Salam semua,
Apa yang korang boleh huraikan dari gambarajah di atas?
*
*
*
*
*
*PENYUSUAN SUSU IBU!!!!!!!!!!
Ya betul..Tepuk tangan*clap~clap*......
Memang dari dulu lagi kita semua tahu pasal penyusuan susu ibu kan?Tapi TAHU tak semestinya FAHAM....Bila dah FAHAM tak semestinya BUAT kan?
Sebab itu, peratusan penyusuan susu ibu di Malaysia amat rendah sekali berbanding di luar negara.Contohnya UK..(correct me if i am wrong)....
Di UK maternity leave ialah 6 bulan sebab mereka really support breastfeeding exclusively!!!!
Tapi walau maternity leave di Malaysia hanya 2-3 bulan sahaja, itu bukan alasan untuk tidak menyusukan bayi korang secara exclusively....
Susu ibu boleh diperah dan disimpan(Nanti buat entri tentang perahan susu ibu dan cara simpanannya)....
Saya kagum dengan semangat waja kawan saya, kak Sara dalam perjuangan beliau meyusukan bayinya. Boleh juga merujuk kepada dia.
Ibu-ibu di Malaysia berpusu-pusu beli susu formula untuk dibagi kepada bayi sendiri.Sedangkan ibu-ibu di negara omputih berpusu-pusu susukan bayi mereka dan orang-orang sana tingkatkan pengeluaran susu formula untuk dibekalkan kepada negara-negara membangun seperti Malaysia(Ini pendapat saya sendiri)..Kita tak tahu motif mereka kan??
Mengapa situasi ini berlaku?
Maklumat dan kesedaran!!....
Ya, saya akui maklumat tentang penyusuan susu ibu di Malaysia agak kurang. Tengok saja di kaca-kaca televisyen, mana ada iklan tentang penyusuan susu ibu. Semuanya iklan tentang susu formula. Dan sebab nak menarik orang terpengaruh untuk membeli susu formula la, mereka sanggup berhabisan jutaan ringgit untuk membayar iklan itu. Sebab itu juga harga susu untuk bayi berumur bawah 1 tahun amat mahal jika dibandingkan dengan harga susu kanak-kanak atau susu dewasa. Margin harga untuk susu bayi lebih kurang 300% dari harga kos (Nah, kira sendiri saja harga kos sebenar susu itu)..
Maka, apa pilihan anda?Susu ibu atau susu formula?
Jawapan pada diri sendiri..
Berdasarkan gambar di atas juga, mesej yg saya nak sampaikan ialah lembu pun susu kan anak dia sendiri. Begitu juga dengan haiwan-haiwan lain. Tak pernah tengok haiwan lain hantar anak mereka untuk disusui oleh spesies lain. So, kenapa kita sibuk2 nak susukan anak kita dengan susu lembu????
Sekadar perkongsian.Segala keputusan di tangan anda.
Bakal menyusul, entri pasal kebaikan penyusuan susu ibu, cara penyusuan susu ibu, perahan susu ibu berserta simpanan.
Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu:
Mengapa 6 bulan?
-Usus bayi tak cukup matang lagi untuk mencerna makanan lain selain susu ibu.
Jika diberi makanan/minuman lain selain susu ibu, usus bayi akan rosak. Sebab itu, bila dah besar, mudah dapat penyakit kencing manis, darah tinggi(kesan jangka panjang ni)....
Mengapa tak perlu air?
Sebab susu ibu sendiri ada banyak air. 88% susu ibu terdiri dari air.
P/s Sebarang soalan boleh diajukan. InshaALLAH, mn yg mampu saya jawab, saya akan jawab.
Saya belum lagi digelar kaunselor laktasi.InshaALLAH, bakal dilatih untuk itu.
No comments:
Post a Comment