Thursday, February 24, 2011

Hunting for wedding ring done!!!!!!!!!!!!




Assalamualaikum semua,

Setelah sekian lama servei cincin nikah, akhirnya kami berjaya jumpa yg berkenan di hati..

Walaupun pilihan amat terhad di Kuching ini, tapi kami tetap berpuas hati dengan cincin ini.

Thanx abg sbb beli kan cincin tu...

Boleh tak tiap malam gi belek2 cincin tu sebab x sabar nk pakai..hihi..sabar lah wahai hati...nnt abg sarungkan terus pkai ye....Amin..sabar2, lg 23 hari..

Taraaaa....

Memperkenal kan kotak cincin ini...




Tempat cincin tu beradu utk 23 hari lagi...comel kan???hihi..pink gitu...i like..


Hihi..Cincin itu didatangkan kn khas bersama-sama teddy bear ini.Nanti cuma tambah2 bunga sebagai hiasan lagi..


Eh, ni bkn cincin saya....Tp designnya lebih kurang mcm ni jek...hihi.



Tiap mlm cincin ni menjadi tatapan mataku..hihi..



Wednesday, February 23, 2011

Nak manja kan diri dengan pakej yg murah??

Assalamualaikum semua,

Menjelang hari bahagia, ramai b2b akan pergi memanjakan diri kan?

Apa kata tengok kt website ini..

Malas nk cite panjang2.hihi....

Tuesday, February 22, 2011

Lagi 25 hari????...Saya sibuk kena hadiri konferens..



Semakin dekat dengan itu, semakin banyak kursus/konferens yang saya kena pergi....

Hujung bulan ni ada 1 kursus kena attend. Nasib lah sehari jek..Selepas itu, 5-6 Mac saya kena fly ke KL lagi untuk attend konferens "Nutrition in obstetrics & gynaecology" di Le Meridien Hotel..


7 mac saya akan fly balik ke Kuching untuk menyiapkan kerja-kerja saya yg tertunggak sebelum fly balik ke KL pada 11 Mac...

Mesti ada yg akan saran kn supaya bercuti terus jek selepas kursus itu. Tapi saya perlu balik untuk kerja-kerja yg tertunggak.Bulan Mac banyak laporan yg perlu saya cek sebelum mula bercuti. At least saya tidak perlu memikirkan tentang tugasan semasa sibuk mempersiapkan diri menjadi isteri kepada cik abang.

Dan sebenarnya saya teruja untuk mengikuti konferens di KL pd 5-6Mac itu. Saya sendiri yg offer diri untuk attend konferens itu.

Apa yg saya lihat, banyak maklumat yg saya boleh ekstrak dari konferens itu untuk diaplikasi dalam tugas harian saya. Di samping itu, itu adalah peluang saya untuk menyediakan diri sebelum pregnant. Konferens itu memang ada tepat pada waktunya.

Alhamdulillah, itu dikira sebagai rezeki juga kan?Hihi...

Thursday, February 17, 2011

Review tentang kad kahwin

Assalamualaikum semua,

Lagi 30 hari saya akan bertukar status..Perasaan saya???
Tak ada perasaan lg..Mungkin sbb sibuk dgn kerja. Tambahan pula, famili mertua saya banyak menolong menyiapkan perkara-perkara yg perlu untuk walimatulurus tu nanti..

Ok2, hari ni saya nk review tentang kad kahwin saya..

Setelah tarikh nikah ditetapkan hujung Disember tahun lalu, saya terus goggle untuk menempah kad kahwin.

Akhirnya saya terjumpa 1 website ini di mana kad-kad yg dia design amat2 menarik.Harga pun ok. Banyak pakej yg dipromosikan.

Sepanjang berurusan dengan beliau, bagi saya dia amat mementingkan kehendak pelanggan dan amat bersabar.

Saya banyak kali menukar draf kad saya setelah berbincang dengan keluarga mertua.Tapi beliau amat sabar melayan karenah saya.Hihi...

Lg 1, beliau amat menjaga kualiti kad pelanggan beliau. Kad saya telah siap dicetak pd 1 Feb yg lalu. Tp, kad yg dicetak oleh printer tidak seperti yg saya pinta, maka beliau telah me 'reject' kad tersebut dan minta kad itu dicetak semula.

Di bawah ini ialah contoh kad saya.




Saya amat berpuas hati dengan kad saya ini.Ramai yg suka kan nya.Hihi...

Nak tengok lebih lanjut?Sila lah ke link ini.

Wednesday, February 16, 2011

Jemputan ke walimatulurus saya......


Assalamualaikum & selamat pagi semua,

Dengan ini, saya berbesar hati menjemput semua bloggers & silent readers saya untuk memeriahkan majlis saya....

Maka, saya nk minta tolong korg semua emel kn alamat berserta nama penuh ke emel saya secepat mungkin ye...

naazira_iman86@yahoo.com


Majlis saya ialah pada 19 Mac 2011 di Shah Alam.....

Mari ramai-ramai datang ye=)

Monday, February 14, 2011

33 hari mencari cinta~DIY layah nikah/sanding siap!!!!



Assalamualaikum semua

Straight to the point ye.

Ini percubaan pertama saya membuat layah a.k.a veil. Sebelum tu, saya merujuk blog b2b yg lain untuk melihat perincian pada veil dan terjumpa 1 website ini yg menerangkan cara-cara utk membuat layah.

DIY wedding veil

&

Inspirasi dari Puan Nona.

Jadi, saya membeli kain chiffon 1 meter untuk membuat layah. Kain chiffon ini sama material dgn kain chiffon nikah/sanding saya...

Cara membuat nya:

1. Ukur panjang layah yang anda nak.

2. Lipat kain menjadi setengah.

2. Gunting kain mengikut bentuk segitiga @ separa bulat. (Saya punya bentuk segitiga.

4. Hantar kedai untuk jahit tepi kain macam ini.

5. Jahit manik di sekeliling veil.


6. Tampal kan tepestri (Optional.boleh jahit di tudung gak).Korang boleh design ikut citarasa sendiri.


6. Akhir sekali...Dah siap!!!!!Selamat mencuba ye kawan2.

P/s:Saya jahit crystal di tepestri tersebut sebab nampak kosong jek...
Sebelum crystal dijahit.


Selepas crystal dijahit.


Full view veil tu kena tggu ms majlis ye...hihi...

Friday, February 4, 2011

38 hari mencari cinta~Door gift dah ada.



Assalamualaikum semua,

Minta maaf lama menyepi sebab sibuk dengan mesyuarat teknikal.......



Baiklah, setelah sekian lama memikirkan apa yg patut diberi kepada tetamu semasa majlis nanti, akhirnya berjaya juga mendapat idea nak bagi apa.

Door gift untuk tetamu dewasa dan tetamu si cilik. Jgn lupa gift utk tetamu si cilik.Mereka pasti suka..Nanti mereka tlg doa kan kita agar bahagia etc. Doa budak2 kn makbul.Hihi..

Untuk door gift dewasa, kami memutuskan untuk memberi muffin dan key chain khas di datangkan dari Sarawak. Key chain itu tak boleh reveal dlm blog lg, nnt x surprise..hihi.


Sumber: Adik Pn Hana

Lebih kurang cm ni lah muffin itu nanti. ada tambahan riben di atas box mengikut tema majlis.

Si cilik pula bakal mendapat lolipop coklat.Yummy!!!!!!!!!!!...Mereka pasti teruja dengan lolipop coklat itu..Hihi...Saya pun pernah jd budak2 juga....

Muffin tersebut saya order dari Puan Hana...Rasanya kebanyakan bloggers kenal kan siapa Pn Hana. Sesiapa yg pernah pergi ke majlis beliau dan merasa biskut yg beliau buat pasti akan cakap sedap.....Hihi...So, tanpa diragui muffin itu nanti pun akan sedap...Pn Hana buat sedap2 tau...Hihi...Nak order boleh la berhubung dengan Pn Hana.
Atau merujuk kepada link muffin di atas. Itu adalah blog adik Pn Hana a.k.a tauke bisnes tersebut.Hihi....

Lagi satu, Pn Hana dengan baik hatinya akan sponsored bunga tangan saya...Siap saya boleh request nk bunga warna apa. Amboi2 ko ni, diberi paha nak betis plak....Hihi..

Yahooo!!!!!!!!!!!!!!...seronoknya...Jimat bajet..(Nnt upload gmbr bunga tangan pas nikah ye).


Kemudian lolipop coklat pula...

Saya order dengan kakak bff saya saje iaitu Kak Ayu.


Bincang punya bincang, dengan senangnya kakak itu telah memberi diskaun yg hebat kepada saya. Apa lagi, saya pun senyum sampai ke telinga sehingga ke hari ini.Hihi...

Nanti lepas majlis saya akan cuba upload gambar lolipop itu...

Kalau ada sesiapa yg nak order coklat untuk hantaran, door gift atau saja2 nak makan, boleh la berhubung terus dengan beliau. Orang nya baik, senang dibawa berbincang. Hihi..Jenguk di blog (link di atas) atau faceboook beliau ye.

Lega2...lepas tu , kakak ipar & adik ipar (eh, dh boleh iktiraf kn. xplu bakal2..hihi) telah ke Nilai untuk servei2 paper beg bg letak door gift itu nnt..Plus byk2 lg mereka servei...Jimat masa saya nanti tak perlu untuk ke Nilai itu...
Thanx Angah & Uda.....

P/s Coklat hantaran untuk abg juga saya order dari Kak Ayu.Hihi....Tp, nanti kita mkn sm2 ye coklat itu abang...Yummy!!!...