Monday, October 10, 2011

Muncul kembali???

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,



Lama saya tidak update blog.
Penyakit malas melanda...Huhu.
Apa-apa pun, saya nak promote business baru saya.
Baru nak berjinak-jinak dalam business online.

Berminat nak tahu?

Sila klik ke sini .

Wednesday, July 13, 2011

Wordless Wednesday


Masa honeymoon di Langkawi.

Love this scene.

Monday, July 11, 2011

Review: Bunga tangan saya yang disponsor

Assalamualaikum semua...

Ini entri pendek.Hihi..

Nampak x bunga tangan itu??

Itulah bunga tangan saya semasa majlis pernikahan saya yang lalu. Bunga tangan yang menggunakan full fresh flower.



Penggubahnya???

*


*


*



*


*


*

Digubah dan disponsor oleh Hana Yorie kerana menempah muffin dari Sedapsedap belaka sebanyak 1000pax.Untuk maklumat lagi lanjut boleh berhubung dengan beliau di sini.


P/s Terima kasih banyak-banyak Kak Ana sebab sudi sponsor bunga tangan yang cantik itu.Iman suka sangat2...

Friday, July 1, 2011

Ulasan tentang majlis pernikahan saya


Malam 18 Mac 2011

Hari yang dinanti-nantikan bakal muncul...
Hihi...Jika ada yang bertanya perasaan saya ms tu, saya akan cakap entah..
Tak tahu rasa apa sebab perasaan itu bercampur baur..
Ada gembira...ada takut...ada blurrr..ada sedih...ada konfius...
Malam tu tak payah cerita la...di kala semua famili & kawan-kawan tidur, saya golek kiri kanan jek.
Mata tak boleh nak lelap..Aduhai mata. nasib keesokannya mata tak lebam..

Jadi, pukul 6 pagi 19 Mac 2011, saya lah orang yang paling awal bangun untuk mandi dan bersiap. Sebab dah janji dengan mak andam by 7 pagi dah ready kn muka utk disolek.
Masa ni rasa macam mimpi yang lagi beberapa jam akan menjadi isteri kepada insan yang saya sayangi.Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.
Pagi itu, kawan sama sekolah saya telah membeli roti untuk saya dan keluarga bersarapan.Tq nilam.

Tara..saya yang sudah disiapkan.Memang tepat pada waktunya mak andam ini menyolek saya.

Masanya semakin hampir...Masa untuk bertolak ke masjid...Ok2, saya dah mula nervous.Tapi disebabkan saya jenis yang pandai kawal diri, nampak x nervous sgt...Tapi, saya tetap main sembunyi2 bila dah sampai di masjid...

Kami sampai di perkarangan masjid lebih kurang jam 10 pagi. Pada ketika kereta berhenti di tempat parking, perasaan menjadi x keruan.Betul ke saya akan melalui detik2 ini lagi beberapa ketika.Huhu..menjadi pengantin pada masa itu membuatkan diri saya menjadi malu.Maklum la menjadi perhatian ramai.Lihat lah saya berjalan di tengah2 rombongan untuk cover rasa malu & nervous itu. Hihi...
Dari jauh lagi saya sudah ternampak kekasih hati saya..Hati ini terus berdebar-debar.Nasib la ada pengapit di sebelah yang mengurangkan debaran saya.

Mari kita lihat rombangan pihak perempuan bersama2 hantaran utk pihak lelaki.


Sirih junjung yang dibuat oleh kawan2 saya


Jam tangan untuk si diaKek hantaran berbentuk TV plasma atas permintaan cik abg


Baju & seluarKasut


Coklat pralineDompet & tali pinggang

Halwa




***
Sebelum akad nikah dimulakan, seperti biasa tok kadi memberi khutbahnya terlebih dahulu. Dan tok kadi ini memang sempoi.





Beberapa ketika..Tiba saat itu.

Tok kadi cakap: "Ready. Cameraman standyby"..

Masa ini, semua orang pun gelak..

Tiba-tiba....

Saya macam baru tersedar dari mimpi...

Eh??????dah baca doa????Cepatnya???

Cik Fatin merangkap pengapit saya pun berkata;Alhamdulillah, kitak (awak) dah selamat menjadi isteri orang.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz saya sah menjadi isteri kepada insan yang saya sayangi.
ALLAH permudahkan urusan nikah saya. Teringat kembali betapa susah untuk saya dapatkan wali saya dulu. Rupa-rupanya ALLAH permudahkan urusan nikah ini.Alhamdulillah...Memang dari saat abang baca akad nikah itu sehingga berdoa, prosesnya amat cepat. Rasa dalam beberapa saat saja sudah selesai.Oh, saya terkesima bila dah sah itu...


Selesai bacaan doa, proses seterusnya pula.Upacara penyerahan mas kahwin dan acara batal air sembahyang. Saya tempekkan gambar untuk tatapan kalian ye.


Sebelum pulang ke rumah untuk acara makan beradab, kami bergambar di sekitar masjid itu dahulu..


Di rumah, acara bertukar barang-barang hantaran pula.Hantaran untuk pihak lelaki, saya dan kawan-kawan hias sendiri...Biarpun ringkas, tapi saya sangat berpuas hati dan bangga dengan hiasan hantaran itu...

***

Ini pula persalinan untuk makan beradab..



Persalinan untuk memotong kek..


Majlis kami ringkas saja, tak ada protokol yang khas.

Yang penting semua tetamu gembira di majlis kami dan mendoakan yang terbaik untuk kami...

Ye, atas doa itu juga dan dengan izin ALLAH, rezeki kami murah...Dapat g honeymoon, sebab plan untuk honeymoon tak ada dalam senarai.Tiket untuk honeymoon dibeli seminggu sebelum nikah...Selepas honeymoon pula, ALLAH hadirkan permata hati kami dalam rahim ini pula.Alhamdulillah....Dan sepanjang mengandung ini pula, ALLAH permudahkan setakat ini.Tiada alahan/morning sickness....Ye, itu semua atas doa-doa kalian samada yang hadir atau tidak hadir ke majlis saya...Terima kasih semua...

Kini saya bahagia menjadi isteri kepada insan itu;Mohd Firdaus....Masih dalam proses belajar untuk rumahtangga ini.Semoga berbahagia hingga ke syurga.Amin...


P/s : Maafkan saya atas kelewatan mengulas tentang majlis saya ('',)

Tuesday, June 21, 2011

FORMULA SARANAN BERAT UNTUK IBU MENGANDUNG



Assalamualaikum semua,

Kali ini, saya nak berkongsi mengenai kenaikan berat badan semasa mengandung. Berikut merupakan formula yang telah digunapakai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebelum itu, anda semua perlu tahu mengenai BMI/indeks jisim tubuh masing-masing sebelum mengandung ye.

Indeks Jisim tubuh (kg/m2)

Jumlah saranan kenaikan berat badan (kg)

Kenaikan berat badan masa trimester 1 (kg)

Kenaikan berat badan masa trimester 2 dan 3 (kg/minggu)

Kurang berat badan

12.5-18

2.3

0.49

Normal

11.5-16

1.6

0.44

Berlebihan berat badan

7.5-11.5

0.9

0.30

Formula=Berat badan saranan trimester 1 + Usia kandungan terkini -14 [Berat

saranan untuk minggu terkini]



Contoh :

Berat badan Alisha sebelum mengandung ialah 42 kg dengan ketinggian 151 cm.

Kini, usia kandungan Alisha mencecah 19 minggu 3 hari dan berat Alisha ialah 48 kg.

Adakah berat Alisha sesuai dengan usia kandungan atau dah berlebihan?



Pengiraan:

Indeks jisim tubuh Alisha= 42 kg/ [1.51 m x 1.51 m]

= 18.42 kg/m2 (Kurang berat badan)

Formula = 2.3 kg + [(19-14) x (0.49)]

= 4.75 kg


Kesimpulan :

Sepanjang 19 minggu 3 hari mengandung, Alisha telah naik sebanyak 6 kg. Namun mengikut saranan, Alisha hanya boleh naik sebanyak 4.75 kg. Ini bermakna, berat Alisha telah naik melebihi saranan yang ditetapkan.


P/s:Sebarang pertanyaan, boleh ditinggal di ruangan komen.

Friday, June 3, 2011

Perkembangan terkini permata hati abang & sayang

Assalamualaikum semua,

Entri ini ditulis sebagai catatan dan kenangan untuk tatapan si comel kami yang akan lahir hujung tahun ini.

Memandangkan saya kerja di klinik kesihatan ibu dan anak, maka saya selalu mengambil peluang untuk scan permata hati kami ini. Sangat suka bila masa scan nampak dia bergerak-gerak seolah-olah si dia gembira bertemu dengan uminya.

Ini adalah scan pada minggu ke-6. Masa ini hanya nampak kantung bayi saja. Tapi cukup untuk mengesahkan yang kita mengandung.




6 weeks 5 days



Apabila masuk minggu ke-8, saya scan lagi permata hati kami. Alhamdulillah, sudah nampak dengan jelas si dia sedang membesar dengan sihat. Malah denyutan jantungnya sudah kedengaran masa ini. Rehat elok-elok ye sayang dalam rahim umi ini.InshaALLAH, umi akan jaga sayang sepanjang 40 minggu ini.

8 weeks 4 days

Minggu kesepuluh, saya scan lagi. Saja rindu nak jumpa.Si dia semakin membesar. Masa ini sudah sepanjang 2.4 cm..


10 weeks 0 day



Ok, jumpa lagi dengan pada minggu ke-11.Alhamdulillah, sudah memanjang jadi 4.98 cm. Cepat nyer anak umi & ayah membesar...


11 weeks 5 days


Esok mama & ayah akan datang dari Kluang untuk melawat saya & abang. Semoga mereka gembira melihat scan cucu pertama mereka ini.

P/s Semoga ALLAH lindungi si dia sehingga minggu ke-40.Amin.

Pengambilan kalsium seharian untuk ibu-ibu mengandung





Assalamualaikum semua,

Lama menyepi. Saya dah update tentang majlis saya, tetapi kamera hilang pula. Sedih sebab saya tidak sempat transfer gambar-gambar sekitar persiapan majlis itu untuk diupload ke dalam blog. Sedang mencari gambar yang lain untuk dimuat turun ke dalam blog.Jadi, harap bersabar ye...

Ok, hari ini ada sedikit perkongsian tentang pengambilan kalsium untuk ibu-ibu mengandung.
Semua sedia maklum kan kepentingan kalsium;untuk kekuatan tulang dan gigi. Jadi, bila dah mengandung ini, pengambilan kalsium ini amat penting, sebab bayi perlukan kalsium untuk pembentukan tulang dia.

Keperluan kalsium untuk ibu-ibu mengandung yang berusia 19-50 tahun ialah 1000mg sehari (Sumber:Recommended nutrients intake for Malaysia,2005).

Jika pengambilan kalsium ini kurang dalam seharian, bayi akan menyerap kalsium dari tulang-tulang ibu. Apabila si ibu dah mencecah usia 40-an ke atas, risiko untuk mendapat osteoporosis amat la tinggi.Jadi, mari amalkan minum susu mulai sekarang.

Bagaimana nak cukupkan keperluan 1000 mg kalsium ini.



~Minum 2 gelas susu (3-4 scoops susu tepung) sehari sudah memadai.

Beberapa peringatan dalam mengamalkan minum susu ini:

1.Bagi yang berlebihan berat badan boleh la amalkan minum susu rendah lemak UHT itu.

2. Bagi yang ada risiko untuk mendapat kencing manis, digalakkan untuk minum susu tepung yang putih saja. Susu berperisa coklat/strawberi tidak dibenarkan.

3. Bagi yang langsung tidak boleh minum susu, boleh cuba untuk minum susu soya yang ada kalsium. Boleh cek di label ye.

4. Bagi kes yang teruk di mana semua jenis susu pun tak dapat minum, dibolehkan untuk mengambil supplement kalsium. Tapi pastikan beli pil yang mengandungi 500 mg kalsium sebiji, sebab badan kita tidak dapat menyerap kalsium lebih dari 500mg dalam satu-satu masa.

5. Dilarang minum susu/makan pil kalsium dalam tempoh 2 jam sebelum/selepas makan.

6. Dilarang mengambil pil yang mengandung zat besi (hematiniks, obimin,iberet, sangobion etc) bersama-sama susu/pil kalsium.

*Penyerapan kalsium dari susu/makanan adalah lebih berkesan dari pil laksium itu sendiri.

Sebarang pertanyaan boleh la ditinggalkan di ruangan komen ye. InshaALLAH, saya cuba bantu berdasarkan apa yang saya tahu dan saya pelajari.

P/s: Amalkan makan secara seimbang berdasarkan piramid makanan Malaysia yang terbaru (2010).