Sunday, December 25, 2011

Entri di tahun baru

Assalamualaikum semua,

Lama blog ini bersawang.Mood untuk update blog tiada sebab ketandusan idea & masa.

Tiada idea untuk digarap.*Padahal banyak jek benda boleh cite.Alasan org malas.Hihi..

Tiada masa untuk menulis.*Iye, ini memang diakui memandangkan tahun ni saya perlu menanggung tugas orang sehingga pengganti dia datang. *Owh, cepat la polan si polan datang.

Ok2, dengan kehadiran tahun baru ini, saya rasa ingin menulis entri permulaan untuk tahun 2012 ini.

Nak tulis apa ye???

Hehe..Rasanya sesiapa yang kenal memang dah tau kan saya dah bersalin.

Iye, saya dah selamat berSALIN pada 28.11.11 yang lepas.Alhamdulillah.

So, entri ni saya nak mengabadikan saat-saat genting saya semasa bersalin.

27.11.11

Malam ini lebih kurang pukul 11.30, perasan ada bleeding masa nak kencing.Jadi, bagitau la hubby.Hubby tengok darah tu dan cakap tunggu dulu.So, pergi lah tidur balik.Sambil-sambil tu sembang2 dengan hubby.Then teringat tak masuk kan madu lagi dalam beg untuk dibawa ke hospital itu. Jadi, bangun dan ambil madu tu.

Selepas tu, sambung tidur balik.Baru jek baring, terasa cairan mengalir lagi..

Cakap dengan hubby then hubby pun cek lagi. Jadinya, hubby decide untuk pergi ke hospital malam itu juga.

Sampai di hospital, terus ke wad untuk pendaftaran.Jam dah pukul lebih kurang 12 pagi dah. Lepas jururawat tu daftarkan, dia tolong cari Doktor perempuan untuk periksa saya.

Hehe.Tak request pun, tapi saya anggap ini special treatment untuk saya.

Masa nak naik atas katil untuk baring, tiba-tiba rasa seluar dah basah dengan air suam.
Sah!!Air ketuban saya dah pecah. Cakap kt hubby, dah leaking..

Hubby suruh baring jek atas katil untuk diperiksa.
Saya pula segan, sebab seluar dah basah, dah sah-sah la katil tu akan basah juga.Sempat lagi nak rasa segan masa ni cik kak.haha..

Dengan segan silunya saya cakap kt Dr, dah leaking.Dr tu cakap takpe.Baring jek.

Dengan penuh sopan santun juga, saya baring. Siap sedia untuk diperiksa.

Soalan pertama Dr itu untuk saya:

"Hubby u tak nak periksa awak ke?"(Hubby merupakan Dr di hospital yg sama)

"Takpe Dr.Dr saja yg periksa"

Lama juga Dr tu periksa saya.

Antaranya buat CTG baby, ambil sampel dari cervik (untuk apa tak tahu), dan buat VE sekali.

Masa Dr buat VE tu, Dr tu terkejut sebab bukaan sudah 3 cm.

Tapi saya tak rasa apa-apa pun.

Terus dia suruh daftar kan saya malam itu untuk masuk ward.

Perasaan saya?Blurr lagi..hihi...

Selesai diperiksa, saya diarahkan untuk masuk ward.

Dan untuk kesekian kalinya, memandangkan hubby Dr kt situ. nurse pun cari bilik single untuk saya.

*Pada saya, bagus juga sebab hubby yang akan menjaga & memeriksa saya sepanjang proses untuk bersalin nanti.So, tak la mengganggu pesakit lain.

Ok, masuk bilik, ada 1 bilik mandi + tandas di situ. Setelah siap bertukar pakaian, hubby balik ke rumah kejap untuk mengambil barang-barang yang lain. Sementara saya diarahkan untuk tidur agar cukup tenaga untuk meneran esok.

Eye eye sir..Saya yang menurut perintah.

Sepanjang peninggalan hubby, saya hanya tidur-tidur ayam.
Menahan sakit, sebab contraction dah mula terasa tapi masih mampu untuk tahan.

Jadi, teruskan tidur-tidur ayam.

Tiba-tiba, terasa makin kerap contraction itu.

Otak terus ligat berfikir. Nak buat apa ye, sebab otak hanya ada 2 teori ini saja:

1.Bersalin anak pertama biasa akan mengalami kesakitan antara 8-12 jam. (Saya mengandung anak pertama masa ini).

2. Makin kerap contraction bermakna dah dekat nak bersalin.(Secepat ini ke saya mengalami contraction kerana baru mengandung pertama kali).

Terus saya capai handphone & mesej hubby suruh cepat datang.

Dalam 10 minit begitu, hubby datang.

Dia cek la apa-apa yang patut.

Saya:Abang, macam mana?Berapa bukaan dah?

Hubby: Dah 6 cm..Tak apa, kita tunggu lagi 10 minit..(Teori : Kalau bukaan dah 4 cm, pesakit akan ditolak terus ke bilik bersalin).


Masa ini, saya memang dah hampir menangis menahan sakit sebab sakitnya agak kuat berbanding tadi.Cakap kt hubby x tahan..huhu.Tapi hubby suruh bersabar.

Terus menerus saya merengek x tahan sakit.

Agaknya hubby kesian tengok, terus dia buat VE lagi.

Dah 8 cm dalam beberapa minit saja?????(Cepat giler bukaan itu).

Hubby terus pergi panggil nurse untuk tolak ke bilik bersalin.

Masa ini, sakit dah makin kerap dan kuat.Saya dah x tahan sangat. Merayu-rayu kt hubby suruh cepat.Hampir-hampir menjerit....Huhu.

Kelam kabut juga nurse tolak saya ke bilik bersalin.

Sampai-sampai bilik bersalin, hubby cek lagi...

Dah 10 cm dan dah crowing!!!!!!!!!!!!

Apa lagi, nurse dan hubby terus bertungkus-lumus untuk membantu saya bersalin.

Dalam kesakitan itu, saya kena tukar baju pink ke baju putih.Kena tukar katil lagi.

Alahai, tahan jek la...sambil merengek2.Huhu...

Dalam keadaan agak kelam kabut itu juga, hubby dah ready untuk sambut baby.

So, saya teran jek la...

Alhamdulillah, 2 kali teran jek baby dah keluar.

Baby terus menangis..

Terharu...Alhamdulillah..Syukur sangat-sangat bila dapat menatap wajah si comel itu.

Alhamdulillah, dipermudahkan juga untuk bersalin.

Sakit mula 2.15am, saya bersalin 3.39am...

Sekian saja untuk entri kali ini.Nanti saya cuba menulis lagi..Hihi.Si kecil saya nak mandi..

Monday, October 10, 2011

Muncul kembali???

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,



Lama saya tidak update blog.
Penyakit malas melanda...Huhu.
Apa-apa pun, saya nak promote business baru saya.
Baru nak berjinak-jinak dalam business online.

Berminat nak tahu?

Sila klik ke sini .

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday


Masa honeymoon di Langkawi.

Love this scene.

Monday, July 11, 2011

Review: Bunga tangan saya yang disponsor

Assalamualaikum semua...

Ini entri pendek.Hihi..

Nampak x bunga tangan itu??

Itulah bunga tangan saya semasa majlis pernikahan saya yang lalu. Bunga tangan yang menggunakan full fresh flower.



Penggubahnya???

*


*


*



*


*


*

Digubah dan disponsor oleh Hana Yorie kerana menempah muffin dari Sedapsedap belaka sebanyak 1000pax.Untuk maklumat lagi lanjut boleh berhubung dengan beliau di sini.


P/s Terima kasih banyak-banyak Kak Ana sebab sudi sponsor bunga tangan yang cantik itu.Iman suka sangat2...

Friday, July 1, 2011

Ulasan tentang majlis pernikahan saya


Malam 18 Mac 2011

Hari yang dinanti-nantikan bakal muncul...
Hihi...Jika ada yang bertanya perasaan saya ms tu, saya akan cakap entah..
Tak tahu rasa apa sebab perasaan itu bercampur baur..
Ada gembira...ada takut...ada blurrr..ada sedih...ada konfius...
Malam tu tak payah cerita la...di kala semua famili & kawan-kawan tidur, saya golek kiri kanan jek.
Mata tak boleh nak lelap..Aduhai mata. nasib keesokannya mata tak lebam..

Jadi, pukul 6 pagi 19 Mac 2011, saya lah orang yang paling awal bangun untuk mandi dan bersiap. Sebab dah janji dengan mak andam by 7 pagi dah ready kn muka utk disolek.
Masa ni rasa macam mimpi yang lagi beberapa jam akan menjadi isteri kepada insan yang saya sayangi.Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.
Pagi itu, kawan sama sekolah saya telah membeli roti untuk saya dan keluarga bersarapan.Tq nilam.

Tara..saya yang sudah disiapkan.Memang tepat pada waktunya mak andam ini menyolek saya.

Masanya semakin hampir...Masa untuk bertolak ke masjid...Ok2, saya dah mula nervous.Tapi disebabkan saya jenis yang pandai kawal diri, nampak x nervous sgt...Tapi, saya tetap main sembunyi2 bila dah sampai di masjid...

Kami sampai di perkarangan masjid lebih kurang jam 10 pagi. Pada ketika kereta berhenti di tempat parking, perasaan menjadi x keruan.Betul ke saya akan melalui detik2 ini lagi beberapa ketika.Huhu..menjadi pengantin pada masa itu membuatkan diri saya menjadi malu.Maklum la menjadi perhatian ramai.Lihat lah saya berjalan di tengah2 rombongan untuk cover rasa malu & nervous itu. Hihi...
Dari jauh lagi saya sudah ternampak kekasih hati saya..Hati ini terus berdebar-debar.Nasib la ada pengapit di sebelah yang mengurangkan debaran saya.

Mari kita lihat rombangan pihak perempuan bersama2 hantaran utk pihak lelaki.


Sirih junjung yang dibuat oleh kawan2 saya


Jam tangan untuk si diaKek hantaran berbentuk TV plasma atas permintaan cik abg


Baju & seluarKasut


Coklat pralineDompet & tali pinggang

Halwa




***
Sebelum akad nikah dimulakan, seperti biasa tok kadi memberi khutbahnya terlebih dahulu. Dan tok kadi ini memang sempoi.





Beberapa ketika..Tiba saat itu.

Tok kadi cakap: "Ready. Cameraman standyby"..

Masa ini, semua orang pun gelak..

Tiba-tiba....

Saya macam baru tersedar dari mimpi...

Eh??????dah baca doa????Cepatnya???

Cik Fatin merangkap pengapit saya pun berkata;Alhamdulillah, kitak (awak) dah selamat menjadi isteri orang.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz saya sah menjadi isteri kepada insan yang saya sayangi.
ALLAH permudahkan urusan nikah saya. Teringat kembali betapa susah untuk saya dapatkan wali saya dulu. Rupa-rupanya ALLAH permudahkan urusan nikah ini.Alhamdulillah...Memang dari saat abang baca akad nikah itu sehingga berdoa, prosesnya amat cepat. Rasa dalam beberapa saat saja sudah selesai.Oh, saya terkesima bila dah sah itu...


Selesai bacaan doa, proses seterusnya pula.Upacara penyerahan mas kahwin dan acara batal air sembahyang. Saya tempekkan gambar untuk tatapan kalian ye.


Sebelum pulang ke rumah untuk acara makan beradab, kami bergambar di sekitar masjid itu dahulu..


Di rumah, acara bertukar barang-barang hantaran pula.Hantaran untuk pihak lelaki, saya dan kawan-kawan hias sendiri...Biarpun ringkas, tapi saya sangat berpuas hati dan bangga dengan hiasan hantaran itu...

***

Ini pula persalinan untuk makan beradab..



Persalinan untuk memotong kek..


Majlis kami ringkas saja, tak ada protokol yang khas.

Yang penting semua tetamu gembira di majlis kami dan mendoakan yang terbaik untuk kami...

Ye, atas doa itu juga dan dengan izin ALLAH, rezeki kami murah...Dapat g honeymoon, sebab plan untuk honeymoon tak ada dalam senarai.Tiket untuk honeymoon dibeli seminggu sebelum nikah...Selepas honeymoon pula, ALLAH hadirkan permata hati kami dalam rahim ini pula.Alhamdulillah....Dan sepanjang mengandung ini pula, ALLAH permudahkan setakat ini.Tiada alahan/morning sickness....Ye, itu semua atas doa-doa kalian samada yang hadir atau tidak hadir ke majlis saya...Terima kasih semua...

Kini saya bahagia menjadi isteri kepada insan itu;Mohd Firdaus....Masih dalam proses belajar untuk rumahtangga ini.Semoga berbahagia hingga ke syurga.Amin...


P/s : Maafkan saya atas kelewatan mengulas tentang majlis saya ('',)

Tuesday, June 21, 2011

FORMULA SARANAN BERAT UNTUK IBU MENGANDUNG



Assalamualaikum semua,

Kali ini, saya nak berkongsi mengenai kenaikan berat badan semasa mengandung. Berikut merupakan formula yang telah digunapakai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebelum itu, anda semua perlu tahu mengenai BMI/indeks jisim tubuh masing-masing sebelum mengandung ye.

Indeks Jisim tubuh (kg/m2)

Jumlah saranan kenaikan berat badan (kg)

Kenaikan berat badan masa trimester 1 (kg)

Kenaikan berat badan masa trimester 2 dan 3 (kg/minggu)

Kurang berat badan

12.5-18

2.3

0.49

Normal

11.5-16

1.6

0.44

Berlebihan berat badan

7.5-11.5

0.9

0.30

Formula=Berat badan saranan trimester 1 + Usia kandungan terkini -14 [Berat

saranan untuk minggu terkini]



Contoh :

Berat badan Alisha sebelum mengandung ialah 42 kg dengan ketinggian 151 cm.

Kini, usia kandungan Alisha mencecah 19 minggu 3 hari dan berat Alisha ialah 48 kg.

Adakah berat Alisha sesuai dengan usia kandungan atau dah berlebihan?



Pengiraan:

Indeks jisim tubuh Alisha= 42 kg/ [1.51 m x 1.51 m]

= 18.42 kg/m2 (Kurang berat badan)

Formula = 2.3 kg + [(19-14) x (0.49)]

= 4.75 kg


Kesimpulan :

Sepanjang 19 minggu 3 hari mengandung, Alisha telah naik sebanyak 6 kg. Namun mengikut saranan, Alisha hanya boleh naik sebanyak 4.75 kg. Ini bermakna, berat Alisha telah naik melebihi saranan yang ditetapkan.


P/s:Sebarang pertanyaan, boleh ditinggal di ruangan komen.

Friday, June 3, 2011

Perkembangan terkini permata hati abang & sayang

Assalamualaikum semua,

Entri ini ditulis sebagai catatan dan kenangan untuk tatapan si comel kami yang akan lahir hujung tahun ini.

Memandangkan saya kerja di klinik kesihatan ibu dan anak, maka saya selalu mengambil peluang untuk scan permata hati kami ini. Sangat suka bila masa scan nampak dia bergerak-gerak seolah-olah si dia gembira bertemu dengan uminya.

Ini adalah scan pada minggu ke-6. Masa ini hanya nampak kantung bayi saja. Tapi cukup untuk mengesahkan yang kita mengandung.




6 weeks 5 days



Apabila masuk minggu ke-8, saya scan lagi permata hati kami. Alhamdulillah, sudah nampak dengan jelas si dia sedang membesar dengan sihat. Malah denyutan jantungnya sudah kedengaran masa ini. Rehat elok-elok ye sayang dalam rahim umi ini.InshaALLAH, umi akan jaga sayang sepanjang 40 minggu ini.

8 weeks 4 days

Minggu kesepuluh, saya scan lagi. Saja rindu nak jumpa.Si dia semakin membesar. Masa ini sudah sepanjang 2.4 cm..


10 weeks 0 day



Ok, jumpa lagi dengan pada minggu ke-11.Alhamdulillah, sudah memanjang jadi 4.98 cm. Cepat nyer anak umi & ayah membesar...


11 weeks 5 days


Esok mama & ayah akan datang dari Kluang untuk melawat saya & abang. Semoga mereka gembira melihat scan cucu pertama mereka ini.

P/s Semoga ALLAH lindungi si dia sehingga minggu ke-40.Amin.

Pengambilan kalsium seharian untuk ibu-ibu mengandung





Assalamualaikum semua,

Lama menyepi. Saya dah update tentang majlis saya, tetapi kamera hilang pula. Sedih sebab saya tidak sempat transfer gambar-gambar sekitar persiapan majlis itu untuk diupload ke dalam blog. Sedang mencari gambar yang lain untuk dimuat turun ke dalam blog.Jadi, harap bersabar ye...

Ok, hari ini ada sedikit perkongsian tentang pengambilan kalsium untuk ibu-ibu mengandung.
Semua sedia maklum kan kepentingan kalsium;untuk kekuatan tulang dan gigi. Jadi, bila dah mengandung ini, pengambilan kalsium ini amat penting, sebab bayi perlukan kalsium untuk pembentukan tulang dia.

Keperluan kalsium untuk ibu-ibu mengandung yang berusia 19-50 tahun ialah 1000mg sehari (Sumber:Recommended nutrients intake for Malaysia,2005).

Jika pengambilan kalsium ini kurang dalam seharian, bayi akan menyerap kalsium dari tulang-tulang ibu. Apabila si ibu dah mencecah usia 40-an ke atas, risiko untuk mendapat osteoporosis amat la tinggi.Jadi, mari amalkan minum susu mulai sekarang.

Bagaimana nak cukupkan keperluan 1000 mg kalsium ini.



~Minum 2 gelas susu (3-4 scoops susu tepung) sehari sudah memadai.

Beberapa peringatan dalam mengamalkan minum susu ini:

1.Bagi yang berlebihan berat badan boleh la amalkan minum susu rendah lemak UHT itu.

2. Bagi yang ada risiko untuk mendapat kencing manis, digalakkan untuk minum susu tepung yang putih saja. Susu berperisa coklat/strawberi tidak dibenarkan.

3. Bagi yang langsung tidak boleh minum susu, boleh cuba untuk minum susu soya yang ada kalsium. Boleh cek di label ye.

4. Bagi kes yang teruk di mana semua jenis susu pun tak dapat minum, dibolehkan untuk mengambil supplement kalsium. Tapi pastikan beli pil yang mengandungi 500 mg kalsium sebiji, sebab badan kita tidak dapat menyerap kalsium lebih dari 500mg dalam satu-satu masa.

5. Dilarang minum susu/makan pil kalsium dalam tempoh 2 jam sebelum/selepas makan.

6. Dilarang mengambil pil yang mengandung zat besi (hematiniks, obimin,iberet, sangobion etc) bersama-sama susu/pil kalsium.

*Penyerapan kalsium dari susu/makanan adalah lebih berkesan dari pil laksium itu sendiri.

Sebarang pertanyaan boleh la ditinggalkan di ruangan komen ye. InshaALLAH, saya cuba bantu berdasarkan apa yang saya tahu dan saya pelajari.

P/s: Amalkan makan secara seimbang berdasarkan piramid makanan Malaysia yang terbaru (2010).





Tuesday, April 19, 2011

Cara makan pil yang ada iron/ferrous



Assalamualaikum semua,

Ingat lagi tak pasal entri ini.

Jadi, di sini saya akan buat entri mengenai cara untuk memakan pil tersebut.

Untuk makluman, saya tak jadi makan pun pil obimin itu. Sebab pilnya BESAR........Susah saya nak telan.Huhu. Maka, saya pun mencari alternatif yang lain iaitu SANGOBION.....Kesemua pil ini sama saja.Mengandungi ferrous (iron), folic acid, vitamin C etc. Cuma bagi saya Sangobion ini senang ditelan sebab pilnya kecil dan tidak berbau. Kebanyakan pil yang lain berbau seakan-akan bau besi berkarat. Ini salah satu penyebab saya loya bila makan pil selain Sangobion.

Sumber:Mr. Goggle

Maka, di bawah ini ialah tips-tips untuk makan pil tersebut :

P/s:Tips ini boleh diaplikasikan ke atas semua pil-pil yang mengandungi iron/ferrous.

Sila:

1. Makan pil tersebut dalam masa sejam ke dua jam sebelum atau selepas makan.

2. Jangan makan pil tersebut dan minum air kopi/teh/susu serentak. Sebaik-baiknya pil tersebut diambil bersama air kosong atau jus buah. Jika hendak minum air kopi/teh/susu, pastikan ada selang masa sejam antara waktu makan pil tersebut.

3.Jika berasa pening selepas makan pil tersebut, sila baring sebentar.

Akhir sekali, sila amalkan makan pil-pil tersebut sebelum anda merancang untuk bernikah/mengandung.

Thursday, April 14, 2011

Alhamdulillah





Assalamualaikum semua,

Fuhhh..fuhhh..berhabuk blog ni......Huhu.Ampunkan daku.Lately sangat2 letih....


3 minggu 6 hari telah berlalu...bermakna sudah hampir sebulan saya menjadi isteri kepada abg. Masih dalam proses belajar mengenali dirinya. Mengenai kehidupan kami...Sangat seronok sebab hari2 ada jek benda baru akan dipelajari dan diperbaiki.....Alhamdulillah....

Dan.............

Ada sesuatu yg saya nk kongsikan bersama di sini:

Beberapa minggu yang lalu, abang asyik ckp yg badan saya panas. Saya ingat kan perkara biasa.

Sehingga pada hari period saya terlewat dah (6 April 2011), saya dah suspek sumthing. Tapi saya diam kan jek.

Ahad lepas (10 April) period saya tak juga kunjung tiba.Maka, pagi2 lagi saya pergi ke farmasi untuk membeli sesuatu.

Apakah sesuatu tu????
Haha..mesti korg dpt teka dh....

Yela2, saya beli urine pregnancy test......

Lepas tu,balik rumah, saya terus masak dan siap2 untuk bersolat zohor bersama2 abg. Sebelum ambil wuduk, saya telah menguji kit tu pada air kencing yg telah saya simpan siap2 awal pagi
tadi. (Nk uji bagus guna air kencing yg pertama di awal pagi kerana ms itu hormon pregnancy (hcg) adalah paling pekat/tinggi pada waktu ini).

Dan keputusannya ialah:


*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
POSITIF.....

Alhamdulillah...Bunting pelamin la ni.

Perasaan saya?Mesti lah seronok dan berdebar2.

Yela, ALLAH bg rezeki awal.


Setelah dapat keputusan tu, saya tak bgtau abg terus. Kami solat bersama2 dulu.
Usai solat, saya minta abg tunggu di bilik tidur sementara saya pergi dapat kn kit tu td.
Tunjuk kt abg......

Reaksi abg??

Hihi...Abg hepi sgt.

Alhamdulillah, secepat ini ALLAH memberi rezeki kepada kami.

Sehingga entri ni ditulis, permata hati kami baru berusia 5 minggu.

Ini kot bentuk my baby dlm perut skrg utk minggu ke-5...Alhamdulillah..

Semoga kandungan ini sihat sehingga minggu ke-40.

Doakan saya dan bayi dlm kandungan ini sihat ye sepanjang lg 8bulan ni...


Eh, saya baru bernikah 3 minggu 6 hari. Tapi usia kandungan saya sudah 5 minggu????

Sebenarnya usia kandungan dikira mula dari hari pertama period terakhir kita.So, by the time kita conceive (ovum bertemu dgn sperma), kita dh dikira sebagai 2 minggu mengandung. Hari paling subur ialah hari ke-14 kebiasaannya. That's why dikira as 2 minggu. A week sebelum nikah saya memang bercuti.By the time honeymoon, ms tu memang saya berada dlm phase subur. So, apa lagi..Memang senang la nk conceive.Alhamdulillah....

Sperma yg cuba menawan hati ovum..hihi...Minggu ke 2..

Sel telur pada minggu ke-4...

Dan atas sebab ini lah saya tidak menwar-warkan kandungan saya pada umum seperti di fb.Saya tak nk org berdosa dgn berfikir yg bukan2 sbb x semua tahu tentang benda ni.Jadi, permintaan saya, bg sesiapa yg membaca entri ni, jgn post ape2 atau wish congratz di fb saya ye. Saya akan umumkan setelah baby di scan pada minggu ke-7 nanti.Hihi... Sayang korang..

Esok 160411, genap 6 tahun perkenalan kami. Dan pada 190411, genap sebulan pernikahan kami...Dan ini hadiah paling berharga bagi kami berdua.

Tiada lain lagi yg mampu kami ucapkan, melainkan Alhamdulillah...

Dan terima kasih kepada korg2 yg turut mendoakan kami.

P/s: Tak sabar nak scan minggu ke-7.Nak dengar dengupan jantung permata hati kami..


Wednesday, March 30, 2011





Assalamualaikum semua,

Lama blog tidak diupdate...Tersangat sibuk, sebab selepas majlis, terus g honeymoon, then balik ke Sarawak, terus pindah rumah & kemas2 rumah....

Saya akan update blog ini satu per satu ikut rentetan ye.Mula dari majlis nikah,makan beradap. potong kek dan honeymoon ....

Untuk tatapan semua, ini ada beberapa picca sebagai pengenalan dulu.hihi...

Debaran menunggu akad nikah dilafazkan..

Alhamdulillah, dgn sekali lafaz, sah menjadi permaisuri kepada beliau.
Cincin tanda pengikat kasih...

Gelang pula...
Salam pertama sbg seorang isteri...

Kasihku abadi dalam setiap dengupan jantungmu..


P/s : Review tentang wedding saya dari beberapa kawan tersayang.
Kak Hana & Adik Ili Dalila.