Wednesday, December 8, 2010

CONTEST KESAYANGANKU



Memperkenalkan kesayangan saya, Mia a.k.a kucing comel(cepat mengaku kucing saya comel, hehe)..Saya sayang Mia sebab dialah pengarang jantung ,hati, paru-paru dan pankreas saya (hiperbola betul, hihi).Mana taknya, pagi-pagi bangun, Mia tunggu kat depan pintu bilik, tunggu untuk masuk bilik saya dan mengesel-gesel badan dia pada kaki saya (walaupun saya belum mandi lagi, hehe). Balik rumah, ada Mia seekor jek kt rumah, sambil masak2, bercakap2 dengan Mia.Walaupun Mia x reti bercakap, Mia ngiau2 jek pun dah cukup bagus.hehe.

Mia baik, tak meragam sangat.Masa mandikan dia, Mia akan senyap saja.Tak meronta-ronta, atau mencakar, menyenangkan kerja saya.Lagilah saya bertambah sayang Mia. Inilah cerita saya untuk contest kesayanganku by Cik Shakina kita.
Saya tag bakal pengantin kita Puan Hana Yorie.(Panggil Puan jek la.Lagi beberapa hari lagi kan?hehe).





Mia bosan agaknya sebab asyik mengadap muka yang sama jek setiap hari.hehe.Sabar ye Mia.nanti kita tinggal bertiga ok..Silap, berempat, sebab Mia pun akan berteman nanti.

Sekian.

Friday, December 3, 2010

Dari mata jatuh ke hati-Dina Halim Bridal Boutique Online Contest

Jom ramai2 sertai contest ini.....






A'kum wbt

Buat pertama kali saye, iaitu Sebumbung Fotografik, bekerjasama dengan Dina Halim Bridal Boutique utk menganjurkan online contest. Dengan menawarkan hadiah-hadiah yang bagi saye agak berbaloi, sangat rugi jika kamu atau kamu atau kamu semua tidak menyertai pertandingan online ini. Sila baca syarat-syarat pertandingan dengan betul-betul dan berhati-hati ye.. Siapa ye juri-jurinye? hehehe.. buat masa sekarang ianya rahsia dahulu, kami akan mendedahkan juri-jurinye pada akhir-akhir tarikh pertandingan nanti.

Oklah.. tunggu ape lagi.. pergilah menulis sekarang..




1) Pertandingan terbuka kepada BAKAL-BAKAL PENGANTIN DI SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA SAHAJA. Ini bermakna tidak dibenarkan orang ketiga selain daripada bakal pengantin masuk pertandingan ini.
-Saya bakal pengantin tahun depan.Valid kan?hehe...

2) Pertandingan di buka untuk warganegara MALAYSIA yang berumur 20 tahun ke atas.
-Tahun ni masuk 24 tahun.Ok, cukup syarat...=)

3) Peserta hendaklah mempunyai BLOG dan HENDAKLAH MENJADI FOLLOWER http://www.dinahalim.blogspot.com/ dan http://sebumbungfotografik.blogspot.com/ dan add Dina Halim di Facebook.
-Done

4) Buat satu (1) special entri yang bertajuk ; Dina Halim Bridal Boutique Online Contest - 'Dari Mata Jatuh Ke Hati'.
-Done

5) Sila letakkan banner / badge rasmi pertandingan ini di atas blog atau side bar blog anda dan juga dalam entri pertandingan. Dan sila linkkan ke blog Dina Halim.
-Done

6) Dalam entri tersebut, sertakan SATU (1) GAMBAR BLACK & WHITE kamu dan si dia yang boleh menambat hati juri. (Lebih dari satu gambar akan di kira keluar dari tajuk) (NILAI-NILAI KESOPANAN DI AMBIL KIRA!)
-Sila rujuk entri khas untuk contest ini

7) Buat satu esei yang menyentuh hati dan boleh meremangkan jiwa juri mengenai percintaan pandang pertama kamu dan si dia ;"Dari Mata Jatuh Ke Hati". Panjang esei sekurang-kurangnya 200 patah perkataan (^_^)
-Sila rujuk entri khas untuk contest ini.
8) Nyatakan juga sudah berapa lama hubungan percintaan kamu dan si dia berjalan.

9) Pilih (1) GAMBAR pelamin Dina Halim Bridal Boutique kegemaran anda, dan terangkan secara ringkas, mengapa ianya menjadi pilihan anda.
-

10) Hadiah boleh di guna sepanjang tahun sehingga 20 NOVEMBER 2011 (TERTAKLUK KEPADA SAIZ BAJU, KEKOSONGAN TARIKH, TERUTAMANYA HADIAH OUTDOOR FOTOGRAFI).

11) Selesai semuanya, TINGGALKAN KOMEN pada ENTRI ONLINE CONTEST DI BLOG DINA HALIM SAHAJA. (Senang saya nak keep track)..KOMEN YANG AWAL DARI TARIKH 20 NOVEMBER 2010 TIDAK AKAN DI LAYAN. InsyaAllah saya dan para juri akan menjengukkan diri ke blog anda. Yang tak tinggal jejak, tidak akan di layan. Semua keputusan adalah MUKTAMAD. Sebarang email pujuk rayu tidak akan di layan. Tarikh tutup penyertaan adalah sehingga 20 DISEMBER 2010 sebelum 12 malam. HADIAH-HADIAHNYA BERUPA:


TEMPAT PERTAMA : Sepasang Baju Songket Bunga Tabur L+P (Worth RM550.00)
Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)
Hadiah tajaan Sebumbung Fotografik (Worth RM500) :
2 Jam Outdoor Fotografi
Photobook Album
DVD Unlimited Shot gambar yang di ambil


TEMPAT KEDUA : Sepasang Baju Songket Bunga Tabur L+P (Worth RM550.00)
Bunga Tangan Fresh Flower (Worth RM150.00)


TEMPAT KETIGA : Sepasang baju Nikah L/P (Worth RM300.00)


*SAGUHATI (TEMPAT KE-4 dan KE-5) : 25% DISKAUN ke atas
pakej DINA HALIM BRIDAL BOUTIQUE

dan

20% DISKAUN ke atas
pakej SEBUMBUNG FOTOGRAFIK


**Semuanya tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu. Kami berhak menarik balik hadiah yang di menangi jika terdapat sebarang percanggahan tarikh, tiada persetujuan untuk additional cost (refundable security deposit untuk semua hadiah , transportation, atau accomodation). Tiada transportation charge unutk kawasan Kuala Lumpur bagi hadiah outdoor fotografi, bagi kawasan luar Kuala Lumpur, akan di kenakan caj tambahan. Semua hadiah tidak boleh di tukar nilai wang Ringgit atau di tukar dengan barangan lain.Ada soalan? tanya dalam komen saya atau page DINA HALIM =) atau message dalam facebook.


Maka saya dengan berbesar hatinya menyertai contest ini.Tq owner...Ini hasilnya dari saya.

*



*



*



*



*



*



*









Macam mana plak nak memulakan cerita ini ye.Hihi..Mengimbas kembali detik-detik pertemuan saya dengan abang. Dari mata jatuh ke hati?Hehe.Kisah pertemuan bermula di Kolej Matrikulasi Labuan.Kami sama-sama dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke situ.Tapi pada mulanya, sama-sama tak kenal antara satu sama lain.

Selepas seminggu menjalani orientasi yang sangat memenatkan, saya berminat untuk menyertai satu kelab ini:KELAB BIMBINGAN DAN KAUNSELING.Saya memang suka menyibukkan diri dengan apa-apa aktiviti yang ada. Jadi, pada perjumpaan pertama tu, saya hadir bersama-sama rakan rapat saya, Sarimah. Perjumpaan pertama bermula dengan sesi taaruf dan pemilihan AJK untuk kelab. Memandangkan saya memang aktif bersukan jadi saya memilih untuk menjadi AJK untuk Unit Sukan.Maka, undi punya undi (mcm pilhanraya plak, hehe) saya memang dapat
pun jawatan tu..Seronok plak( tepuk tangan ramai-ramai).Tiba2, undian seterusnya ialah untuk mcari sorg lg partner utk AJK unit sukan...jeng..jeng...jeng.....Adalah sorg lelaki ni dapat..dia duduk jek tepat2 di barisan belakang saya.Owh, nama dia ialah Firdaus (semua pun dah dapat teka kan?hehe)...Selepas undian semua AJK selesai, satu mini mesyuarat pun diadakan..Masa ni saya tak tegur pun mamat tu.Tapi ada la minta nombor telefon dia supaya senang untuk dihubungi jika ada apa-apa aktiviti berkaitan unit.


Sepanjang dalam program pengajian di matriks, memang banyak aktiviti kelab yang kami buat.Saya dgn Firdaus pun byk handle program bersama2.Tapi bila masa plak saya jatuh hati kat dia ek dan bila masa plak dia jatuh hati kat saya?(Abang, jawab soalan ni,hihi).Saya akui mula menyayangi abang masa kami bersama-sama mendaki Gunung Kinabalu.Sepanjang pendakian itu, tidak sekalipun abang biarkan saya berjalan seorang.Kalau saya nampak penat, abang akan suruh berhenti rehat sekejap.Apabila saya dah mula memperlahankan langkah, abang akan bagi coklat sebagai tenaga untuk meneruskan pendakian.Apabila saya kesejukan,abang akan peluk saya?(Haha, part last ni tipu. No-no-no action before nikah ye.Hihi). Part paling terharu semasa kami dalam perjalanan untuk meneruskan pendakian ke puncak gunung pada pukul 1 pagi.Masa tu, tali kasut saya terbuka dan saya pula kaku kesejukan.Tidak dapat nak buat apa-apa sebab tangan turut kaku.Abang dengan pantasnya ikat balik tali kasut tu agar saya dapat meneruskan perjalanan (mungkin bagi orang lain benda ni remeh.Tapi bagi saya, tindakan abang itu cukup bermakna dalam hidup saya.Sapa nak pegang tali kasut bau busuk tu,huhu.Kantoi=p).Mulai saat itu, saya tak ragu-ragu dengan perasaan itu lagi.

Sepanjang pengajian di matrikulasi tu, saya memang menafikan kehadiran perasaan sayang itu..huhu.Pertama sebab nak fokus pada pelajaran.Kedua perbezaan agama membezakan kami(Saya seorang non-muslim dulu).Yang sebenarnya, saya dah mula menyayangi abang..tp saya tak mampu untuk pergi lagi jauh..lgpun abang pun macam tak layan jek saya...


Lepas tu, ada 1 malam ni abang ada hantar 1 msg kt saya kan...gmbr teddy bear dengan words "Sweet hug for good nite".Saya ada salin balik msg tu kt buku dan skrg pun masih ada dalam simpanan.Buku itu saya sentiasa bawa ke mana-mana sampai sekarang.Saya suka msg tu tapi buat-buat tak tahu bila jumpa abang.Jual mahal konon.hehe.Mass ini, saya dah dapat agak dah isi hati abang...jeng..jeng..jeng..

Sampai la ada 1 mlm pd penghujung Disember 2004.Abang mesej bertanya samada saya ada boyfriend tak.Saya pun jawab ada (padahal tak ada masa ini..sori ye abang tipu abang ms ni).Entah apa perasaan abg kan.Mesti sedih sebab rasa tak ada peluang dah.Dah tu, esok kita berjumpa lagi untuk uruskan projek kelab seterusnya.Masa dalam lif berdua-duaan, Na'a speechless.Tak tahu nak caakp ape dengan abg.Tapi abg nampak tenang jek.~Abang, maaf kan saya masa ini~..



Abang pernah ajak saya kuar..tapi saya refuse ckp takut kena culik..nnt xder org selamatkan...hehe.alasan tak logik..abang la yang selamat kan saya kan...cian abang xdpt nak kuar dgn saya ms ni.

Sampailah minggu terakhir di matriks.Saya rasa nk berterus terang dgn abang jek tentang penipuan tu.Hari itu ialah lwtn kelas biologi g taman apa entah..Masa pg tu, saya nekad untuk msg abang bgtau perkara sebenar.Masa ni, abang kt library kn,tengah stdi. Saya msg abang ckp minta maaf sebab tipu abang selama ini tentang bf tu...Tp abang x marah pun..Abang siap ckp terima kasih lg???sbb bgtau perkara sebenar...lega rasa....

Selepas itu, masing2 fokus utk exam sbb dh dekat dgn exam last..kdg2 ms saya stdi kt library..abang akn dtg ikut gak..thanx teman kn stdi. Ada 1 hari tu, kta kuar sm2 kn abang...berjaya gak abang ajk saya kuar..hehe.Tapi before kuar tu, punya la kelam kabut cr baju ape nk pakai..yela, mesti lah nk pakai yg elok2 ckit, nk kuar kali pertama...last2, dpt gak bj warna kuning tu..ingat x abang??? First time gak saya merasa mkn pizza hut...x mampu pun nk g mkn kt pizza hut before ni..huhu...thanx dear...


Bila dh habis exam..org lain semua berebut balik ek...tp abang stay jek kt matriks..nk teman kn saya ye..sbb tiket saya lmbt...dalam beberapa hari sebelum kita balik ke destinasi masing(abang kt sabah, saya kt Sarawak), kita kerap mkn bersama2 ek..jln2 spend ms bersama2 dlm matriks tu..rindu nyer ms tu..dan pd mlm last tu..abang propose jd girlfren abang..(Saya tulis lg msg tu kt buku td bersama msg gudnite tu)...160405, 0200am....date & masa saya dh serahkan sebahagian hidup saya kt abang...thanx for the moments...Ms ni, saya dh mula menyayangi abang. Tapi sayang, kita hanya ada ms sehari jek before berpisah...sedih nyer ms tu..

170405

Di saat-saat abang nk masuk flight g Sabah dh, saya nangis...Abang pun tahu kn..Abang patah balik ms tu kt saya.Untuk tatapan kali terakhir sebelum tahu destinasi seterusnya...Sedih...

Inilah kisah bagaimana permulaan kisah dari mata jatuh ke hati kami. 5 tahun yang cukup mematangkan kami dan kami akan akhiri dengan satu ikatan yang sah pada Mac 2011.

InshaALLAH.

Seterusnya, pelamin yang menjadi pilihan saya ialah pelamin ini. Saya jatuh hati dengan pelamin ini sebab ia nya ringkas dan unik sedikit dengan perincian lampu di sebalik kain langsir. Selain itu, pelamin ini tidak terlalu besar untuk dimuatkan di dalam ruang rumah yang sederhana.



Wednesday, November 24, 2010

Guest book

Guest book?
Rasanya baru2 abad ni juga la dengar pasal guest book ni a.k.a buku tetamu.Kegunaannya pun tak tahu sampailah saya tengok di blog Puan Hana Yorie dan Puan Xora. Kredit to Hana dan Xora sebab memberi satu idea yg baik.

Setelah lama memerah otak, akhirnya saya dapat idea untuk membuat guestbook saya.Saya akan menggunakan gabungan idea dari sini dan idea saya sendiri...hasilnya nanti akan saya persembahkan bila dh siap.Baru dapat idea.Materialnya akan dicari dan digubah secepat mungkin.Rasanya ini adalah projek DIY saya yg pertama...Doakan ye kawan2.....

Ini contoh buku asal.






Source:http://www.contengconteng.com/p/conteng-conteng-edisi-buku.html



Gabungan idea akan dipersembahkan bila dah siap.Tak sabar untuk melihat hasil tangan sendiri....

Jumpa di entri yang seterusnya.

Saturday, November 20, 2010

Kursus Kahwin

Kursus kahwin?????
kena hadir kursus dulu br boleh kahwin skrg ye...
Sebenarnya jenuh gak saya mencari pusat untuk kursus kahwin di Kuching ini.
Di kuching kursus kahwin x sm mcm di Kl.senang jek nk dapat..byr jek rm80/head dh boleh attend ikut date pilihan kita..

Nak diikutkan cerita, di Kuching, kursus kahwin hanya ada dijalankan Jabatan Agama Islam Sarawak sahaja(tak termasuk yg dianjurkan oeh UNIMAS dan UiTM Samarahan untuk pelajarnya ok)...Lepas tu, kursus kahwinnya hanya dijalankan pada weekdays sahaja, which is bertindih dgn waktu kerja kita...so, terpaksa ambil cuti????Sebenarnya tidak ye kawan2...JAIS sarawak akn keluarkan 1 surat pelepasan kita untuk mhadiri kursus itu(selamat cuti aku,hehe)...so, boleh attend kursus tu dengan cuti tanpa rekod..yeah!!!!....

Jap2, perlu bayar x???hehehe....terima kasih kpd JAIS Sarawak kerana menganjurkan kursus kahwin tu secara percuma sahaja....jimat rm80 x 2 org=RM160...Duit tu boleh masuk dlm tabung kahwin.yeah!!!!....so, tanggal 9, 10 Nov lepas, saya selamat sudah mhadiri kursus itu....sorang2 jek sbb abang dh ateend kursus tu ms dia 1st yr di Uni lg.....

Dah lepas kursus kahwin, lega sikit.Boleh fokus untuk persiapan yg lain plak....

Jumpa lg di entri yg lain..taraaa....

p/s:Mode mencari vendor2 yg menawarkan pakej yg berpatutan untuk saya yg limited bajet ni...

Thursday, November 18, 2010

Salam aidiladha...

Salam aidiladha kepada semua...

Tiada apa-apa yg saya masak semalam sempena Aidiladha. Kemalasan melanda semalam, huhu.
Abang pun sibuk bekerja. Saya pula siap kan kerja2 tertunggak (cuti2 pun bekerja, huhu)...Terima kasih juga buat abang yg membawa balik laksa dari rumah kawan dia semasa abang pergi beraya.

Sempena aidiladha juga, abang dan saya telah pergi servei2 cincin untuk dibuat cincin tanda pada 251210.Mula2 tu, nak juga amik cincin yg berbatu2 tu.Tapi akhirnya saya memutuskan biarlah cincin tanda saya hanya yg biasa2 sahaja.Cincin yg luar biasa boleh dibeli untuk bertunang dan nikah(asyik cincin jek?nk yg lain boleh x abang?)....Thanx pada abang yg telah membelikan cincin itu.Tp x boleh pakai sekarang, kena tggu bulan 12 nnt ye...hehe.Saya suka cincin tu, terletak elok dan molek kt jari saya (Gambar cincin kna tggu bln 12,hehe.Nnt x surprise dah).

YES (Year End Sale) akan bermula tidak lama lagi.Harap2 sempat untuk membeli semua barang-barang hantaran.Nak rembat sedikit masa berkursus di Melaka nnt.Kita tggu dan lihat, apa yg berjaya saya rembat ye.......

Tuesday, November 16, 2010

Permulaan ke arah mencari cinta yang halal...

Sila abaikan tajuk di atas, pasal saje nk wat gempak..hehe..

25 Dis 2010...
Tarikh ini akan merungkai segala-galanya kerana keluarga abang dan keluarga saya akan bertemu untuk berbincang mengenai kami @ majlis pernikahan kami.Alhamdulillah, selangkah ke depan dah.Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Pada hari tersebut, hanya perbincangan sahaja akan diadakan dan penyerahan cincin tanda sahaja. Pertunangan dirancang disekalikan dengan majlis nikah nanti untuk menjimatkan kos.Na'a tiada impian yg besar2 untuk majlis Na'a pun seperti kebanyakan org.Cukuplah abang melafazkan ijab kabul nya dengan sah nya,dan orang sekeliling tahu bahawa Na'a adalah sah milik abang nnt...Yang selebihnya, Na'a berharap semua tetamu dpt merasa makanan yg dihidangkan dan membawa balik cenderahati ikhlas dari kami sekeluarga.....

Na'a hanya ingin kan sesuatu yg simple jek nnt...

InshaALLAH.

Tuesday, October 12, 2010

Our love~Mia

Assalamualaikum......

Berhabuk blog Na'a rupanya..
Sebenarnya malas nak menulis...hehe.

Entri kali ni nak cite pasal kucing kesayangan kami~Miaaaa......
Nape kami???Yela, Na'a & abg sm2 suka kucing. Jaga kucing pun sama2..
Errrkkk..jgn salah faham..x tggl serumah ok...
It's no-no-no before nikah....Kita tggl berjiran ok...
Biasa mlm2 dlm pukul 10pm, abg akan ambil Mia dan main2 dgn Mia.Kol 1130pm-12am abg akn anta mia balik...Di samping itu, leh la tgk muka abg.hikhik..

Mia ni jantan sebenarnya.Tapi ms beli dr owner dia, dia ckp betina..Mula2 nama kan Neng.. Tp mcm x masuk jek nama tu dgn kucing.So, nama kan Mia.Ms pertama kali hantar Mia g vaksin, vet tu check then ckp dia ialah jantan.Jantan pun jantan la, yg penting kita dh namakan dia Mia.So, here Mia is.........

Comel kan,kan,kan????



Gambar semasa Syawal ke-2..Mia pun beraya tau..









Mia ni manja sgt2.Makan kena berteman br mkn byk.Bila duk kt dapur nk bancuh air, Mia akn dtg gesel2 kt kaki.Abg pun ckp Mia suka duk dlm air-cond(bilik abg ada air-cond)..high taste ye Mia...hehe..Apa2 pun kami sgt syg2 kt Mia..Nanti kami carikan teman untuk Mia k..Mia sabar dulu.Skrg xleh ada kwn dulu, ruang rumah x mengizinkan..Tggu ada rumah baru, then g cari teman Mia.Mia kwn dgn hamster dulu k(kiko & kaka)..

10/10/10
Hari tu g anta Mia untuk vaksin. Alhamdulillah, berat Mia dh naik, dari 2.9 ke 3.45kg.Fungus di badan Mia pun makin berkurang. Tapi Dr suh mkn ubat lagi.So, tiap2 petang bg Mia mkn ubat.Cian Mia kena telan ubat pahit tu ye.Sabar ye Mia...nak sihat cepat kan...

Mulai jumaat ni, 15/10/10 Na'a akan g induksi selama 2 minggu sehingga 29/10/10. Jadi Mia duduk dengan abg ye. Jgn nakal2,jgn melepas merata2, jgn susahkan abg.Cian abg dh makin bz...Nnt mesti Na'a rindu kan Mia.Mia rindu x kt Na'a agaknya???Huhu...

Di kesempatan ini, Na'a nk wish congratz kt abg sbb dh lulus exam & viva untuk terus melangkah ke posting seterusnya.I know u can make it & u did it('',)...

Sayonara..