan daftar kematian.
c)Borang pendaftaran lewat bagi kematian selepas 7 hari kematian berlaku.

Setelah mengisi borang tersebut, saya perlu membuat laporan polis menyatakan kad pengenalan ayah dan surat 'medical certificate death (MCD)' dah hilang. (IC & MCD ayah tiada dlm simpanan kami. Selepas itu, saya dikehendaki mengangkat sumpah di pejabat residen.

Setelah selesai urusan di JPN, saya tidak ke balai polis terus. Sebaliknya, saya balik ke pejabat untuk meneruskan kerja-kerja saya. (Boss bg keluar kejap pun dh bersyukur). Saya hanya ke balai polis selepas tamat waktu pejabat.(Balai polis buka 24 jam kan?So, tiada masalah di situ.
Selesai laporan dibuat, saya kembali ke rumah seperti biasa.

26 Jan 2011

8.00pagi: Awal-awal pagi saya sudah terpacak di pejabat residen untuk membuat akuan sumpah. Proses dia sekejap sahaja.Tak sampai 10 minit..
Kemudian saya masuk kerja seperti biasa.

27 Jan 2011

Saya outstation ke KKIA Bintawa pula. Alhamdulillah, tak ramai pesakit hari itu. Jadi, saya mohon kebenaran keluar sekejap ke Jabatan Pendaftaran Negara.Saya hantar kesemua dokumen yg diperlukan.Dan alhamdulillah surat mati ayah boleh diproses. Lagi sebulan surat tersebut akan dikeluarkan. Setelah 13 tahun..........Huhu...

28 Jan 2011

Saya ke Pej agama menerangkan masalah yg dihadapi (yg pegawai di pej residen miri tak membenarkan pakcik membuat akuan tersebut). Ustaz tersebut mencadangkan saya ke Pesuruhjaya sumpah untuk membuat surat akuan sumpah. Tetapi saya harus membawa salah seorang keluarga saya untuk membuat akuan tersebut. Kemudian, akuan itu disokong oleh saya. Maka, saya membawa sepupu emak ke Pesuruhjaya sumpah membuat akuan tersebut.

Di Mahkamah Pesuruhjaya sumpah, saya meminta kertas kosong untuk menulis akuan sumpah tersebut. Setelah selesai mengarang cerita sebanyak 1 muka surat, pegawai tersebut sign & SELESAI!!!!!

Kemudian saya bergegas ke pejabat agama untuk menghantar surat akuan sumpah itu, semua dokumen & borang nikah itu. Alhamdulillah..Saya betul-betul lega bila tiada lagi masalah.

Selepas Chinese New Year, saya dah boleh mengambil borang tersebut dan submit ke tok kadi di Shah Alam...

Kemudian??Apa lagi...NIKAH!!!!!!!!!!!!!

Ok2...excited lebih2 plak..hihi...

Di sini, saya nk ucap byk2 terima kasih kepada orang2 yg banyak membantu saya sepanjang proses ini samada secara langsung atau tidak langsung.

Staff di KKIA Jawa
Pegawai di Pejabat Agama Kuching
Pegawai di Mahkamah Pesuruhjaya Sumpah
Pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara
Pegawai di Balai Polis Sentral, Kuching.
Pegawai di Pejabat Residen Kuching

Orang akan nampak saya tabah jek lalui semua ini. Tapi hakikatnya, pagi2 dalam kereta saya asyik menangis jek..Huhu...

Tuesday, January 25, 2011

52 hari mencari cinta : Perang vote sudah bermula...

Ini ialah sticky post. Sila scroll ke bawah sehingga jumpa entri terbaru. Kalau tak jumpa, cari sampai dapat.Hehe..Gurau jek.

Assalamualaikum semua,

Masih ingat lagi tentang contest ini?


Ye.Contest What's hot is getting hotter!!!!!!

Bahang kepanasan sudah pun bermula.....

Perang vote untuk contest yg dianjurkan oleh CST Production & Lynda Rahim Kuala Lumpur sudah bermula. Voting ini akan berakhir pada 11.59 malam;31 Januari 2011.

Jadi, untuk vote boleh lah ke link ini dan klik ikon like di entri no.8 ye.Entri saya yg penuh bermakna biarpun bg org lain tu benda biasa..Hihi...Klik like jek, pastu tgk sepintas lalu.Hihi...

Thanx pd yg sudi vote saya.

Sayang korang...


53 hari mencari cinta: Post bersukaria di Retreat @ Siar beach resort


Assalamualaikum semua,

Weekend yg lepas, saya busy dengan Famili Day ofis.

Tapi malas nk tulis panjang2. Apa kata kita layan gambar jek ok?


Tempat pertama ditujui Siar beach resort .Rupa-rupanya, kami sesat.kami patut ke Retreat Siar beach resort.(Terletak bersebelahan, nasib2).


Mencari signage reception.Owh, itu dia.Jom kita ke sana...


Reception


Peta kawasan Retreat tersebut

Kolam kanak-kanak


Inilah chalet kami....




Bahagian luar chalet.Tempat bersantai....



Pintu masuk.Jeng, jeng, jeng...



Tilam yg sungguh memikat kalbu...


Cermin yg terletak di atas tilam.Bangun2 jek terus ngadap cermin ni tgk muka yg comot..hihi..

Bilik air


Pemandangan pantai dari arah chalet....

Pantai agak kotor sedikit, mungkin sebab air pasang waktu ini.

Keadaan pantai di waktu pagi semasa air dah surut.







Setelah penat berjalan-jalan, saya bermain buaian.Hihi...

P/s :Tempat ini sesuai untuk bercuti dalam sehari dua saja sebab tak banyak aktiviti yg boleh dibuat. Tiada snorkelling, tiada diving. Sekadar untuk berehat-rehat di hujung minggu amat lah sesuai.




























Monday, January 24, 2011

54 hari mencari cinta: Di mana saya?

Assalamualaikum semua,

Hari ini saya sangat stress..

Sampai kan menangis.....

Tiada mood untuk update entri sepatutnya.

Tunggu lah sehingga keadaan reda.

Saya akan update apa yg berlaku.

Mungkin entri selepas ini akan pendek2 jek sebab byk masalah yg berlaku.

Susah sangat ke orang nk permudahkan urusan nikah ni.

Mereka lagi suka org buat maksiat kot....

Ok, dh melalut.

Saya nak mencari ketenangan dulu.InshaALLAH.

Sunday, January 23, 2011

56 & 55 hari mencari cinta : Berseronok di Lundu

Assalamualaikum semua....

Entri tergendala sebab sibuk dengan Famili Day..

Nanti kan update dari saya ye.

Friday, January 21, 2011

57 hari mencari cinta-Persediaan diri menjadi ibu??

Assalamualaikum semua..

Terpana melihat tajuk entri???

Haa, x kawen lagi tapi sibuk2 buat persediaan menjadi ibu??

Hihi...Yela, bila dah kahwin nanti jadi isteri kepada yg tersayang, lepas itu kena lah proceed lg 1 stage..menjadi ibu lah kan???Siapa xnak jadi ibu???Hihi..

Saya mendapat inspirasi untuk menulis tentang persediaan ini setelah 2 orang pesakit datang untuk kaunseling semalam. 2 pasang kembar...

Sepasang kembar kanak2 lelaki dan sepasang kembar kanak2 perempuan..


They are adorable to me....super duper like them..Twins are cute!!!!!



Nak twins juga.......Amin (Ramai2 amin kan, nanti jadi kenyataan.InshaALLAH)....

Ok2, keluar topik sikit...

So, sebagai permulaan if sesiapa yg merancang nak mendapat anak awal, means boleh la mengambil folic acid 3 bulan sebelumnya ok (so 3 bulan sebelum nikah dah boleh mula amalkan).

Folic acid ni sangat-sangat lah penting untuk mencegah kejadiaan neural tube defects iaitu spina bifida dan anencephaly di kalangan bayi.

Spina bifida ialah kejadian di mana tulang belakang bayi tidak tertutup dengan sempurna dan menghasilkan benjolan di belakangnya.Rujuk gambar di bawah:




Anencephaly ialah kejadian di mana bahagian otak bayi tiada atau gagal terbentuk. Rujuk gambar di bawah:





Faktor-faktor kandungan yang berisiko untuk mendapat neural tube defects:

*Sejarah kandungan terdahulu yg mengalami masalah yg sama.

* Ada kencing manis (Type 1 dan Type 2)

*Berlebihan berat badan

*Terdedah kepada suhu yg tinggi di awal-awal kandungan(demam panas melampau).

*Bangsa/etnik( Neural tube defects are more common among whites and Hispanics)

* Low socioeconomic status.

Jadi, sebagai langkah pencegahan....................

Amalkan makan folic acid 3 bulan sebelum merancang nak mengandung atau 3 bulan sebelum nikah (kot2 bunting pelamin kan)...Hihi..

Saya nak mula makan dah.Anda bila lagi???

Saya ambil Obimin (folic acid+iron).Sebiji sehari. Harga di guardian:

RM47.60 untuk 100biji sebotol.

RM19.60 untuk 30 biji sebotol.


Selain Obimin, ada Iberet Folic acid etc.



Banyak di pasaran.Jusk ask the pharmacies ok.

Anything, boleh bertanya dengan saya juga.

Nanti update entri cara makan juga.

Haa, makan ubat ni pun ada aturannya...

Jumpa next entri ok..

P/s: Gambar semua diambil dari Mr. goggle.Thanx ye.


58 hari mencari cinta-kami menghabiskan masa makan malam bersama-sama kawan-kawan

Assalamualaikum semua...

Saya sangat seronok semalam....

Saya dan abang menghabiskan masa makan malam bersama-sama dengan kawan-kawan yg datang dari Semenanjung..

Hari Rabu lepas, Ili Dalila, Hanis, Hanim, Shereena dan Suhaniza datang ke Kuching untuk bercuti-cuti Malaysia. Tapi malangnya, saya tidak dapat join mereka sebab ada kerja perlu disiapkan. Apa-apa pun, saya cuba mencari/curi masa untuk mereka.

Semalamnya, kami makan di Barok...

Nanti update picca ye. Tggu OP tak rasmi upload gambar kami....

Bear with me ok???

Taraaaaa...


Wednesday, January 19, 2011

59 hari mencari cinta-Permohonan wali hakim

Assalamualaikum semua,

Lagi 59 hari mencari cinta.....

Iklan sebentar(Apa lah cerita belum mula dah ada iklan.hihi)

Sumber: Mr.Goggle



Saya masih belum selesai dengan urusan borang nikah baik dari pihak lelaki mahupun pihak perempuan.

Sebenarnya saya dah isi borang untuk pihak perempuan. Jadi minggu lepas, saya cuba ke pejabat agama untuk memohon wali hakim.

Setelah disoal siasat, ustaz itu mendapati saya ada seorang adik lelaki yang revert to Islam, so permohonan wali hakim saya ditolak.

Mengapa ditolak??

Mari kita bercerita dari mula untuk lebih faham ok.

Saya merupakan anak kacukan Iban-Cina. Emak Iban dan ayah Cina.
So, agama of course bukan Islam masa baru mula-mula lahir kan...

Saya ada 4 orang adik-beradik (3 P & 1 L).

Saya anak sulung.

Dulu, semasa adik lelaki saya lahir, dia terus dianak angkat oleh makcik saya. So, surat beranak dia pun diuruskan oleh makcik saya. Di surat beranak itu, nama mak dan ayah tidak diletakkan. Terus jek bubuh nama emak dan ayah angkat.

Faham ye setakat ni?Macam cikgu plak.hihi..

Oppss..lupa plak.

Makcik yg amik adik jd anak angkat tu bernikah dengan org Islam.So, automatik adik pun masuk Islam...tetapi di belakang nama tu tetap 'Abdullah' ye.

So, bila kakak dia ini nak bernikah, perlu lah wali kan.

Memandangkan ayah memang dah meninggal dunia 13 tahun yg lalu, tambahan pula ayah bukan beragama Islam, jadi wali itu bukan ayah lah kan.

Ayah tiri pun bukan Islam jua..Memang ayah tiri tidak boleh menjadi wali walau Islam kan..Hihi..

So, yg terdekat dengan saya sekarang ialah adik saya lah.Kan, kan, kan....

Tetapi dokumen rasmi kami tidak sama which means dalam surat beranak itu nama parents tidak sama, terdapat percanggahan di situ.

Sebab tu, mula-mula pergi jek mohon guna wali hakim.Tapi ditolak mentah-mentah setelah disoal siasat..Macam polis menyoal siasat org.huhu...

Apa yg dibuat sekarang ialah, ayah angkat adik saya perlu angkat sumpah di pejabat residen menyatakan dia telah mengambil adik saya sebagai anak angkat. Dan menyatakan bahawa dia tahu dan kenal adik-beradiknya. So, perlu ditekan di situ, saya merupakan kakak kandung adik saya, so boleh lah adik saya menjadi wali saya.

Angkat sumpah itu perlu disertakan dengan surat akuan sumpah juga. Surat itu lah yang saya akan kepilkan bersama-sama borang nikah saya untuk proceed ke urusan seterusnya which is surat kebenaran nikah di luar negeri.

Saya orang Sarawak, abang orang Johor. Tetapi kami akan bernikah di masjid Shah Alam, tempat pertama saya solat setelah revert ke Islam. Dan akan menjadi tempat saya menyerahkan hati saya kepada lelaki yang akan memimpin dan melindungi saya sepanjang perjalanan kami menuju kepada-Nya.InshaALLAH.....



Pemandangan masjid di malam hari.



Cantik kan???

Sumber:Mr. Goggle


P/s : ~Bila masa kau bersujud, aku bersujud, di situ lah hati kita bersatu~

Monday, January 17, 2011

60 hari mencari cinta

Assalamualaikum semua,

Sebelum tidur, jenguk kejap di wedding ticker di sebelah..

60 hari lagi sebelum saya bertukar status...dari Cik kepada Puan...

60 hari mencari cinta saya..

Perasaan saya??

Masih dalam mode sibuk, jadi tiada masa untuk berfikir apa perasaan saya..

Apa yg saya tahu, saya kena buat banyak persediaan, baik dari segi fizikal dan mental.

Sebab saya nak bagi yg terbaik untuk si dia.

Yg terbaik untuk mujahid dan mujahidah kami...

Jadi, persediaan saya jauh melangkaui hanya untuk pernikahan sahaja...

Teringat kata-kata Ustaz Hasrizal di dalam bukunya yg bertajuk "Bercinta sehingga ke syurga" dan "Aku terima nikahnya".


..


"JIKA NAK BERNIKAH USAH BERFIKIR SETAKAT PELAMIN SAHAJA, FIKIR LA SEHINGGA KE LAMPIN SEKALI"

Kata-kata itu saya ingat sehingga ke hari ini.

Semoga kita sama-sama bermuhasabah diri dalam perjalanan ke arah itu.
InshaALLAH.

Sekadar perkongsian di malam Isnin ni.

Jumpa di entri yg lain.



Kek hantaran kedua-dua pihak dah ditempah

Assalamualaikum semua...

Pagi-pagi Isnin ni kemalasan agak menjalar di seluruh nadi...

Kena semangat sikit kerja..Chaiyok2!!....Hihi.

Ok2, kembali ke topik asal.Hari ni berjaya memangkah 1 dari wedding checklist..

Berjaya menempah kek hantaran bagi kedua-dua pihak.Yahoooooooo!!!!!!!!

Saya tempah di sini.

Dulu pernah tempah kek dari orang yg sama semasa hari kelahiran encik tunang tersayang.

Abang cakap sedap kek tu.So, kami tempah sekali lagi.

Jom layan kek yg saya tempah untuk abang hari tu.








Kek ni ada kura-kura sebab kami suka kura-kura.

Saya ada beli kan abang kura-kura tahun 2005 dulu.

Alhamdulillah, abang berjaya menjaga kura-kura itu sehingga sekarang.

Dari sekecil-kecil duit 50sen tu, sekarang dh membesar dan menggemuk sebesar tapak tangan abang. Nanti sesiapa yg attend majlis kami, boleh la berkenalan dengan kura-kura kami.Hihi...

Salam sayang dari kura-kura kami~Gugu & Cimi.

Sunday, January 16, 2011

My official photographer..


Assalamualaikum semua,

Hari ni nak berceloteh tentang OP saya untuk hari bersejarah saya.

OP yg saya tempah merupakan suami kepada senior saya semasa di UPM.

Semasa konvo dulu, saya telah mengambil dia sebagai OP (amboi2 konvo pun ada OP ye. Sebab murah you.Tu yg ambil juga)untuk merakam detik2 manis itu.

Dan setelah melihat hasilnya, saya tidak ragu-ragu untuk mengambil beliau sekali lagi untuk menjadi OP saya pada majlis pernikahan, makan beradab dan outdoor saya.

Tambahan pula, harga yg ditawarkan amat2 lah berpatutan.

Blogger kita Pn Hana Yoriee juga menggunakan khidmat OP yg sama.(kan Kak Ana?).Hihi..

Nak tengok gambarnya, kena tggu gambar Kak Ana siap lah dulu..

Tapi tak apa..

Mari kita layan beberapa gambar yg OP saya pernah ambil.

Layanzzzzzz.....




Gambar di atas ialah gambar senior saya juga.



Haa...Gambar Pn Hana...Pinjam gamabr ye akak.Hihi...

Ini lah OP saya...Encik Eddy.

Jika berminat, bolehlah menghubungi beliau ye.

Tinggalkan komen di bawah jika berminat.

Nanti saya bagi no telefon.

Jumpa di entri yg lain lagi.

Saturday, January 15, 2011

Contest gadis dan bunga




Assalammualaikum semua,

Hari ini saya akan memerah idea untuk mengarang entri sebelum dihantar untuk contest gadis dan bunga. Syarat-syarat contest boleh merujuk kepada Lyana MK.

Bismillahirrahmanirrahim...

Keistimewaan cinta anda dgn gambar terbaik anda bersama kekasih.


(Gambar ini diambil selepas saya ditauliahkan sebagai Lt Muda PSSTLDM. Pada malam selepas ditauliahkan, kami diraikan. Dan abang pun turut serta meraikannya.Kebetulan ada kek kahwin, jadi kami praktis ambil gambar di kek tersebut, cuma tak ada acara suap-suap.Hihi)

Bagi saya cinta kami istimewa sebab ia melibatkan pertembungan budaya, pertembungan agama, pertembungan benua.

Memang bagi kami ia satu cabaran, sebab masing-masing kena menyesuaikan diri dengan satu sama lain .Bukan antara kami-kami saja.Antara keluarga juga.Tapi alhamdulillah, sekarang kami masih dalam proses penyesuaian itu termasuk keluarga kami.Thanx kepada mak, mama, ayah, apai(ayah dalam bahasa iban), abg, kakak, dan adik-adik yang berusaha menyesuaikan diri juga.*Terharu seh.Bukan senang untuk menyesuaikan diri tau dalam budaya orang*
Walaupun apa-apa pun, pertembungan ini lah menyebabkan kami belajar untuk saling bertolak ansur, hormat menghormati.Dan yg paling penting, saling sayang-menyayangi.Hihi..

2. Warna yg disukai
Biru dan putih


3. Tema kaler
Biru dan putih juga.Hihi..

4. Kenapa anda ingin mendapatkan nya
Memandangkan majlis saya hanya akan berlangsung sekali seumur hidup sahaja(tiada majlis bertandang or menyambut menantu) bagi kedua-dua pihak, saya ingin merasa sentuhan gubahan bunga tangan dari Lyana. Ia akan menjadi kenangan sepanjang hayat.

5. Tarikh tuk deliver hadiah giveaway tuh
Sehari sebelum iaitu pada 18 Mac 2011.

6.Tag kepada 3org B2b
Lina
Liza

Tara, dah siap juga akhirnya.
Thank you Lyana MK.



Thursday, January 13, 2011

Teaser baju nikah/sanding

Assalammualaikum semua,

Dengan ini, sukacita dimaklumkan baju nikah/sanding saya dah siap.(Tak finalized lagi nak guna utk nikah or sanding).

Happy sangat!!!!!!



Ini ada sedikit teaser untuk bajunya.



Ini bahagian atas baju.

Ini bahagian bawah baju.

Errkkk?Nape nmpk ada belahan..

Haa, nk tahu??Tggu review lepas nikah ok....

Tengok apa ada di situ.


Ingin tahu lebih lanjut??

Kena la attend majlis nanti ye..

Design baju ini ialah jubah moden dan merupakan hasil rekaan saya sendiri tetapi direalisasikan oleh tukang jahit.Hihi.

Inspirasi dari baju yg dipakai oleh Liyana Jasmay dalam majalah pengantin tahun lepas.(Nanti upload picca bila jumpa ye).

Beading pun hasil perbincangan saya dengan kakak yang jahit manik itu.

Oh, saya sangat gembira melihat baju saya.

Rasa macam nak nikah sekarang.

Jom abang.Hihi...

Wednesday, January 12, 2011

Harga Sebuah Kereta dan Anak

Kisah ini diambil dari satu sumber di internet.Tiada link disertakan.Jadi kepada penulis, saya mohon berkongsi artikel anda ye.So, mari kita hayati bersama-sama.


Ingatlah..... marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak keterlaluan.
Kepada semua parents, sebuah kisah untuk dijadikan iktibar dan
pengajaran.. ....


Sebagai ibu kita patut juga menghalang perbuatan suami kita memukul,
especially pada anak2 yg masih kecil dan tak tau apa2 lagi tu.

Mengajar dgn cara memukul bukanlah cara terbaik,mungkin dah sampai masa
untuk badan2 kebajikan educate org M'sia untuk praktikkan konsep 'time
out' jika anak2 buat salah.

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain dikota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.

Anak tunggal pasangan ini perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibelibapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.

Ya... kerana kereta itu berwarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit...

'Siapa punya kerja ni?'...

Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga
beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah
bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan.. .

'Tak tahu... !'

'Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik si isteri pula.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari
bilik. Dengan penuh manja dia berkata...

'Ita buat ayahhh.. cantik kan.!' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja
seperti selalu.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, antara setuju dan takut pada suami dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.

Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu,pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.

Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidur kanak-kanak kecil itu..

Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, pembantu rumah mengadu kedua-dua belah tangan si anak
bengkak. ..

'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan
masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya, sementara si
ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas.

'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan
Ita terlalu panas.

'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap'
kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik.Doktor mengarahnya
ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu
kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar.kata-kata itu. Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayahdan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata berkata...

'Abah... Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah... sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria..

'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat
lagi!
Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng
kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.


P/S :-
Jadikanlah cerita ini sebagai renungan kita bersama...
Anak adalah kurniaan Allah. Hargailah anak anda...
Bersyukurlah anda dikurniakan anak olah Allah.......
Bagi yang masih belum mempunyai anak, mereka ini amat.
menghargai kanak-kanak. .. Bagi anda yang mempunyai
anak curahkanlah kasih anda sepenuhnya kepada
mereka...

Sunday, January 9, 2011

HIV test~Finger prick vs venous blood



Assalammualaikum dan selamat berhujung minggu semua,

Apa khabar kawan-kawan semua?

Apa plan hujung minggu ini?

Hari ini selesai 2 perkara dah.Alhamdulillah..

Apakah 2 perkara itu?

1. Dah buat ujian HIV.

2. Dah booking homestay untuk famili nanti.

Tapi perkara nak fokus ialah ujian HIV. Pagi tadi mesej cik abang ajak pergi buat ujian HIV.

Apa ke benda pergi buat ujian HIV hujung minggu ko ni?

Eh, aah..klinik mana ada buka kan..

Hehe...Yang sebenarnya saya suruh abang saja yang ambil darah saya untuk ujian HIV itu di hospital tempat abang bertugas.

So, tak perlu lah pergi ke klinik dan ambil no giliran bagai. Jadi kalau ada yg bertanya saya tentang prosedur untuk ujian HIV itu, saya tidak tahu sebab saya tidak melalui proses itu.

Hihi..Tapi yang pergi ke klinik buat ujian HIV itu lagi tak sakit.


Mengapa tak sakit?
Sebab di klinik mereka guna rapid test, which is mereka guna finger prick jek,sakit sikit jek.Macam gambar di bawah ini.



Tapi saya tadi, abang ambil venous blood, means abang cucuk lengan saya dan ambil darah sebanyak 3 ml untuk ujian HIV. Lebih kurang macam gambar di bawah ini lah cara abang ambil darah saya. Tak sempat snap apa-apa gambar sebab kejap saja tadi. Sampai di hospital terus abang bawa ke bilik ambil darah dan cucuk terus. Main terjah jek abang ye. Nasib saya jenis tak takut kena cucuk.Yela, saya kan kuat.Blueeekkkkk.....haha..



Lepas tu, saya pula cucuk lengan abang dan ambil darah dia..

Eh2, ko ni.Tipu betul la...

Hihi.Nanti kawan abang akan ambil darah untuk abang pula.Kalau saya yg ambil darah abang, nanti x sedar2 pula abang.Hihi...

So, b2b yg lain, jangan takut buat ujian HIV. Tak sakit if ambil finger prick nyer.
Saya punya tadi macam nampak sakit tapi tak sakit langsung sebab abang buat dengan penuh kasih sayang..Hihi...Thanx abang....