Friday, December 3, 2010

Dari mata jatuh ke hati-Dina Halim Bridal Boutique Online Contest

Jom ramai2 sertai contest ini.....






A'kum wbt

Buat pertama kali saye, iaitu Sebumbung Fotografik, bekerjasama dengan Dina Halim Bridal Boutique utk menganjurkan online contest. Dengan menawarkan hadiah-hadiah yang bagi saye agak berbaloi, sangat rugi jika kamu atau kamu atau kamu semua tidak menyertai pertandingan online ini. Sila baca syarat-syarat pertandingan dengan betul-betul dan berhati-hati ye.. Siapa ye juri-jurinye? hehehe.. buat masa sekarang ianya rahsia dahulu, kami akan mendedahkan juri-jurinye pada akhir-akhir tarikh pertandingan nanti.

Oklah.. tunggu ape lagi.. pergilah menulis sekarang..




1) Pertandingan terbuka kepada BAKAL-BAKAL PENGANTIN DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA. Ini bermakna tidak dibenarkan orang ketiga selain daripada bakal pengantin masuk pertandingan ini.
-Saya bakal pengantin tahun depan.Valid kan?hehe...

2) Pertandingan di buka untuk warganegara MALAYSIA yang berumur 20 tahun ke atas.
-Tahun ni masuk 24 tahun.Ok, cukup syarat...=)

3) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.dinahalim.blogspot.com/ dan http://sebumbungfotografik.blogspot.com/ dan add Dina Halim di Facebook.
-Done

4) Buat satu (1) special entri yang bertajuk ; Dina Halim Bridal Boutique Online Contest - 'Dari Mata Jatuh Ke Hati'.
-Done

5) Sila letakkan banner / badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog Dina Halim.
-Done

6) Dalam entri tersebut, sertakan SATU (1) GAMBAR BLACK & WHITE kamu dan si dia yang boleh menambat hati juri. (Lebih dari satu gambar akan di kira keluar dari tajuk) (NILAI-NILAI KESOPANAN DI AMBIL KIRA!)
-Sila rujuk entri khas untuk contest ini

7) Buat satu esei yang menyentuh hati dan boleh meremangkan jiwa juri mengenai percintaan pandang pertama kamu dan si dia ;"Dari Mata Jatuh Ke Hati". Panjang esei sekurang-kurangnya 200 patah perkataan (^_^)
-Sila rujuk entri khas untuk contest ini.
8) Nyatakan juga sudah berapa lama hubungan percintaan kamu dan si dia berjalan.

9) Pilih (1) GAMBAR pelamin Dina Halim Bridal Boutique kegemaran anda, dan terangkan secara ringkas, mengapa ianya menjadi pilihan anda.
-

10) Hadiah boleh di guna sepanjang tahun sehingga 20 NOVEMBER 2011 (TERTAKLUK KEPADA SAIZ BAJU, KEKOSONGAN TARIKH, TERUTAMANYA HADIAH OUTDOOR FOTOGRAFI).

11) Selesai semuanya, TINGGALKAN KOMEN pada ENTRI ONLINE CONTEST DI BLOG DINA HALIM SAHAJA. (Senang saya nak keep track)..KOMEN YANG AWAL DARI TARIKH 20 NOVEMBER 2010 TIDAK AKAN DI LAYAN. InsyaAllah saya dan para juri akan menjengukkan diri ke blog anda. Yang tak tinggal jejak, tidak akan di layan. Semua keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang email pujuk rayu tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 20 DISEMBER 2010 sebelum 12 malam. HADIAH-HADIAHNYA BERUPA:


TEMPAT PERTAMA : Sepasang Baju Songket Bunga Tabur L+P (Worth RM550.00)
Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)
Hadiah tajaan Sebumbung Fotografik (Worth RM500) :
2 Jam Outdoor Fotografi
Photobook Album
DVD Unlimited Shot gambar yang di ambil


TEMPAT KEDUA : Sepasang Baju Songket Bunga Tabur L+P (Worth RM550.00)
Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)


TEMPAT KETIGA : Sepasang baju Nikah L/P (Worth RM300.00)


*SAGUHATI (TEMPAT KE-4 dan KE-5) : 25% DISKAUN ke atas
pakej DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE

dan

20% DISKAUN ke atas
pakej SEBUMBUNG FOTOGRAFIK


**Semuanya tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Kami berhak menarik balik hadiah yang di menangi jika terdapat sebarang percanggahan tarikh, tiada persetujuan untuk additional cost (refundable security deposit untuk semua hadiah , transportation, atau accomodation). Tiada transportation charge unutk kawasan Kuala Lumpur bagi hadiah outdoor fotografi, bagi kawasan luar Kuala Lumpur, akan di kenakan caj tambahan. Semua hadiah tidak boleh di tukar nilai wang Ringgit atau di tukar dengan barangan lain.Ada soalan? tanya dalam komen saya atau page DINA HALIM =) atau message dalam facebook.


Maka saya dengan berbesar hatinya menyertai contest ini.Tq owner...Ini hasilnya dari saya.

*



*



*



*



*



*



*









Macam mana plak nak memulakan cerita ini ye.Hihi..Mengimbas kembali detik-detik pertemuan saya dengan abang. Dari mata jatuh ke hati?Hehe.Kisah pertemuan bermula di Kolej Matrikulasi Labuan.Kami sama-sama dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke situ.Tapi pada mulanya, sama-sama tak kenal antara satu sama lain.

Selepas seminggu menjalani orientasi yang sangat memenatkan, saya berminat untuk menyertai satu kelab ini:KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING.Saya memang suka menyibukkan diri dengan apa-apa aktiviti yang ada. Jadi, pada perjumpaan pertama tu, saya hadir bersama-sama rakan rapat saya, Sarimah. Perjumpaan pertama bermula dengan sesi taaruf dan pemilihan AJK untuk kelab. Memandangkan saya memang aktif bersukan jadi saya memilih untuk menjadi AJK untuk Unit Sukan.Maka, undi punya undi (mcm pilhanraya plak, hehe) saya memang dapat
pun jawatan tu..Seronok plak( tepuk tangan ramai-ramai).Tiba2, undian seterusnya ialah untuk mcari sorg lg partner utk AJK unit sukan...jeng..jeng...jeng.....Adalah sorg lelaki ni dapat..dia duduk jek tepat2 di barisan belakang saya.Owh, nama dia ialah Firdaus (semua pun dah dapat teka kan?hehe)...Selepas undian semua AJK selesai, satu mini mesyuarat pun diadakan..Masa ni saya tak tegur pun mamat tu.Tapi ada la minta nombor telefon dia supaya senang untuk dihubungi jika ada apa-apa aktiviti berkaitan unit.


Sepanjang dalam program pengajian di matriks, memang banyak aktiviti kelab yang kami buat.Saya dgn Firdaus pun byk handle program bersama2.Tapi bila masa plak saya jatuh hati kat dia ek dan bila masa plak dia jatuh hati kat saya?(Abang, jawab soalan ni,hihi).Saya akui mula menyayangi abang masa kami bersama-sama mendaki Gunung Kinabalu.Sepanjang pendakian itu, tidak sekalipun abang biarkan saya berjalan seorang.Kalau saya nampak penat, abang akan suruh berhenti rehat sekejap.Apabila saya dah mula memperlahankan langkah, abang akan bagi coklat sebagai tenaga untuk meneruskan pendakian.Apabila saya kesejukan,abang akan peluk saya?(Haha, part last ni tipu. No-no-no action before nikah ye.Hihi). Part paling terharu semasa kami dalam perjalanan untuk meneruskan pendakian ke puncak gunung pada pukul 1 pagi.Masa tu, tali kasut saya terbuka dan saya pula kaku kesejukan.Tidak dapat nak buat apa-apa sebab tangan turut kaku.Abang dengan pantasnya ikat balik tali kasut tu agar saya dapat meneruskan perjalanan (mungkin bagi orang lain benda ni remeh.Tapi bagi saya, tindakan abang itu cukup bermakna dalam hidup saya.Sapa nak pegang tali kasut bau busuk tu,huhu.Kantoi=p).Mulai saat itu, saya tak ragu-ragu dengan perasaan itu lagi.

Sepanjang pengajian di matrikulasi tu, saya memang menafikan kehadiran perasaan sayang itu..huhu.Pertama sebab nak fokus pada pelajaran.Kedua perbezaan agama membezakan kami(Saya seorang non-muslim dulu).Yang sebenarnya, saya dah mula menyayangi abang..tp saya tak mampu untuk pergi lagi jauh..lgpun abang pun macam tak layan jek saya...


Lepas tu, ada 1 malam ni abang ada hantar 1 msg kt saya kan...gmbr teddy bear dengan words "Sweet hug for good nite".Saya ada salin balik msg tu kt buku dan skrg pun masih ada dalam simpanan.Buku itu saya sentiasa bawa ke mana-mana sampai sekarang.Saya suka msg tu tapi buat-buat tak tahu bila jumpa abang.Jual mahal konon.hehe.Mass ini, saya dah dapat agak dah isi hati abang...jeng..jeng..jeng..

Sampai la ada 1 mlm pd penghujung Disember 2004.Abang mesej bertanya samada saya ada boyfriend tak.Saya pun jawab ada (padahal tak ada masa ini..sori ye abang tipu abang ms ni).Entah apa perasaan abg kan.Mesti sedih sebab rasa tak ada peluang dah.Dah tu, esok kita berjumpa lagi untuk uruskan projek kelab seterusnya.Masa dalam lif berdua-duaan, Na'a speechless.Tak tahu nak caakp ape dengan abg.Tapi abg nampak tenang jek.~Abang, maaf kan saya masa ini~..



Abang pernah ajak saya kuar..tapi saya refuse ckp takut kena culik..nnt xder org selamatkan...hehe.alasan tak logik..abang la yang selamat kan saya kan...cian abang xdpt nak kuar dgn saya ms ni.

Sampailah minggu terakhir di matriks.Saya rasa nk berterus terang dgn abang jek tentang penipuan tu.Hari itu ialah lwtn kelas biologi g taman apa entah..Masa pg tu, saya nekad untuk msg abang bgtau perkara sebenar.Masa ni, abang kt library kn,tengah stdi. Saya msg abang ckp minta maaf sebab tipu abang selama ini tentang bf tu...Tp abang x marah pun..Abang siap ckp terima kasih lg???sbb bgtau perkara sebenar...lega rasa....

Selepas itu, masing2 fokus utk exam sbb dh dekat dgn exam last..kdg2 ms saya stdi kt library..abang akn dtg ikut gak..thanx teman kn stdi. Ada 1 hari tu, kta kuar sm2 kn abang...berjaya gak abang ajk saya kuar..hehe.Tapi before kuar tu, punya la kelam kabut cr baju ape nk pakai..yela, mesti lah nk pakai yg elok2 ckit, nk kuar kali pertama...last2, dpt gak bj warna kuning tu..ingat x abang??? First time gak saya merasa mkn pizza hut...x mampu pun nk g mkn kt pizza hut before ni..huhu...thanx dear...


Bila dh habis exam..org lain semua berebut balik ek...tp abang stay jek kt matriks..nk teman kn saya ye..sbb tiket saya lmbt...dalam beberapa hari sebelum kita balik ke destinasi masing(abang kt sabah, saya kt Sarawak), kita kerap mkn bersama2 ek..jln2 spend ms bersama2 dlm matriks tu..rindu nyer ms tu..dan pd mlm last tu..abang propose jd girlfren abang..(Saya tulis lg msg tu kt buku td bersama msg gudnite tu)...160405, 0200am....date & masa saya dh serahkan sebahagian hidup saya kt abang...thanx for the moments...Ms ni, saya dh mula menyayangi abang. Tapi sayang, kita hanya ada ms sehari jek before berpisah...sedih nyer ms tu..

170405

Di saat-saat abang nk masuk flight g Sabah dh, saya nangis...Abang pun tahu kn..Abang patah balik ms tu kt saya.Untuk tatapan kali terakhir sebelum tahu destinasi seterusnya...Sedih...

Inilah kisah bagaimana permulaan kisah dari mata jatuh ke hati kami. 5 tahun yang cukup mematangkan kami dan kami akan akhiri dengan satu ikatan yang sah pada Mac 2011.

InshaALLAH.

Seterusnya, pelamin yang menjadi pilihan saya ialah pelamin ini. Saya jatuh hati dengan pelamin ini sebab ia nya ringkas dan unik sedikit dengan perincian lampu di sebalik kain langsir. Selain itu, pelamin ini tidak terlalu besar untuk dimuatkan di dalam ruang rumah yang sederhana.



6 comments:

  1. hye..i pun join contest ni n b2b akan kawin mac 2011 gak...nice entry u have:)

    ReplyDelete
  2. Adila:Hai Adila....salam kenal..good luck ye..Sama la majlis kita nnt ye, bln Mac=)

    ReplyDelete
  3. Salam. Saya singgah menjenguk entri ini. Semoga berjaya dalam peraduan ini.

    :)

    ReplyDelete
  4. Szakif:Salam....Thanx ye..salam kenal...

    ReplyDelete
  5. salam, thanx sebab sudi masuk contest kami..:)

    ReplyDelete
  6. DHBB:Sama-sama.Thanx gak sebab sudi menganjurka contest ini...

    ReplyDelete