Saturday, December 25, 2010

Quick update-Save The Date...



Salam semua,

Alhamdulilah, perbincangan hari ini berjalan dengan lancar. Kata sepakat telah dicapai, inshaALLAH, kami akan bersatu dalam keredhaan-Nya pada 190311..


Tunggu entri seterusnya.

P/s Mode sedih sebab bakal MIL(mother in law) tengah sakit. Harap kawan-kawan semua doa kan bakal MIL saya cepat sembuh...

Wedding ticker bakal menyusul.Angka tinggal kurang dari 100 hari lagi...

Wednesday, December 22, 2010

Cuba teka apa ini?




Salam semua,

Apa yang korang boleh huraikan dari gambarajah di atas?

*



*



*



*



*

*PENYUSUAN SUSU IBU!!!!!!!!!!

Ya betul..Tepuk tangan*clap~clap*......


Memang dari dulu lagi kita semua tahu pasal penyusuan susu ibu kan?Tapi TAHU tak semestinya FAHAM....Bila dah FAHAM tak semestinya BUAT kan?
Sebab itu, peratusan penyusuan susu ibu di Malaysia amat rendah sekali berbanding di luar negara.Contohnya UK..(correct me if i am wrong)....

Di UK maternity leave ialah 6 bulan sebab mereka really support breastfeeding exclusively!!!!
Tapi walau maternity leave di Malaysia hanya 2-3 bulan sahaja, itu bukan alasan untuk tidak menyusukan bayi korang secara exclusively....
Susu ibu boleh diperah dan disimpan(Nanti buat entri tentang perahan susu ibu dan cara simpanannya)....

Saya kagum dengan semangat waja kawan saya, kak Sara dalam perjuangan beliau meyusukan bayinya. Boleh juga merujuk kepada dia.

Ibu-ibu di Malaysia berpusu-pusu beli susu formula untuk dibagi kepada bayi sendiri.Sedangkan ibu-ibu di negara omputih berpusu-pusu susukan bayi mereka dan orang-orang sana tingkatkan pengeluaran susu formula untuk dibekalkan kepada negara-negara membangun seperti Malaysia(Ini pendapat saya sendiri)..Kita tak tahu motif mereka kan??

Mengapa situasi ini berlaku?

Maklumat dan kesedaran!!....

Ya, saya akui maklumat tentang penyusuan susu ibu di Malaysia agak kurang. Tengok saja di kaca-kaca televisyen, mana ada iklan tentang penyusuan susu ibu. Semuanya iklan tentang susu formula. Dan sebab nak menarik orang terpengaruh untuk membeli susu formula la, mereka sanggup berhabisan jutaan ringgit untuk membayar iklan itu. Sebab itu juga harga susu untuk bayi berumur bawah 1 tahun amat mahal jika dibandingkan dengan harga susu kanak-kanak atau susu dewasa. Margin harga untuk susu bayi lebih kurang 300% dari harga kos (Nah, kira sendiri saja harga kos sebenar susu itu)..

Maka, apa pilihan anda?Susu ibu atau susu formula?

Jawapan pada diri sendiri..

Berdasarkan gambar di atas juga, mesej yg saya nak sampaikan ialah lembu pun susu kan anak dia sendiri. Begitu juga dengan haiwan-haiwan lain. Tak pernah tengok haiwan lain hantar anak mereka untuk disusui oleh spesies lain. So, kenapa kita sibuk2 nak susukan anak kita dengan susu lembu????

Sekadar perkongsian.Segala keputusan di tangan anda.

Bakal menyusul, entri pasal kebaikan penyusuan susu ibu, cara penyusuan susu ibu, perahan susu ibu berserta simpanan.


Polisi Kebangsaan Penyusuan Susu Ibu:




Mengapa 6 bulan?
-Usus bayi tak cukup matang lagi untuk mencerna makanan lain selain susu ibu.
Jika diberi makanan/minuman lain selain susu ibu, usus bayi akan rosak. Sebab itu, bila dah besar, mudah dapat penyakit kencing manis, darah tinggi(kesan jangka panjang ni)....

Mengapa tak perlu air?
Sebab susu ibu sendiri ada banyak air. 88% susu ibu terdiri dari air.



P/s Sebarang soalan boleh diajukan. InshaALLAH, mn yg mampu saya jawab, saya akan jawab.
Saya belum lagi digelar kaunselor laktasi.InshaALLAH, bakal dilatih untuk itu.

Tuesday, December 21, 2010

Kronologi perkahwinan orang Melayu di Malaysia

Salam...

Saja nak share dengan semua kronologi perkahwinan orang Melayu di Malaysia. Enjoy the pic ok....



Source: AdlanKhalidi

Saya masih lagi berada di peringkat awal. Still a long way to go..
Anda bagaimana pula??


Sunday, December 19, 2010

DIY bantal hantaran dah siap!!!

Salam semua,

Minggu lepas, saya blogwalking dan mendapat inspirasi untuk membuat bantal hantaran sendiri, seperti kebanyakan orang. Sebelum membuat bantal tu, saya buat rujukan dulu dari:

Xora
Meeya
Hana Yorie
Kina

Setelah merujuk, maka saya terus pergi membeli bahan-bahan nya seperti berikut:

Alas kek -RM1/satu(Beli 10)
Span nipis-RM12/1(yang besar nyer)
Kekabu-2 kg(RM8/kg)
Kain langsir-RM 13.35(RM 9.90/ meter;diskaun 10%)
Rama-rama kecil-4 plastik (RM3.90/satu)
Tali-Rm3.20
Manik kecil-8 plastik(RM 1.90/satu)
Gam pistol-RM12.90
Gam-RM14(ada 67 batang)
Lilin-RM1.50

Total=RM113.75(1 bantal kos keseluruhan RM11.38)..Murah kan??....

Maka, hujung minggu yang ni tadi agak free sikit, saya pun menyiapkan kesemua 10 bantal hantaran tersebut.

Cara-cara membuatnya sama saja macam b2b yg lain.Cuma ada penambahan sikit.Ok di sini saya tempek cara-caranya beserta gambarnya ok.

1. Gunting kain langsir dan span.Lebih kan saiz dari alas kek.

2. Bakar keseluruhan tepi-tepi kain tersebut.Bagi mengelak benang kain dari tercabut.


3. Gam kan span pada sisi alas kek dalam bentuk segitiga.Macam gambar di bawah.



4. Masukkan kekabu, bagi tebal sikit, nampak gebu br cantik.


5. Setelah kekabu di masukkan, gam kan span pada kesemua sisi alas kek.Gunting lebihan span. Kepuk-kepuk kekabu.


6. Gamkan kain tersebut pada bantal separa jadi itu.

7. Kemas kan bucu bantal tersebut.

8. Gam kan manik pada tali.



9. Setelah itu, amik 3 manik yg dah siap bertali(depends pd individu.Nk byk manik boleh gak).Gamkan pada bucu bantal.


10. Gam kan rama-rama.


11. Letak di bucu-bucu seterusnya.



12. Taraa, dah siap.


Inilah hasil nya bantal kesayangan saya.

Thanx pada abang yg sentiasa support saya..
Abang macam nak juga bantal ni as alas hantaran.
So, kena pikir design lain pula ni.Hihi....
Malam ni g shopping lagi kain utk second edition nyer bantal hantaran pihak abang.

P/s Saya mungkin akan menyewakan bantal hantaran saya ini selepas majlis saya ye. Tapi saya berada di Kuching, maka kos pos akan diambil kira. Jangan risau, saya sewakan murah sahaja, sebab kos membuatnya pun murah.

Jumpa di entri yang lain.

Thursday, December 16, 2010

Korang perasan tak???

Korang perasan tak???

Perasan ape ye?Hehe..

Perasan x di checklist saya, hantaran untuk lelaki yang ke-7 ialah kucing?

Hehe...Ini adalah permintaan dari abang, dia nak kucing lagi seekor sebagai peneman Mia.

Tau kan kesayangan kami Mia masih ke'seekoran(bahasa ape ni..huhu)...

Tapi kan....tapi kan....cmne nak letak kucing tu di hantaran????waa...Adakah macam ni?




Sumber;Blog Kina

Hehe...Kang tengah2 abang baca akad nikah, kucing tu melompat keluar.Habis bertempiaran lari

semua orang. Silap2 kt akad nikah tu nama saya plak tertukar dengan kucing.

(Abang;Aku terima nikahnya KUCING!!! dengan mas kahwin xxxx).

Owh tidak!!!....

Maka, saya cadang kan pada abang, kita letak replika kucing dulu.Lepas nikah, saya beli yang

real nyer dan bagi teman kan Mia..

Hehe...

Ada sesiapa pernah bagi hantaran haiwan ke?boleh share?

Status terkini;Tengah DIY bantal hantaran. Nanti review ok?

Wednesday, December 15, 2010

Contest lagi...

Thanx Kak Lina sebab invite untuk join contest yg dia anjurkan ni. Maka, saya dengan bangganya pun mengarang karangan pendek ini dengan sepenuh hati sebab nak mencuba nasib. Tambahan, enjoy untuk meluahkan perasaan nape suka sangat dengan si dia...hehe...Ni antara syarat-syarat pertandingan. B2b yg lain, apa lagi, baca dan join ramai2....hehe...









Syarat-syarat contest:
1) Tak perlu nak jadi follower blog aku ni tapi kalau nak jadi jugak, aku tak paksa.
2) Mestilah bride to be yang akan berkahwin bulan 1/2011 dan seterusnya.
3) Terpulang sama ada kamu nak buat entry khas atau emailkan jawapan kepada saya haslina.hairudin@gmail.com
4) Jawab soalan-soalan ni :
  • Siapa nama kamu dan bakal suami kamu? (letak nama samaran pun boleh)
  • Apa warna tema nikah atau sanding atau tandang (pilih 1 saje majlis) dan ceritakan kenapa pilih warna itu.
  • Bila majlis tersebut akan berlaku? (bagi b2b yang masih tak tetap tarikh boleh agak-agak je bulan berapa)
  • Ni soalan mencabar sikit. Cerita dengan penuh perasaan kenapa kamu suka sangat dengan bakal suami kamu tu.
5) Contest ini dimulakan dari tarikh entry dipublish sehingga 24 December 2010 pukul 1 petang (1300 waktu 24 jam)
6) Letak gambar di atas sebagai bukti penyertaan =)


Hadiah:
Hand bouquet untuk majlis kamu nanti. If dah ada hand bouquet, aku akan transformkan hadiah dalam bentuk bunga hiasan yang dapat pemenang gunakan dalam bilik tidur atau di mana saja yang kamu suka.




Karangan yang saya nak hantar ialah seperti di bawah:

*




*



*




*




*




*




*




*

Sepasang adam dan hawa berjumpa lalu saling sayang-menyayangi. Si adam bernama Mohd Firdaus dan si hawa bernama Nur Iman. Ya, itu lah kami.*wink*

Setelah sekian lama berkenalan, maka satu ikatan sah akan termeterai pada Mac 2011 ni. Segala persiapan masih dalam proses. Baju nikah baru dihantar untuk dijahit, bertemakan warna putih dan biru.

Warna tersebut menjadi pilihan untuk nikah sebab putih lambang kesucian ikatan itu, dan biru adalah warna kegemaran si adam. Si adam dari dulu lagi akan memilih warna biru untuk apa-apa benda pun. Mungkin pengaruh dari pasukan bola sepak kegemarannya, Chelsea.Sampaikan si Hawa pun terpengaruh untuk meminati warna biru.Hehe..

Majlis dijangka berlangsung sekitar Mac 2011.InshaALLAH...

Nape si hawa suka sangat dengan si adam????

Errrmmmmm..........

Si hawa suka sangat kt dia sebab dia adalah diri dia.
Bagi si hawa, cukup diri si adam tu yg menjadi sebab mengapa si hawa suka sangat kt dia.

Jika tampan yg menjadi taruhan, nnt x tampan dh x suka.
Jika baik yg menjadi taruhan, dh x baik nnt, x suka.
Jika kaya yg menjadi pilihan, dh x kaya nnt x suka.
Jika sihat yg menjadi pilihan dh xsihat nnt x suka.

Pendek kata, cukup lah apa yg ada pada si adam.

Jika satu hari nanti, si adam dh x tampan,
Jika satu hari nanti si adam dh x baik,
Jika satu hari nanti si adam dh x kaya,
Jika satu hari nanti si adam dah x sihat,
etc

Si hawa akan tetap menyayanginya sepenuh hati sepanjang hayat.

Sebab si hawa percaya apa-apa yg berlaku ada hikmahnya, baik benda buruk atau sebaliknya.


The End

.....


*Kak Lina, tq sebab sudi invite dan membacanya=)

Baju nikah dan baju sanding

Part baju untuk nikah dan baju untuk sanding dah settle..Eh, saya maksud kan dah dihantar untuk dijahit dan menunggu masa untuk siap.Harap hasil nyer tak mengecewakan.Untuk majlis kami, abang cadang kan kami tempah sendiri jek baju nikah dan baju sanding tu.Tak payah sewa.

Eye eye sir!!!...
Saya yg menurut perintah..hehe...

So, bulan lepas, kami telah ke Serikin (sempadan Indonesia-Kuching) untuk mencari kain tersebut. Jumpa 1 kain lace ni....terus rembat sbb dh jatuh cinta habis...Kain ni cadang nya buat untuk nikah, tp last2 tukar plan.Sebab kain ni bukan warna putih.So, kain tu buat untuk sanding.

Minggu lepas, kami g KAMDAR Kuching(sob, sob..limited nye choice kt Kuching sini) untuk hunting kain nikah. Itu saja kedai yg ada jual kain yg agak ok ckit selain di India Street.Huhu..

Malas nk pening2, saya pilih chiffon dan satin putih untuk kain nikah saya, dan satin yg sama untuk baju melayu abang.
Lepas tu, kerah otak untuk bekerja cari design untuk baju nikah dan baju sanding sendiri. Di Kuching x banyak butik yang jahitkan baju. Kebanyakan untuk sewa baju jek. Dah servei a fews places, semua xda amik tempahan. Ok, saya pasrah. Saya akan hantar baju saya di tailors biasa2 jek.

Walau di tailors biasa, saya cuba terangkan perincian baju yang saya nak pada tailor itu. Alhamdulillah, dia faham dan dia akan cuba buat as i requested.

Untuk baju nikah, dia janji akan siap kn pada 1.1.11....Sebab lepas tu, saya akan hantar baju saya untuk dijahit manik dan baju melayu abang dijahit simur (di sarawak, simur ni agak glamer ckit)..

Hasil nya??Tunggu akan direview lepas nikah...hehe...

Tuesday, December 14, 2010

Persiapan untuk majlis merisik cum bertunang.

Sangat sibuk sampai kan tak sedar lagi 10 hari majlis merisik cum bertunang akan tiba.25 Dec 2010 dah menunggu.Tapi relax lagi...hehe...sbnr nyer x tau nk ape dulu...mari kita tgk apa yg dh saya prepare...

1. Cincin dh dibeli...
2. Kain untuk alas2 meja2 kecik( ada kaitan ke?)...
3. Tak ada ape2 lg..huhu
4. Baju??

Yg perlu dibuat??
1. tak tahu...

Ooohhhh....This is not good.Cepat kerah otak untuk berfikir....

Apa nk buat untuk hari tersebut???
Planning nyer....

1. Beli bahan mentah untuk masak2 di rumah sekitar untuk 30 org jek..

2. Acara bincang2 jek...then, bg cincin tanda merisik +tunang...

Itu saja untuk majlis saya. Simple saje & save bajet...sbb nk nikah cepat2 bln Mac 2011. InshaALLAH....

Mudah-mudahan murah rezeki untuk majlis nikah saya..

Sapa nk sponsor saya, sila angkat tangan..hehe..

Thanx pada sahabat saya yg sudi sponsor inai...Ima...luv u!!!!!!!!!

Nanti ramai2 inai kan saya ye..hehe..
Dan saya upah dia buat sirih junjung saya nnt juga...

Jumpa di entri yg lain....

Wednesday, December 8, 2010

Persediaan dari segi mental dan fizikal..

Terkena kejutan pagi ni.Saya perlu bersedia dari segi mental dan fizikal sebab bila tarikh nikah diumumkan pada majlis merisik nanti, ia hanyalah tinggal 2 angka sahaja..Bukan 500hari, bukan 400 hari, bukan 300 hari, bukan 200 hari, bukan 100 hari.Ia akan menjadi kurang dari 100 hari..

Gerak gempur kerja sekarang!!!!!!!!!!!

Nak mulakan mana punya dulu ni.Lokasi lagi tak ditetapkan.Huhu..

Akhirnya, saya memutuskan.....

Mia!!!Jom masuk tidur....

Good nite semua..

CONTEST KESAYANGANKU



Memperkenalkan kesayangan saya, Mia a.k.a kucing comel(cepat mengaku kucing saya comel, hehe)..Saya sayang Mia sebab dialah pengarang jantung ,hati, paru-paru dan pankreas saya (hiperbola betul, hihi).Mana taknya, pagi-pagi bangun, Mia tunggu kat depan pintu bilik, tunggu untuk masuk bilik saya dan mengesel-gesel badan dia pada kaki saya (walaupun saya belum mandi lagi, hehe). Balik rumah, ada Mia seekor jek kt rumah, sambil masak2, bercakap2 dengan Mia.Walaupun Mia x reti bercakap, Mia ngiau2 jek pun dah cukup bagus.hehe.

Mia baik, tak meragam sangat.Masa mandikan dia, Mia akan senyap saja.Tak meronta-ronta, atau mencakar, menyenangkan kerja saya.Lagilah saya bertambah sayang Mia. Inilah cerita saya untuk contest kesayanganku by Cik Shakina kita.
Saya tag bakal pengantin kita Puan Hana Yorie.(Panggil Puan jek la.Lagi beberapa hari lagi kan?hehe).





Mia bosan agaknya sebab asyik mengadap muka yang sama jek setiap hari.hehe.Sabar ye Mia.nanti kita tinggal bertiga ok..Silap, berempat, sebab Mia pun akan berteman nanti.

Sekian.

Friday, December 3, 2010

Dari mata jatuh ke hati-Dina Halim Bridal Boutique Online Contest

Jom ramai2 sertai contest ini.....






A'kum wbt

Buat pertama kali saye, iaitu Sebumbung Fotografik, bekerjasama dengan Dina Halim Bridal Boutique utk menganjurkan online contest. Dengan menawarkan hadiah-hadiah yang bagi saye agak berbaloi, sangat rugi jika kamu atau kamu atau kamu semua tidak menyertai pertandingan online ini. Sila baca syarat-syarat pertandingan dengan betul-betul dan berhati-hati ye.. Siapa ye juri-jurinye? hehehe.. buat masa sekarang ianya rahsia dahulu, kami akan mendedahkan juri-jurinye pada akhir-akhir tarikh pertandingan nanti.

Oklah.. tunggu ape lagi.. pergilah menulis sekarang..




1) Pertandingan terbuka kepada BAKAL-BAKAL PENGANTIN DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA. Ini bermakna tidak dibenarkan orang ketiga selain daripada bakal pengantin masuk pertandingan ini.
-Saya bakal pengantin tahun depan.Valid kan?hehe...

2) Pertandingan di buka untuk warganegara MALAYSIA yang berumur 20 tahun ke atas.
-Tahun ni masuk 24 tahun.Ok, cukup syarat...=)

3) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.dinahalim.blogspot.com/ dan http://sebumbungfotografik.blogspot.com/ dan add Dina Halim di Facebook.
-Done

4) Buat satu (1) special entri yang bertajuk ; Dina Halim Bridal Boutique Online Contest - 'Dari Mata Jatuh Ke Hati'.
-Done

5) Sila letakkan banner / badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog Dina Halim.
-Done

6) Dalam entri tersebut, sertakan SATU (1) GAMBAR BLACK & WHITE kamu dan si dia yang boleh menambat hati juri. (Lebih dari satu gambar akan di kira keluar dari tajuk) (NILAI-NILAI KESOPANAN DI AMBIL KIRA!)
-Sila rujuk entri khas untuk contest ini

7) Buat satu esei yang menyentuh hati dan boleh meremangkan jiwa juri mengenai percintaan pandang pertama kamu dan si dia ;"Dari Mata Jatuh Ke Hati". Panjang esei sekurang-kurangnya 200 patah perkataan (^_^)
-Sila rujuk entri khas untuk contest ini.
8) Nyatakan juga sudah berapa lama hubungan percintaan kamu dan si dia berjalan.

9) Pilih (1) GAMBAR pelamin Dina Halim Bridal Boutique kegemaran anda, dan terangkan secara ringkas, mengapa ianya menjadi pilihan anda.
-

10) Hadiah boleh di guna sepanjang tahun sehingga 20 NOVEMBER 2011 (TERTAKLUK KEPADA SAIZ BAJU, KEKOSONGAN TARIKH, TERUTAMANYA HADIAH OUTDOOR FOTOGRAFI).

11) Selesai semuanya, TINGGALKAN KOMEN pada ENTRI ONLINE CONTEST DI BLOG DINA HALIM SAHAJA. (Senang saya nak keep track)..KOMEN YANG AWAL DARI TARIKH 20 NOVEMBER 2010 TIDAK AKAN DI LAYAN. InsyaAllah saya dan para juri akan menjengukkan diri ke blog anda. Yang tak tinggal jejak, tidak akan di layan. Semua keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang email pujuk rayu tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 20 DISEMBER 2010 sebelum 12 malam. HADIAH-HADIAHNYA BERUPA:


TEMPAT PERTAMA : Sepasang Baju Songket Bunga Tabur L+P (Worth RM550.00)
Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)
Hadiah tajaan Sebumbung Fotografik (Worth RM500) :
2 Jam Outdoor Fotografi
Photobook Album
DVD Unlimited Shot gambar yang di ambil


TEMPAT KEDUA : Sepasang Baju Songket Bunga Tabur L+P (Worth RM550.00)
Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)


TEMPAT KETIGA : Sepasang baju Nikah L/P (Worth RM300.00)


*SAGUHATI (TEMPAT KE-4 dan KE-5) : 25% DISKAUN ke atas
pakej DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE

dan

20% DISKAUN ke atas
pakej SEBUMBUNG FOTOGRAFIK


**Semuanya tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Kami berhak menarik balik hadiah yang di menangi jika terdapat sebarang percanggahan tarikh, tiada persetujuan untuk additional cost (refundable security deposit untuk semua hadiah , transportation, atau accomodation). Tiada transportation charge unutk kawasan Kuala Lumpur bagi hadiah outdoor fotografi, bagi kawasan luar Kuala Lumpur, akan di kenakan caj tambahan. Semua hadiah tidak boleh di tukar nilai wang Ringgit atau di tukar dengan barangan lain.Ada soalan? tanya dalam komen saya atau page DINA HALIM =) atau message dalam facebook.


Maka saya dengan berbesar hatinya menyertai contest ini.Tq owner...Ini hasilnya dari saya.

*



*



*



*



*



*



*









Macam mana plak nak memulakan cerita ini ye.Hihi..Mengimbas kembali detik-detik pertemuan saya dengan abang. Dari mata jatuh ke hati?Hehe.Kisah pertemuan bermula di Kolej Matrikulasi Labuan.Kami sama-sama dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke situ.Tapi pada mulanya, sama-sama tak kenal antara satu sama lain.

Selepas seminggu menjalani orientasi yang sangat memenatkan, saya berminat untuk menyertai satu kelab ini:KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING.Saya memang suka menyibukkan diri dengan apa-apa aktiviti yang ada. Jadi, pada perjumpaan pertama tu, saya hadir bersama-sama rakan rapat saya, Sarimah. Perjumpaan pertama bermula dengan sesi taaruf dan pemilihan AJK untuk kelab. Memandangkan saya memang aktif bersukan jadi saya memilih untuk menjadi AJK untuk Unit Sukan.Maka, undi punya undi (mcm pilhanraya plak, hehe) saya memang dapat
pun jawatan tu..Seronok plak( tepuk tangan ramai-ramai).Tiba2, undian seterusnya ialah untuk mcari sorg lg partner utk AJK unit sukan...jeng..jeng...jeng.....Adalah sorg lelaki ni dapat..dia duduk jek tepat2 di barisan belakang saya.Owh, nama dia ialah Firdaus (semua pun dah dapat teka kan?hehe)...Selepas undian semua AJK selesai, satu mini mesyuarat pun diadakan..Masa ni saya tak tegur pun mamat tu.Tapi ada la minta nombor telefon dia supaya senang untuk dihubungi jika ada apa-apa aktiviti berkaitan unit.


Sepanjang dalam program pengajian di matriks, memang banyak aktiviti kelab yang kami buat.Saya dgn Firdaus pun byk handle program bersama2.Tapi bila masa plak saya jatuh hati kat dia ek dan bila masa plak dia jatuh hati kat saya?(Abang, jawab soalan ni,hihi).Saya akui mula menyayangi abang masa kami bersama-sama mendaki Gunung Kinabalu.Sepanjang pendakian itu, tidak sekalipun abang biarkan saya berjalan seorang.Kalau saya nampak penat, abang akan suruh berhenti rehat sekejap.Apabila saya dah mula memperlahankan langkah, abang akan bagi coklat sebagai tenaga untuk meneruskan pendakian.Apabila saya kesejukan,abang akan peluk saya?(Haha, part last ni tipu. No-no-no action before nikah ye.Hihi). Part paling terharu semasa kami dalam perjalanan untuk meneruskan pendakian ke puncak gunung pada pukul 1 pagi.Masa tu, tali kasut saya terbuka dan saya pula kaku kesejukan.Tidak dapat nak buat apa-apa sebab tangan turut kaku.Abang dengan pantasnya ikat balik tali kasut tu agar saya dapat meneruskan perjalanan (mungkin bagi orang lain benda ni remeh.Tapi bagi saya, tindakan abang itu cukup bermakna dalam hidup saya.Sapa nak pegang tali kasut bau busuk tu,huhu.Kantoi=p).Mulai saat itu, saya tak ragu-ragu dengan perasaan itu lagi.

Sepanjang pengajian di matrikulasi tu, saya memang menafikan kehadiran perasaan sayang itu..huhu.Pertama sebab nak fokus pada pelajaran.Kedua perbezaan agama membezakan kami(Saya seorang non-muslim dulu).Yang sebenarnya, saya dah mula menyayangi abang..tp saya tak mampu untuk pergi lagi jauh..lgpun abang pun macam tak layan jek saya...


Lepas tu, ada 1 malam ni abang ada hantar 1 msg kt saya kan...gmbr teddy bear dengan words "Sweet hug for good nite".Saya ada salin balik msg tu kt buku dan skrg pun masih ada dalam simpanan.Buku itu saya sentiasa bawa ke mana-mana sampai sekarang.Saya suka msg tu tapi buat-buat tak tahu bila jumpa abang.Jual mahal konon.hehe.Mass ini, saya dah dapat agak dah isi hati abang...jeng..jeng..jeng..

Sampai la ada 1 mlm pd penghujung Disember 2004.Abang mesej bertanya samada saya ada boyfriend tak.Saya pun jawab ada (padahal tak ada masa ini..sori ye abang tipu abang ms ni).Entah apa perasaan abg kan.Mesti sedih sebab rasa tak ada peluang dah.Dah tu, esok kita berjumpa lagi untuk uruskan projek kelab seterusnya.Masa dalam lif berdua-duaan, Na'a speechless.Tak tahu nak caakp ape dengan abg.Tapi abg nampak tenang jek.~Abang, maaf kan saya masa ini~..



Abang pernah ajak saya kuar..tapi saya refuse ckp takut kena culik..nnt xder org selamatkan...hehe.alasan tak logik..abang la yang selamat kan saya kan...cian abang xdpt nak kuar dgn saya ms ni.

Sampailah minggu terakhir di matriks.Saya rasa nk berterus terang dgn abang jek tentang penipuan tu.Hari itu ialah lwtn kelas biologi g taman apa entah..Masa pg tu, saya nekad untuk msg abang bgtau perkara sebenar.Masa ni, abang kt library kn,tengah stdi. Saya msg abang ckp minta maaf sebab tipu abang selama ini tentang bf tu...Tp abang x marah pun..Abang siap ckp terima kasih lg???sbb bgtau perkara sebenar...lega rasa....

Selepas itu, masing2 fokus utk exam sbb dh dekat dgn exam last..kdg2 ms saya stdi kt library..abang akn dtg ikut gak..thanx teman kn stdi. Ada 1 hari tu, kta kuar sm2 kn abang...berjaya gak abang ajk saya kuar..hehe.Tapi before kuar tu, punya la kelam kabut cr baju ape nk pakai..yela, mesti lah nk pakai yg elok2 ckit, nk kuar kali pertama...last2, dpt gak bj warna kuning tu..ingat x abang??? First time gak saya merasa mkn pizza hut...x mampu pun nk g mkn kt pizza hut before ni..huhu...thanx dear...


Bila dh habis exam..org lain semua berebut balik ek...tp abang stay jek kt matriks..nk teman kn saya ye..sbb tiket saya lmbt...dalam beberapa hari sebelum kita balik ke destinasi masing(abang kt sabah, saya kt Sarawak), kita kerap mkn bersama2 ek..jln2 spend ms bersama2 dlm matriks tu..rindu nyer ms tu..dan pd mlm last tu..abang propose jd girlfren abang..(Saya tulis lg msg tu kt buku td bersama msg gudnite tu)...160405, 0200am....date & masa saya dh serahkan sebahagian hidup saya kt abang...thanx for the moments...Ms ni, saya dh mula menyayangi abang. Tapi sayang, kita hanya ada ms sehari jek before berpisah...sedih nyer ms tu..

170405

Di saat-saat abang nk masuk flight g Sabah dh, saya nangis...Abang pun tahu kn..Abang patah balik ms tu kt saya.Untuk tatapan kali terakhir sebelum tahu destinasi seterusnya...Sedih...

Inilah kisah bagaimana permulaan kisah dari mata jatuh ke hati kami. 5 tahun yang cukup mematangkan kami dan kami akan akhiri dengan satu ikatan yang sah pada Mac 2011.

InshaALLAH.

Seterusnya, pelamin yang menjadi pilihan saya ialah pelamin ini. Saya jatuh hati dengan pelamin ini sebab ia nya ringkas dan unik sedikit dengan perincian lampu di sebalik kain langsir. Selain itu, pelamin ini tidak terlalu besar untuk dimuatkan di dalam ruang rumah yang sederhana.