Sunday, December 25, 2011

Entri di tahun baru

Assalamualaikum semua,

Lama blog ini bersawang.Mood untuk update blog tiada sebab ketandusan idea & masa.

Tiada idea untuk digarap.*Padahal banyak jek benda boleh cite.Alasan org malas.Hihi..

Tiada masa untuk menulis.*Iye, ini memang diakui memandangkan tahun ni saya perlu menanggung tugas orang sehingga pengganti dia datang. *Owh, cepat la polan si polan datang.

Ok2, dengan kehadiran tahun baru ini, saya rasa ingin menulis entri permulaan untuk tahun 2012 ini.

Nak tulis apa ye???

Hehe..Rasanya sesiapa yang kenal memang dah tau kan saya dah bersalin.

Iye, saya dah selamat berSALIN pada 28.11.11 yang lepas.Alhamdulillah.

So, entri ni saya nak mengabadikan saat-saat genting saya semasa bersalin.

27.11.11

Malam ini lebih kurang pukul 11.30, perasan ada bleeding masa nak kencing.Jadi, bagitau la hubby.Hubby tengok darah tu dan cakap tunggu dulu.So, pergi lah tidur balik.Sambil-sambil tu sembang2 dengan hubby.Then teringat tak masuk kan madu lagi dalam beg untuk dibawa ke hospital itu. Jadi, bangun dan ambil madu tu.

Selepas tu, sambung tidur balik.Baru jek baring, terasa cairan mengalir lagi..

Cakap dengan hubby then hubby pun cek lagi. Jadinya, hubby decide untuk pergi ke hospital malam itu juga.

Sampai di hospital, terus ke wad untuk pendaftaran.Jam dah pukul lebih kurang 12 pagi dah. Lepas jururawat tu daftarkan, dia tolong cari Doktor perempuan untuk periksa saya.

Hehe.Tak request pun, tapi saya anggap ini special treatment untuk saya.

Masa nak naik atas katil untuk baring, tiba-tiba rasa seluar dah basah dengan air suam.
Sah!!Air ketuban saya dah pecah. Cakap kt hubby, dah leaking..

Hubby suruh baring jek atas katil untuk diperiksa.
Saya pula segan, sebab seluar dah basah, dah sah-sah la katil tu akan basah juga.Sempat lagi nak rasa segan masa ni cik kak.haha..

Dengan segan silunya saya cakap kt Dr, dah leaking.Dr tu cakap takpe.Baring jek.

Dengan penuh sopan santun juga, saya baring. Siap sedia untuk diperiksa.

Soalan pertama Dr itu untuk saya:

"Hubby u tak nak periksa awak ke?"(Hubby merupakan Dr di hospital yg sama)

"Takpe Dr.Dr saja yg periksa"

Lama juga Dr tu periksa saya.

Antaranya buat CTG baby, ambil sampel dari cervik (untuk apa tak tahu), dan buat VE sekali.

Masa Dr buat VE tu, Dr tu terkejut sebab bukaan sudah 3 cm.

Tapi saya tak rasa apa-apa pun.

Terus dia suruh daftar kan saya malam itu untuk masuk ward.

Perasaan saya?Blurr lagi..hihi...

Selesai diperiksa, saya diarahkan untuk masuk ward.

Dan untuk kesekian kalinya, memandangkan hubby Dr kt situ. nurse pun cari bilik single untuk saya.

*Pada saya, bagus juga sebab hubby yang akan menjaga & memeriksa saya sepanjang proses untuk bersalin nanti.So, tak la mengganggu pesakit lain.

Ok, masuk bilik, ada 1 bilik mandi + tandas di situ. Setelah siap bertukar pakaian, hubby balik ke rumah kejap untuk mengambil barang-barang yang lain. Sementara saya diarahkan untuk tidur agar cukup tenaga untuk meneran esok.

Eye eye sir..Saya yang menurut perintah.

Sepanjang peninggalan hubby, saya hanya tidur-tidur ayam.
Menahan sakit, sebab contraction dah mula terasa tapi masih mampu untuk tahan.

Jadi, teruskan tidur-tidur ayam.

Tiba-tiba, terasa makin kerap contraction itu.

Otak terus ligat berfikir. Nak buat apa ye, sebab otak hanya ada 2 teori ini saja:

1.Bersalin anak pertama biasa akan mengalami kesakitan antara 8-12 jam. (Saya mengandung anak pertama masa ini).

2. Makin kerap contraction bermakna dah dekat nak bersalin.(Secepat ini ke saya mengalami contraction kerana baru mengandung pertama kali).

Terus saya capai handphone & mesej hubby suruh cepat datang.

Dalam 10 minit begitu, hubby datang.

Dia cek la apa-apa yang patut.

Saya:Abang, macam mana?Berapa bukaan dah?

Hubby: Dah 6 cm..Tak apa, kita tunggu lagi 10 minit..(Teori : Kalau bukaan dah 4 cm, pesakit akan ditolak terus ke bilik bersalin).


Masa ini, saya memang dah hampir menangis menahan sakit sebab sakitnya agak kuat berbanding tadi.Cakap kt hubby x tahan..huhu.Tapi hubby suruh bersabar.

Terus menerus saya merengek x tahan sakit.

Agaknya hubby kesian tengok, terus dia buat VE lagi.

Dah 8 cm dalam beberapa minit saja?????(Cepat giler bukaan itu).

Hubby terus pergi panggil nurse untuk tolak ke bilik bersalin.

Masa ini, sakit dah makin kerap dan kuat.Saya dah x tahan sangat. Merayu-rayu kt hubby suruh cepat.Hampir-hampir menjerit....Huhu.

Kelam kabut juga nurse tolak saya ke bilik bersalin.

Sampai-sampai bilik bersalin, hubby cek lagi...

Dah 10 cm dan dah crowing!!!!!!!!!!!!

Apa lagi, nurse dan hubby terus bertungkus-lumus untuk membantu saya bersalin.

Dalam kesakitan itu, saya kena tukar baju pink ke baju putih.Kena tukar katil lagi.

Alahai, tahan jek la...sambil merengek2.Huhu...

Dalam keadaan agak kelam kabut itu juga, hubby dah ready untuk sambut baby.

So, saya teran jek la...

Alhamdulillah, 2 kali teran jek baby dah keluar.

Baby terus menangis..

Terharu...Alhamdulillah..Syukur sangat-sangat bila dapat menatap wajah si comel itu.

Alhamdulillah, dipermudahkan juga untuk bersalin.

Sakit mula 2.15am, saya bersalin 3.39am...

Sekian saja untuk entri kali ini.Nanti saya cuba menulis lagi..Hihi.Si kecil saya nak mandi..

No comments:

Post a Comment