Wednesday, March 31, 2010

5 April semakin menjelang....

....5 April 2010.....

Tinggal 5 hari lagi na'a berada di KL ni....
Tggl 5 hari lagi utk na'a memulakan rutin hidup baru...
Mcm mn kehidupan selepas itu masih x dpt nk dibayangkan....
Masih jauh dlm jangkauan...

Ya ALLAH....perjalanan hidup yang tak terbayang....
Mampukah na'a mengharunginya....

Friday, March 19, 2010

Mutiara kata

Kebahagiaan itu adalah:

Ketika mushaf menjadi kawan anda...
Kerja anda menjadi kesukaan anda..
Rumah menjadi tempat ibadah anda..
Perbendaharaan anda adalah sifat qanaah anda.


Dalam musibah itu terdapat 4 seni:
Mencari pahala dari ALLAH
Berkawan dengan kesabaran
Berzikir dengan baik
Menunggu kelembutan dari ALLAH SWT..

Wednesday, March 17, 2010

3.3.10 to 17.3.10...

3.3.10...

Pagi ni cm biasa la na'a wat kerja2 menaip....siap kan draf thesis..bab 1, 2, 3....
handphone mmg alert giler sbb mengharap call dr SPA...nape plak call dr SPA???....hehe...sbnr nya 15 Dec 2009 lepas, na'a ada g interview as Pegawai Zat Makanan(PZM)...tp na's just dpt as calon simpanan....at 1st, agak kecewa, tp na'a sentiasa positif (wpun ada ms nya na'a menangis sbb kecewa..biasa la kalo kita x dpt ape yg kita nak kan...betul x??)...

Ok..berbalik ke cite td...tiba2 dlm 10.30am tu,,no 03888xxxxx call....SPA!!!!!!!!!!!....panggilan yg dinanti2 kn....mcm x caya jek....
ms tu mmg berdebar2...

Tp na'a dpt direct call dr Kementerian Kesihatan Malaysia....ada seorang kakak tu, suh bg 3 tempat posting pilihan...

So, this was my lists:

1: Sarawak
2: Sabah
3: Johor

Sejurus selepas call tu, bergenang air mata na'a..penantian berakhir....terasa bersyukur sgt....Ooppss...dpt call jek...(tp time ni, bla dpt call jek means that high possibility akn dpt jwtn as PZM tu....

First thing na'a buat ialah na'a g wat sujud syukur ms tu....sekali dgn solat hajat agar dipermudahkan jalan2 na'a seterusnya....pastu bgtau la si dia (ABG)...ABG pun hepi dgn berita tu...

Tp nape x bgtau famili na'a ek???Huhu...bkn xnk bgtau ye...tp kt umah na'a xder line..so..kena la tggu parents na'a g pekan br dpt contact....tggu punya tggu....sehingga la.....


17.03.10

Na'a kt makmal ms ni...tgh nk prepare utk buat labwork...013812xxxx calling.....nombor apai(apai merujuk kepada ayah dlm bahasa iban)...Yahoo!!!....lama na'a tggu call ni....Mak na'a yg bercakap.....ape lg...Na'a terus bgtau berita gembira ni...Mak hepi sgt....seronok bercerita dgn mak td....Alhamdullilah...rezeki mereka...byk yg na'a nak buat bila dpt kerja ni....samada utk famili or untuk masyarakat....

Na'a nak ubah kehidupan famili.....dr rumah usang dpt la nnt duduk rumah yg selesa ckit..inshaALLAH....

Ok lah...Na'a akan smbg lg menulis lg selepas ini....Ada kerja sikit....




Surah Al-Baqarah (Ayat 186)

Dan apabila hamba-hamba -Ku bertanya kepada-Mu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.

Tuesday, March 16, 2010

Trip to A Famosa Water Park...



Maaf ye kawan2..lama x update blog ni...sibuk dengan kerja2 di makmal...dateline semakin hampir..kerja masih berlambak..(ok, tinggal kan topik ini).....

Plan ke Melaka dh dirancang sekian lama..sebagai kenangan bersama kerana selepas ini masing2 membawa haluan sendiri..Jadi pagi 21 Feb 2010, awal2 pg lg semua dh bgn bersiap untuk enjoy..na'a bw adik na'a sekali, Laura..so, 5 housemate + laura= 6 org...sumbat dlm kereta Myvi Ateen..







~nasib ler semua comel2 belaka..muat gak Myvi ni...hehe..

Pg tu, ain masak popia otak2 sebagai bekalan dlm perjalanan ke Melaka(tp x amik gmbr popia tu plak)...perjalanan diteruskan ke rumah adik na'a untuk mengambil peta ke A Famosa(kitaorg x tahu jln,hehe)...sampai di rumah omar(adik na'a), na'a terus mencari kucing comel ini....tengok lah gmbr2 kucing ni..comel kan..nama dia pipil...





























Berpandukan peta ini.....







Kami sampai juga di A Famosa Water Park...

Bayaran masuk RM40/person...
Duit locker RM4/locker
Sewa pelampung RM20/tube(Dpt balik RM10 if return in a good condition)..

Maka dengan ini, kami lupakan dunia luar...ingin berfantasi dlm realiti..dunia kanak2 kami..(yela ms kecik2 dulu mn ada peluang nk main2 gini)....
Enjoy the pic ya....














Dlm kseronokan bermain....ada yg dh surrender awal...hehe..mereka ketahuan tertidur..






Akhirnya, ms untuk bertolak ke bandar Melaka...



Thursday, March 11, 2010

JARI MANIS

SubhanAllah...apa yang kita lihat ini adalah satu kebesaran Allah,,,
terasa sungguh kerdil diri ini...

Anda cubalah Sendiri

Mengapa Cincin Pernikahan Harus Ditaruh di Jari Manis??

Ikuti langkah berikut ini, Tuhan benar2 membuat keajaiban

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah ditekuk ke dalam (lihat gambar)

2. Kemudian, 4 jari yang lain pertemukan ujungnya.

3. Permainan dimulai, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisahkan...

4 . Cobalah membuka ibu jari anda, ibu jari menwakili orang tua, ibu jari bisa dibuka karena semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan demikian orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

5. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereke memiliki keluarga sendiri, sehingga mereka juga akan meninggalkan kita.

6. sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak2. cepat atau lambat anak2 juga akan meninggalkan kita.

7. selanjutnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menaruh cincin perkawinan anda, anda akan heran karena jari tersebut tidak akan bisa dibuka. Karena jari manis mewakili suami dan istri, kebahagian dan kepimpinan akan saling diperlukan..so kalau suami tak bimbbing isteri,,kat Akhirat pun,,kena soal jugak tanggung jawabnya,,ia lebih besar tanggungjawabnya berbanding dengan anak-anak yang akan juga dipersoalkan

Kisah Rasulullah s.w.t sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang
memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat
sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu
kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing
si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah
engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKANLAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT..'

Mencari Positif di Sebalik Negatif

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.
2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.
3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.
4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.
5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.
6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.
7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.
8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.
9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.
10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut…
AND FINALLY …….. for received this personal and meaningful forwarded e-mails because it means you have friends who are thinking of you.
“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada”