Hari ni kita bercerita tentang mknn pelengkap ye kawan2..
So, apa itu mknn pelengkap????
Mknn pelengkap merupakan mknn yang diberi kepada bayi apabila bayi tersebut mencecah usia 6 bulan, means that mknn ini melengkapkan khasiat susu ibu.Penyusuan susu ibu harus diteruskan sehingga bayi berusia 2 tahun walaupun mknn pelengkap telah diberi. Semua pun tahu tentang ini kan???
Mengapa pada usia 6 bulan ye baru kita boleh bagi bayi mknn pelengkap seperti bubur tu??
Sebabnya, sistem pencernaan bayi dh matang bila bayi berusia 6 bulan. Tambahan pula, bayi semakin membesar dan dia perlukan lebih nutrient seperti zat besi dan vitamin A untuk membesar dengan sihat.
Apa akan jadi sekiranya makanan lain diberikan terlalu awal??
*Susu ibu akan diganti dengan makanan lain
*bayi dapat makanan rendah nutrient
*Bayi terdedah dengan penyakit:
-kurang risiko perlindungan
-mknn lain kurang bersih
-sukar utk menghadamkan mknn
Apa akan terjadi sekiranya terlewat memulakan mknn pelengkap?
*Anak tidak mendapat nutrient yang sepatutnya.
*Pertumbuhan & perkembangan anak terbantut
*Risiko kekurangan zat mknn & malnutrisi
Jadi, kesimpulannya....
Bagi hanya susu ibu sehingga bayi berumur 6 bulan (180 hari)..Then, mulakan mknn pelengkap means bg bubur pekat + ayam/ikan/daging +sayur berdaun hijau kepada bayi...
10 mesej utama untuk memulakan mknn pelengkap ini:
1. Penyusuan susu ibu selama 2 tahun atau lebih membantu kanak-kanak berkembang dan membesar dengan sihat dan kuat.
2. Memulakan pemberian makanan lain sebagai tambahan kepada susu ibu pada umur cukup 6 bulan membantu anak membesar dengan baik.
3. Makanan yang cukup pekat dan kekal lama pada sudu akan memberi lebih tenaga kepada anak.
4. Makanan sumber haiwan adalah sangat bagus untuk kanak-kanak, untuk membantu mereka membesar dengan kuat dan cergas.
5. Bijirin dan kekacang adalah baik untuk kanak-kanak.
6. Sayur berdaun hijau gelap dan sayur berwarna kuning membantu kanak-kanak mendapat mata yang sihat dan kurang jangkitan penyakit.
7. Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan 2-4 hidangan sehari bersama 1-2 snek jika lapar: beri pelbagai mknn.
8. Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan penambahan kuantiti mknn.
9. Kanak-kanak kecil perlu belajar mkn: galakkan dan berikan bantuan dengan banyak bersabar.
10.Galakkan kanak-kanak untuk minum dan makan semasa sakit dan berikan makanan tambahan selepasa pulih untuk membantu mereka sembuh dengan lebih cepat.
That's all....
No comments:
Post a Comment