Tuesday, June 21, 2011

FORMULA SARANAN BERAT UNTUK IBU MENGANDUNG



Assalamualaikum semua,

Kali ini, saya nak berkongsi mengenai kenaikan berat badan semasa mengandung. Berikut merupakan formula yang telah digunapakai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebelum itu, anda semua perlu tahu mengenai BMI/indeks jisim tubuh masing-masing sebelum mengandung ye.

Indeks Jisim tubuh (kg/m2)

Jumlah saranan kenaikan berat badan (kg)

Kenaikan berat badan masa trimester 1 (kg)

Kenaikan berat badan masa trimester 2 dan 3 (kg/minggu)

Kurang berat badan

12.5-18

2.3

0.49

Normal

11.5-16

1.6

0.44

Berlebihan berat badan

7.5-11.5

0.9

0.30

Formula=Berat badan saranan trimester 1 + Usia kandungan terkini -14 [Berat

saranan untuk minggu terkini]



Contoh :

Berat badan Alisha sebelum mengandung ialah 42 kg dengan ketinggian 151 cm.

Kini, usia kandungan Alisha mencecah 19 minggu 3 hari dan berat Alisha ialah 48 kg.

Adakah berat Alisha sesuai dengan usia kandungan atau dah berlebihan?



Pengiraan:

Indeks jisim tubuh Alisha= 42 kg/ [1.51 m x 1.51 m]

= 18.42 kg/m2 (Kurang berat badan)

Formula = 2.3 kg + [(19-14) x (0.49)]

= 4.75 kg


Kesimpulan :

Sepanjang 19 minggu 3 hari mengandung, Alisha telah naik sebanyak 6 kg. Namun mengikut saranan, Alisha hanya boleh naik sebanyak 4.75 kg. Ini bermakna, berat Alisha telah naik melebihi saranan yang ditetapkan.


P/s:Sebarang pertanyaan, boleh ditinggal di ruangan komen.

Friday, June 3, 2011

Perkembangan terkini permata hati abang & sayang

Assalamualaikum semua,

Entri ini ditulis sebagai catatan dan kenangan untuk tatapan si comel kami yang akan lahir hujung tahun ini.

Memandangkan saya kerja di klinik kesihatan ibu dan anak, maka saya selalu mengambil peluang untuk scan permata hati kami ini. Sangat suka bila masa scan nampak dia bergerak-gerak seolah-olah si dia gembira bertemu dengan uminya.

Ini adalah scan pada minggu ke-6. Masa ini hanya nampak kantung bayi saja. Tapi cukup untuk mengesahkan yang kita mengandung.




6 weeks 5 days



Apabila masuk minggu ke-8, saya scan lagi permata hati kami. Alhamdulillah, sudah nampak dengan jelas si dia sedang membesar dengan sihat. Malah denyutan jantungnya sudah kedengaran masa ini. Rehat elok-elok ye sayang dalam rahim umi ini.InshaALLAH, umi akan jaga sayang sepanjang 40 minggu ini.

8 weeks 4 days

Minggu kesepuluh, saya scan lagi. Saja rindu nak jumpa.Si dia semakin membesar. Masa ini sudah sepanjang 2.4 cm..


10 weeks 0 day



Ok, jumpa lagi dengan pada minggu ke-11.Alhamdulillah, sudah memanjang jadi 4.98 cm. Cepat nyer anak umi & ayah membesar...


11 weeks 5 days


Esok mama & ayah akan datang dari Kluang untuk melawat saya & abang. Semoga mereka gembira melihat scan cucu pertama mereka ini.

P/s Semoga ALLAH lindungi si dia sehingga minggu ke-40.Amin.

Pengambilan kalsium seharian untuk ibu-ibu mengandung





Assalamualaikum semua,

Lama menyepi. Saya dah update tentang majlis saya, tetapi kamera hilang pula. Sedih sebab saya tidak sempat transfer gambar-gambar sekitar persiapan majlis itu untuk diupload ke dalam blog. Sedang mencari gambar yang lain untuk dimuat turun ke dalam blog.Jadi, harap bersabar ye...

Ok, hari ini ada sedikit perkongsian tentang pengambilan kalsium untuk ibu-ibu mengandung.
Semua sedia maklum kan kepentingan kalsium;untuk kekuatan tulang dan gigi. Jadi, bila dah mengandung ini, pengambilan kalsium ini amat penting, sebab bayi perlukan kalsium untuk pembentukan tulang dia.

Keperluan kalsium untuk ibu-ibu mengandung yang berusia 19-50 tahun ialah 1000mg sehari (Sumber:Recommended nutrients intake for Malaysia,2005).

Jika pengambilan kalsium ini kurang dalam seharian, bayi akan menyerap kalsium dari tulang-tulang ibu. Apabila si ibu dah mencecah usia 40-an ke atas, risiko untuk mendapat osteoporosis amat la tinggi.Jadi, mari amalkan minum susu mulai sekarang.

Bagaimana nak cukupkan keperluan 1000 mg kalsium ini.



~Minum 2 gelas susu (3-4 scoops susu tepung) sehari sudah memadai.

Beberapa peringatan dalam mengamalkan minum susu ini:

1.Bagi yang berlebihan berat badan boleh la amalkan minum susu rendah lemak UHT itu.

2. Bagi yang ada risiko untuk mendapat kencing manis, digalakkan untuk minum susu tepung yang putih saja. Susu berperisa coklat/strawberi tidak dibenarkan.

3. Bagi yang langsung tidak boleh minum susu, boleh cuba untuk minum susu soya yang ada kalsium. Boleh cek di label ye.

4. Bagi kes yang teruk di mana semua jenis susu pun tak dapat minum, dibolehkan untuk mengambil supplement kalsium. Tapi pastikan beli pil yang mengandungi 500 mg kalsium sebiji, sebab badan kita tidak dapat menyerap kalsium lebih dari 500mg dalam satu-satu masa.

5. Dilarang minum susu/makan pil kalsium dalam tempoh 2 jam sebelum/selepas makan.

6. Dilarang mengambil pil yang mengandung zat besi (hematiniks, obimin,iberet, sangobion etc) bersama-sama susu/pil kalsium.

*Penyerapan kalsium dari susu/makanan adalah lebih berkesan dari pil laksium itu sendiri.

Sebarang pertanyaan boleh la ditinggalkan di ruangan komen ye. InshaALLAH, saya cuba bantu berdasarkan apa yang saya tahu dan saya pelajari.

P/s: Amalkan makan secara seimbang berdasarkan piramid makanan Malaysia yang terbaru (2010).