Wednesday, November 24, 2010

Guest book

Guest book?
Rasanya baru2 abad ni juga la dengar pasal guest book ni a.k.a buku tetamu.Kegunaannya pun tak tahu sampailah saya tengok di blog Puan Hana Yorie dan Puan Xora. Kredit to Hana dan Xora sebab memberi satu idea yg baik.

Setelah lama memerah otak, akhirnya saya dapat idea untuk membuat guestbook saya.Saya akan menggunakan gabungan idea dari sini dan idea saya sendiri...hasilnya nanti akan saya persembahkan bila dh siap.Baru dapat idea.Materialnya akan dicari dan digubah secepat mungkin.Rasanya ini adalah projek DIY saya yg pertama...Doakan ye kawan2.....

Ini contoh buku asal.






Source:http://www.contengconteng.com/p/conteng-conteng-edisi-buku.html



Gabungan idea akan dipersembahkan bila dah siap.Tak sabar untuk melihat hasil tangan sendiri....

Jumpa di entri yang seterusnya.

Saturday, November 20, 2010

Kursus Kahwin

Kursus kahwin?????
kena hadir kursus dulu br boleh kahwin skrg ye...
Sebenarnya jenuh gak saya mencari pusat untuk kursus kahwin di Kuching ini.
Di kuching kursus kahwin x sm mcm di Kl.senang jek nk dapat..byr jek rm80/head dh boleh attend ikut date pilihan kita..

Nak diikutkan cerita, di Kuching, kursus kahwin hanya ada dijalankan Jabatan Agama Islam Sarawak sahaja(tak termasuk yg dianjurkan oeh UNIMAS dan UiTM Samarahan untuk pelajarnya ok)...Lepas tu, kursus kahwinnya hanya dijalankan pada weekdays sahaja, which is bertindih dgn waktu kerja kita...so, terpaksa ambil cuti????Sebenarnya tidak ye kawan2...JAIS sarawak akn keluarkan 1 surat pelepasan kita untuk mhadiri kursus itu(selamat cuti aku,hehe)...so, boleh attend kursus tu dengan cuti tanpa rekod..yeah!!!!....

Jap2, perlu bayar x???hehehe....terima kasih kpd JAIS Sarawak kerana menganjurkan kursus kahwin tu secara percuma sahaja....jimat rm80 x 2 org=RM160...Duit tu boleh masuk dlm tabung kahwin.yeah!!!!....so, tanggal 9, 10 Nov lepas, saya selamat sudah mhadiri kursus itu....sorang2 jek sbb abang dh ateend kursus tu ms dia 1st yr di Uni lg.....

Dah lepas kursus kahwin, lega sikit.Boleh fokus untuk persiapan yg lain plak....

Jumpa lg di entri yg lain..taraaa....

p/s:Mode mencari vendor2 yg menawarkan pakej yg berpatutan untuk saya yg limited bajet ni...

Thursday, November 18, 2010

Salam aidiladha...

Salam aidiladha kepada semua...

Tiada apa-apa yg saya masak semalam sempena Aidiladha. Kemalasan melanda semalam, huhu.
Abang pun sibuk bekerja. Saya pula siap kan kerja2 tertunggak (cuti2 pun bekerja, huhu)...Terima kasih juga buat abang yg membawa balik laksa dari rumah kawan dia semasa abang pergi beraya.

Sempena aidiladha juga, abang dan saya telah pergi servei2 cincin untuk dibuat cincin tanda pada 251210.Mula2 tu, nak juga amik cincin yg berbatu2 tu.Tapi akhirnya saya memutuskan biarlah cincin tanda saya hanya yg biasa2 sahaja.Cincin yg luar biasa boleh dibeli untuk bertunang dan nikah(asyik cincin jek?nk yg lain boleh x abang?)....Thanx pada abang yg telah membelikan cincin itu.Tp x boleh pakai sekarang, kena tggu bulan 12 nnt ye...hehe.Saya suka cincin tu, terletak elok dan molek kt jari saya (Gambar cincin kna tggu bln 12,hehe.Nnt x surprise dah).

YES (Year End Sale) akan bermula tidak lama lagi.Harap2 sempat untuk membeli semua barang-barang hantaran.Nak rembat sedikit masa berkursus di Melaka nnt.Kita tggu dan lihat, apa yg berjaya saya rembat ye.......

Tuesday, November 16, 2010

Permulaan ke arah mencari cinta yang halal...

Sila abaikan tajuk di atas, pasal saje nk wat gempak..hehe..

25 Dis 2010...
Tarikh ini akan merungkai segala-galanya kerana keluarga abang dan keluarga saya akan bertemu untuk berbincang mengenai kami @ majlis pernikahan kami.Alhamdulillah, selangkah ke depan dah.Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Pada hari tersebut, hanya perbincangan sahaja akan diadakan dan penyerahan cincin tanda sahaja. Pertunangan dirancang disekalikan dengan majlis nikah nanti untuk menjimatkan kos.Na'a tiada impian yg besar2 untuk majlis Na'a pun seperti kebanyakan org.Cukuplah abang melafazkan ijab kabul nya dengan sah nya,dan orang sekeliling tahu bahawa Na'a adalah sah milik abang nnt...Yang selebihnya, Na'a berharap semua tetamu dpt merasa makanan yg dihidangkan dan membawa balik cenderahati ikhlas dari kami sekeluarga.....

Na'a hanya ingin kan sesuatu yg simple jek nnt...

InshaALLAH.