Wednesday, August 25, 2010

Membaca sambil menyiapkan kerja di UPM...

Asalamualaikum,

Lama Na'a x update blog ni.Sekarang agak sibuk sikit di UPM. Ada beberapa kerja yang Na'a perlu siap kan sebelum 31 ogos....Oh, lupa pula.Na'a ada di KL ni..Hari sabtu (21/8/10) lepas sampai..

Hari ini, Na'a masuk makmal seperti biasa.Siap kan kerja2 yg sepatutnya.Sambil2 tu, baca artikel ni, Ain yang perkenal kan..thanx Ain...So, Na'a nak share la apa yg Na'a baca ye...


Wanita, Aurat, Kerjaya & Suami Nusyuz

( artikel ini pernah disiar di Metro Ahad & juga disiarkan di web Feb 2007 yang lalu )

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/





Bekerja?

"Ustaz mengapa kami kaum wanita kena tutup aurat banyak dan sukar, tapi lelaki sikit aja. Adil ke begitu ustaz?" Tanya seorang wanita yang bertitle PhD dalam bidang ekonomi kepada saya.

"Dr tahu tak berapa jarak matahari ke bumi? " Tanya saya membalas.

"Emm, tak ingat la ustaz, kenapa pulak? Bagaimana soalan saya tadi" Pakar ekonomi ini cuba mengingatkan saya.

adakah anda pernah menggunakan ini ke tempat kerja? Apa pandangan Islam tentangnya?"Cuba Dr bayangkan, kalau jarak antara matahari dan bumi ini tiba-tiba berubah jadi seinchi rapat, apa agaknya akan jadi kat kita?" Soal saya mengajaknya berfikir.

"Rasanya jika ikut teorinya, mesti hancur lebur dan cair penduduk bumi kot, ustaz" katanya.

"Jadinya, Dr setuju tak kalau saya kata bahawa Allah SWT begitu mahir dan amat tepat dalam seluruh urusannya, jika tidak..sudah tentu kita tak boleh hidup di dunia ni, bumi asyik berlaga, siang malam tak tentu hala dan tumbuhan semuanya kelam kabut tumbuhnya" Jelas saya sedikit panjang.





"Benar ustaz, saya amat bersetuju tentang Allah maha mengetahui dan berkuasa" katanya sambil mengangguk.



"Jika demikian, mengapa Dr boleh timbul rasa sangsi tentang keadilan dan kebijaksanaan Allah dalam mengarahkan wanita menutup aurat begini, dan lelaki begitu?" Saya cuba membawa semula kepada topik awalnya.



"Hmmm, ye tak ye jugak ustaz kan, betul-betul tak patut saya rasa begitu, astahgfirullahah azim " sambil menggeleng kepalanya perlahan.





Bagi sesetengah orang yang bijak, mungkin fakta ringkas saya tadi sudah cukup untuk memberi faham kepada jiwa dan hati. Walau bagaimanapun, ia mungkin sekali tidak berkesan buat setengah yang lain.



Jawapan lazim yang kerap digunakan oleh rakan-rakan saya apabila ditanya soalan sebegini adalah kembali kepada pengertian adil dalam Islam. Iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya ‘favorite'nya pula, menyebut "adil tak meletakkan kupiah di atas kepala lutut?."



Benar dan saya bersetuju itulah takrif adil tersebut, iaitu "meletakkan seseuatu pada tempatnya", lalu tak semua benda patut kita letakkan pada tahap yang sama, seperti kita mengharapkan anak kita berumur 14 bulan untuk mengerti bahayanya memakan semua benda kecil yang dijumpainya di atas lantai.



"EEee, budak ni tak reti ke benda-benda ni kotor? " tempik seorang ibu kepada anaknya kerana memasukkan dalam mulutnya kotoran di lantai dapur rumahnya.



Saya yakin, kita semua faham bahawa tidak adil untuk kita memarahinya kerana ia baru berusia 14 bulan. Berbeza jika ia berusia 14 tahun dan cergas aqalnya tetapi masih memungut dan makan semua yang dijumpainya di atas lantai. Itu sememangnya patut dikesali.



Dari sudut Islam, kita harus memahami bahawa Allah SWT maha bijak dalam mengatur hukum di atas dunia ini. Apa yang memudaratkan manusia secara tersurat dan tersirat akan diletakkan had dan batasan untuk dikurangi atau dijauhi. Apa yang bermanfaat dan baik sahaja yang akan digalakkan dan dibenarkan.



Firman Allah SWT :



يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ

Ertinya : "Mereka menanyakan kepadamu: ""Apakah yang dihalalkan bagi mereka?"" Katakanlah: ""Dihalalkan bagimu yang baik-baik" ( Al-Maidah : 4)



Justeru, apa yang ‘neutral' atau ‘harus' hukumnya akan dibiarkan terbuka (tanpa sebarang larangan) sebagai rahmat dan kemudahan kepada umat manusia. Fakta ini datang dari sabda Nabi SAW :



إن الله فرض فرائض فلا تضيعوها وحدّ حدوداً فلا تعتدوها وحرّم أشياء فلا تنتهكوها وسكت عن أشياء رحمة بكم غير نسيان فلا تسألوا عنها

Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah memfardhukan pelbagai perkaar wajib, maka janganlah kamu mengabaikannya, dan telah menetapkan had bagi beberapa keharusan, maka janganlah kamu melewatinya, dan juga telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu mencerobihinya, dan juga telah mendiamkan hukum bagi sesuatu perkara, sebagai rahmat kemudahan buat kamu dan bukan kerana terlupa, maka janganlah kamu menyusahkan dirimu dengan mencari hukumannya" ( Riwayat Ad-Dar Qutni, ; Ad-Dar Qutni : Sohih, An-Nawawi : Hasan )





Perempuan Lebih Sukar?



Pernah sekali di Brunei, selepas tamat kursus yang saya kendalikan, datang seorang peserta wanita lalu berkata :



"Tapi ustaz, orang lelaki mudah le dapat tutup aurat dengan sempurna, sebab depa senang, sikir benor auratnya". Tegasnya.



"Jika puan rasa susah, tapi buat juga kerana Allah, lagi banyak pahala puan dapat, untung orang perempuan, tutup je aurat terus dapat pahala setiap saat, berganda dari pahala orang lelaki kerana mereka tidak berapa sukar" jawap saya menarik minatnya.



"eh, betul ke ni ustaz" sambil tersenyum luas.



Berminat betul nampaknya dia kali ini sehingga nampak jelas raut wajahnya ingin penjelasan lanjut.



"Benar, InshaAllah.." Kata saya.



Kata saya ini berdasarkan satu hadith yang menyebut



إن لك من الأجر على قدر نصبك ونفقتك



Ertinya : "Sesungguhnya bagi kamu ganjaran pahala berdasarkan kepada kadar keletihan dan belanja ikhlas kamu" (Riwayat Ad-Dar Qutni dan Al-Hakim)



Menurut Imam Ibn Hajar di dalam Fath al-bari menjelaskan bahawa hadith ini pernah disebutkan oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a berkenaan umrah yang dilakukan oleh Aisyah. Dimana Nabi SAW diriwayatkan menyebut :



إنما أجرك في عمرتك على قدر نفقتك

Ertinya : "Sesungguhnya ganjaran pahalamu (wahai Aisyah) ketika umrahmu ini adalah berdasarkan kadar kesukaran dan wang yang dibelanjakan"



Imam An-Nawawi pula berkata :-

الحديث أن الثواب والفضل في العبادة يكثر بكثرة النصب والنفقة

Ertinya : "Zahir hadith ini menunjukkan ganjaran dan pahala dalam ibadah akan bertambah dengan bertambahnya keletihan dan belanja yang dikeluarkan"



Bagaimanapun ulama sepakat menyatakan bahawa konsep pahala lebih besar apabila amalan lebih sukar dan letih" ini, tidaklah terpakai di dalam semua keadaan, kerana terdapat beberapa jenis ibadat yang ringan tetapi mempunyai pahala yang amat besar, seperti ucapan zikir tertentu yang disebut oleh Nabi SAW, demikian juga berbezanya solat tahajjud di bulan biasa dan di bulan Ramadhan. Kelebihan solat sunat Witr atas solat sunat tasbih yang jauh lebih sukar dan lain-lain. Demikian juga yan ditegaskan oleh Imam Izzudin Abd Salam ( Qawaid al-Ahkam fi Masalihil Anam)



Lelaki Duduk Rumah Wanita Kerja?




semakin meningkat satu duniaYakinilah bahawa Allah SWT maha adil dalam menentukan tanggungjawab kepada lelaki dan wanita. Sememangnya Allah SWT memerintahkan kaum Hawa untuk menutup auratnya dengan begitu luas; ia bersesuaian dengan hukum Islam yang asal iaitu kerja mencari nafqah buat keluarga adalah merupakan tanggungjawab asas kaum lelaki yang disebut oleh Allah sebagai salah satu faktor "qiwamah"nya. Malah terdapat pandangan yang menyatakan lelaki yang gagal menyempurnakan tanggungjawab ini bukan kerana uzur adalah suami yang NUSYUZ.

Ini bermakna jika menurut hukum asal dalam Islam, haram hukumnya bagi lelaki yang sudah berumah tangga (tanpa sebab yang diktiraf Islam) tidak bekerja mencari nafqah, wanita tidak pula diharamkan untuk bekejra jika menjaga hukum yang ditentukan Islam. Jika wanita bekerja, pendapatan itu adalah milik mereka dan tiada sebarang tanggung jawab untuk memberi makan kepada suami kecuali atas dasar ihsan sahaja.

Adakah lelaki yang sudi memakan belas ihsan isteri? sedangkan lelaki dipenuhi dengan ego yang cukup tinggi secara puratanya. Saya sebut ihsan kerana ia BUKAN TANGGUNGJAWAB ISTERI untuk memberikan suaminya yang sihat tubuh badan untuk makan dan pakaian.!

Lelaki secara umumnya berbanding wanita, diberikan oleh Allah SWT lebih kemampuan fizikal, mental dan kemudahan dalam menutup aurat agar mudah ia ke hulu dan ke hilir mencari nafqah buat keluarganya. (Fatawa Az-Zarqa, hlm 290, cet Dar Al-Qalam)



"Habis ustaz nak orang perempuan duk rumah je la ni?" desak seorang wanita, sambil menjeling saya dengan jelingan kurang puas hati.



"jawapannya bukan semudah itu" jawab saya.

"Begini, saya kata ikut hukum asal yang Allah letak memang begitu, cuba bayangkan betapa sukarnya wanita bekerja hari ini untuk melaksanakan tugasnya dalam keadaan ‘senggugut', sakit perut, mengandung dan bersalin. Sekiranya ia telah menopos pula, sukarnya tiba-tiba perlu ke sana sini seorang diri, bermesyuarat bersama lelaki berdua-duaan dan sebagainya"

"Mereka sepatutnya lebih dimuliakan dengan diberi kerehatan cukup di rumah sambil membina pimpinan dan generasi soleh masa depan, iaitu anaknya dan keluarganya" Ulas saya, walaupun saya tahu, isu ini amat panjang untuk dibincang serta amat sukar untuk memuaskan hati kaum wanita moden zaman ini.

Nabi SAW bersabda :

لأن تصلى المرأة في بيتها خير من أن يصلى في حجرتها , ولأن تصلى في حجرتها , خير من أن تصلى في الدار , ولأن تصلى في الدار خير من أن تصلى في المسجد

Ertinya : "Bagi seorang wanita untuk menunaikan solat di tempat tidurnya adalah lebih baik dari menunaikannya di biliknya, dan menunaikannya di biliknya lebih baik dari menunaikannya di rumahnya, dan menunaikannya di rumahnya lebih baik dari menunaikannya di masjid" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad, 6/371 ; Ibn Athir : Hasan 11/200 )

Hadith di atas jelas membuktikan betapa tempat yang sebaiknya bagi wanita untuk mendapatkan pahala terbesar adalah di rumahnya. Manakala, bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar, malah ia menyamai kepimpinan sebuah negara.

Pandangan remeh terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga syarikat dan berbakti kepada negara sedangkan ; mendidik anak-anak dengan cemerlang adalah sumbangan terhebat kaum wanita buat Negara yang tidak mampu disaingi sama sekali oleh kaum lelaki. Wanita dikira silap apabila meletakkan 'standard' dan 'silibus' kejayaan lelaki (yang ditentukan Allah tentunya) sebagai 'standard' kejayaannya juga. Sedangkan, 'silibus' dan 'standard' kejayaan wanita adalah tidak sama dengan lelaki dalam banyak hal, saya tidak nafikan ada yang sama tetapi bukan dalam hal kerjaya.

Akibatnya berbondong wanita bekerja kerana menggangapnya sebagai satu KEJAYAAN dan kemuliaan baginya. Apabila kaum wanita hari ini didedahkan dengan pelbagai hadith Nabi berkenaan adab Islam yang perlu dituruti olehnya. Ramai yang merasakan ia seolah-olah mustahil dan tidak ‘up to date' sehinggakan dirasakan Nabi SAW tidak tepat dalam kata-katanya. Lebih buruk, adalah dituduhnya Nabi SAW bersikap ‘bias' atau berat kepada kaum lelaki, kerana baginda sendiri adalah lelaki. Lebih serius dari itu, yang menuduh Islam sudah ‘out dated'. La hawala wal quwwata Illa Billah.

Keperluan Wanita Bekerja & Anak Lelaki

Siti Khadijah juga adalah peniaga yang berjaya, tapi adakah sudah ditinjau kaedah beliau berjaya? Adakah beliau masih aktif berniaga selepas Nabi dilantik menjadi Rasul? Adakah disedari tatkala itu Islam belum disempurnakan kerana wahyu masih turun sedikit demi sedikit. Adakah Aisyah dan isteri Nabi yang lain berniaga? Adakah sahabat wanita berniaga dan meninggalkan suaminya di rumah?

"ala ustaz, suasana kan dah berubah" Kata wanita tentunya.

"baiklah, tapi ada beberapa displin hukum bagi wanita diluar rumah, tanggung jawab asas terhadap suami yang tidak berubah sehingga kiamat, sudah dijaga?" Tanya saya

Saya tidak menafikan keperluan wanita untuk bekerja hari ini, ia adalah satu fenomena yang sudah terlewat dan hampir tidak boleh untuk dielakkan. Namun, pandangan peribadi saya menyatakan, keperluan wanita untuk bekerja timbul hari ini adalah apabila timbul masalah kekurangan kaum lelaki yang berkemampuan untuk menjalankan semua tugasan yang sepatutnya dijalankan oleh mereka di luar rumah.



Walaubagaimanapun, adakah kita sedar antara punca kelemahan anak-anak lelaki dalam hal ini antaranya berpunca dari rumahnya ?.

"habis anak perempuan kenapa boleh berjaya pulak, sedangkan dari rumah yang sama?" mungkin itu yang akan dibalas oleh wanita kepada saya.



Pernahkah anda mempunyai anak lelaki ? Bagi yang pernah, saya kira perbezaan dalam menumpukan perhatian dan penjagaan anak lelaki sejak kecil adalah ketara berbanding kanak-kanak wanita.



Hasilnya, keagresifan anak-anak lelaki memerlukan lebih didikan dan tumpuan, tanpa tumpuan sebaiknya, anak lelaki berpeluang untuk menjadi kaki buli di sekolah, malas belajar, bermain lebih dari belajar, perosak anak wanita orang lain dan akhirnya mendapat ijazah rempitan di atas jalan raya dan dadah di pusat serenti. Nauzubillah.

Ia berbeza dengan anak wanita yang secara umumnya lebih mudah dibentuk ketika kecil.



Kerana itu, rumah atau pendidik di rumah yang terbaik adalah seorang IBU. Pendidikan di rumah teramat penting bagi mencorakkan sikap dan sifat anak-anak di hari kemudian, terutamanya kemampuan anak lelaki. Jangan harapkan lelaki untuk bijak mendidik anak mereka di rumah, secara UMUMnya, serba serbi dan sifat naluri lelaki memang kurang mampu menjadi pendidik anak di rumah dengan berkesan. Saya sebut secara umum tanpa menafikan ada yang berjaya juga.

Kelembutan & Kasih Yang Luntur

Apabila wanita yang mempunyai ciri hebat tadi menggunakan tenaga fitrahnya untuk mentadbir syarikat dan luar rumah, maka sudah pasti jarang yang mampu memberikan perhatian cukup kepada anak di rumah.

Suami tidak banyak boleh diharapkan dalam hal ini kerana sifat semulajadi mereka. Saya bukan ingin sentiasa memberi alasan, "sifat semulajadi" dan "fitrah"; tidak dinafikan ia boleh diubah dan dilatih, tetapi ia bakal gagal berfungsi sebagaimana yang dikehendaki walau sehebat manapun 'adjustment' dan 'latihan' yang cuba dilakukan. Malah ia mungkin boleh lebih memburukkan keadaan, seumpama memaksa kaum lelaki menjadi 'ballet dancer', dia mungkin berjaya dengan dedikasi latihan, tapi akhirnya ia menjadi 'lelaki lembut' yang bertentangan dengan kehendak Islam.

Anak lelaki tidak mendapat perhatian, kasih dan tumpuan secukupnya sejak kecil. Ia akan mengakibatkan berterusannya kekurangan tenaga lelaki yang mahir dan rajin di dalam industri pekerjaan, dalam masa yang sama pula peranan wanita yang lebih mudah dibentuk sejak kecil dan rajin, pasti terkehadapan. Lalu berbondong-bondonglah kaum wanita di tawar bekerja.



Di ketika itulah timbulnya isu, sukarnya wanita untuk menjaga auratnya semasa ia bekerja, ke sana ke sini, bermesyuarat di sana sini. Walhal, Allah SWT sememangnya tidak memperuntukannya untuk kaum wanita terlalu sibuk dan terbuka sedemikian. Malah juga tidak begitu tepat menurut fizikal dan mentalnya. Kemantapan mental, ketabahan sabarnya, kelembutannya pada hakikatnya adalah khas untuk anak-anaknya demi melahirkan keluarga, masyarakat dan Negara yang dipimpin oleh individu yang cukup kasih saying ibunya. Malangnya, sifat lembut, taat, sabar dan kehebatan 'pshcology' itu telah dihabiskan dan digunakan kepada kerjaya, ‘boss' dan kakitangan yang lain. Tinggallah yang 'hampas' dan sisa buat anak-anaknya dan suaminya mungkin.



Kaum lelaki secara purata sememangnya agak kurang mampu untuk bersabar dengan tangisan anak dan karenah mereka. Lalu dihantarlah anak-anak ini ke pusat penjagaan kanak-kanak. Kesan jangkan panjangnya, akan lahir anak-anak lelaki yang tidak ‘menjadi' akibat dididik oleh individu yang tidak professional lagi melepas batuk di tangga. Iaitu di kebanyakan TASKA yang menghimpunkan berpuluh kanak-kanak sekaligus dengan 3-4 orang wanita muda bujang sebagai pendidiknya. Mampukah anak-anak dididik dengan berkesan dalam suasana begini.?



Wanita dan Wangian Di Tempat Kerja




Antara kesilapan kerap yang dilakukan oleh kaum wanita apabila sudah keluar bekerja hari ini adalah berwangian dengan pelbagai jenis ‘perfume' sewaktu keluar dari rumahnya.



" Ala ustaz, takkan ustaz nak kami busuk ustaz" Tanya seorang wanita kepada saya.



Busuk atau tidak itu adalah bergantung kepada sikap kebersihan seseorang. Diharuskan wanita memakai sabun ketika mandi, dan bauannya yang seidkit juga harus. Bagaimanapun, yang menjadi masalah kini adalah yang bergeluman dengan wangian, sehinggakan 30 meter jarak darinya pun sudah dapat dihidu baunya.



Nabi SAW mengingatkan kaum wanita dengan sabdanya :



أيما امرأة استعطرت , فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية , وكل عين رأت زانية

Ertinya : "Mana-mana wanita yang berwangian dan kemudian lalu dikhalayak lelaki bagi menarik lelaki dengan wangiannya, maka ia adalah seperti wanita penzina, dan setiap mata (lelaki) yang (tertarik lalu) memandangkan adalah mata yang berzina" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)

Tahukah kaum wanita bahawa lelaki normal mudah terangsang dan naik syahwatnya apabila menghidu bauan wangi si wanita?



"Tapi memang itu tujuan sebahagian mereka pakai wangian" Kata seorang wanita.



Jika itulah tujuannya, ia harus berdepan dengan seghala masalah dan bahaya dari kaum lelaki yang buas, ketika itu...janganlah ia marahkan lelaki tersebut.



Apabila sudah bekerja juga, banyak aurat yang terbuka di sana sini dengan hujjah ‘panas', sukar nak jaga, sukar nak bergerak, permintaan boss dan syarikat, ‘untuk nampak elegan' , supaya tak nampak macam mayat berjalan dan lain-lain lagi. Akhirnya dikorbanan hukum dan akhiratnya UNTUK DUNIANYA. Amat simpati saya terhadap kaum hawa sebegini. Allahul Musta'an.





Nabi SAW pernah bersabda :



ما من امرأة تضع ثيابها في غير بيت زوجها إلا هتكت الستر بينها وبين ربها



Ertinya : Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di rumah atau tempat selain rumah suaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan tuhannya" (Riwayat Ahmad, 6/301 ; Albani : Sohih)



Komen Pedas

Mungkin ada wanita yang akan berkata :

"Apa le ustaz ni, orang sedang cerita benda besar iaitu bab sumbangan wanita, tiba-tiba dia sibuk ulas benda-benda kecil tentang aurat pula, tak berkembang pemikiran langsung"

Saya kira, kata-kata begini perkara biasa bagi orang yang telah tersemat dunia dalam hatinya, sama macam orang yang sudah berjaya di dunia perniagaan, tiba-tiba dikingatkan tentang halal haram. Pastinya melenting dan memarahi orang yang mengingat sambil dicop 'ketinggalan' zaman, otak kuno dan lain-lain.

Pandangan rendah kerap diletakkan kepada isu-isu keagamaan, ia juga dipandang sebagai isu remeh temeh menurut akal manusia yang rosak. Aqal akan mengikut jalan yang betul bila bertpatan dengan kehendak Allah SWT. Pernah disebut sikap merendah sebarang perbincangan isu agama bagi mereka yang di kemuncak kejayaan dunia sebagai berikut : -

أَن كَانَ ذَا مَالٍ وَبَنِينَ , إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِ آيَاتُنَا قَالَ أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ

Ertinya : Kerana dia mempunyai (banyak) harta dan anak, lalu apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, ia berkata: ""(Ini adalah) dongeng-dongengan orang-orang dahulu kala.( Al-Qalam : 14-15 )

Nasihat Penghujung

Fikirlah tentang kehidupan menurut cara, priority dan kaedah yang ditunjukkan Allah dan RasulNya.

Akhir kata ; Saya tidak sesekali anti-wanita bekerja, sekadar memberikan beberapa sudut pandang agar sama-sama kita berfikir sahaja. Saya juga tidak meletakkan kesalahan kepada wanita, mereka perlu terus rajin dan maju dalam pendidikan mereka. Cuma harapan saya mereka jangan lupa 'silibus' kejayaan mereka berbeza dengan lelaki dalam beberapa hal. Pelajarilah..

Wanita yang terbaik adalah Maryam, Fatimah dan Khadijah...pelajarilah tentang mereka bagaimana untuk mendapatkan hidup indah di akhirat yang kekal buat selamanya. Ameen..



Sekian



Ust Zaharuddin Abd Rahman

4 Safar 1428 H

22 Februari 2007 (Updated on 22 Ogos 2007)

http://www.zaharuddin.net/

Friday, August 20, 2010

Nikah? Renungkan...

www.iluvislam.com
Oleh: Sholihin
Editor: mawaryangtinggi



Pernikahan akan menyingkap tabir rahsia bahawa isteri yang kau nikahi tidak seindah yang diimpikan.

Isterimu bukanlah..semulia Khatijah, setaqwa Aisyah, setabah Fatimah, secantik Zulaikha. Justeru isterimu adalah isteri akhir zaman, yang InsyaAllah akan melahirkan anak soleh dari rahimnya.

Pernikahan mengajarkan kita berkewajipan yang sama;

Isteri menjadi tanah, dan Suami menjadi penaungnya.

Suami menjadi sebuah pondok, dan Isteri menjadi penghuninya.

Saat Isteri menjadi madu, kamu teguk kesegarannya.

Di kala Suami menjadi raja, kau nikmati anggur singgahsananya.

Ketika Isteri menjadi racun, Suami menjadi penawar bisanya.

Pabila Suami menjadi bisa, Isteri bisa jadi penawarnya.

Pernikahan akan menginsafkan kita akan perlunya Iman dan Taqwa kerana memiliki suami tidak se-arif Abu Bakar, seberani Umar Bin Khattab, se-kaya Ustman Bin Affan dan segagah Ali Bin Ab Tholib.

Suami mu adalah..suami akhir zaman yang InsyaAllah, Membimbingmu menempuh jalan yang diredhai Allah.





Namun senantiasalah berikhtiar semoga menjadi suami/isteri yang soleh dan solehah, agar keluargamu akan menjadi keluarga Sakinah, Mawadah, Warrohmah.


Nota ringkas: Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama.

Tuesday, August 17, 2010

Tekad & tabah lah hati...

Hari ini, Na'a telah berjaya menempah tiket balik ke UPM setelah berjaya menyakinkan hati...nape nak yakin kan hati???Sebenarnya Na'a berat hati nak tinggal kan abang kt cn..yela, dh sekian waktu duk dekat2, tiba2 nk berjauhan..susah nyer rasa hati....berat sgt2 nk tggl kn abang.Sedih!!!






Tapi lepas bgtau abang nak balik ke UPM, abang pun sokong keputusan Na'a dengan sepenuhnya. Na'a rasa lega sikit untuk balik ke UPM..yela, demi masa depan juga..sementara xder ape2 dlm bulan ogos ni..nnt2 takut byk hal juga...sambil2 tu boleh shopping brg utk raya(mcm beraya sakan jek???haha...)

But i know..I'm going to miss u abang....10 days coming soon....21-31st August 2010..Tabahkan hati k....

Thursday, August 12, 2010

~Sekadar perkongsian~







Tanpa Disedari
11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian dan kemarahan

saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do'a - do'a
dan kembali menjadi fitrah

ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ... kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Amin.....

andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
Saya pohonkan kemaafan di atas segala kesilapan & dosa-dosa yang lalu. Semoga Ramadhan tahun ini akan menjadi 'ibadah puasa YANG TERBAIK & YANG PALING IKHLAS yang pernah kita lakukan. Semoga 'ibadah puasa kita pada tahun ini juga akan diberkati & diterima oleh ALLAH s.w.t.. InsyaAllah.

Terawih

Alhamdulillah..semalam masih mampu lagi mengerjakan terawih buat kedua kalinya...
Terawih pertama pergi ke Masjid Satok dengan housemate (Ayu & Nisa) & kwn Ayu lg 2 org..Abg xder ms ni sbb dia on call..Harap dia tabah & sabar di ward tu ye..

Tp yg sedihnya, nape jemaah tak ramai..mcm dpt dikira jek...maybe sebab 1st day terawih kot, so ramai yg x alert lg..or sbb di sekitar tu ada byk surau, mereka pergi situ....Berfikir positif!!!!!!!!!!!!..Terawih kt cn agak ok...dlm 9.15pm dh habis...cuma agak bising sebab ada budak menangis..cm menganggu jek..tp fikir gak, if tggl kt umah sapa nk jaga..cian mak dia nk terawih juga...so, pikir la sendiri..huhu.

Hari kedua terawih, Na'a g kt surau Maktab Perguruan Batu Lintang..Ms ni g dengan Abang, Ayu & Nisa...Suasana terawih agak ok...Habis dalam 9.15pm gak...Cuma panas jek ms terawih di dlm surau tu..lain kali kena bawa air la...So, mlm ni nak g terawih kt mn pula ye??Nanti tanya abang plak..rasa nk g Masjid Satok...Hehe..

First time tgk abang pakai bj melayu & kopiah semalam secara live...And i like it so much..Rasa tenang jek..Malam ni abang pkai lg cm tu ek...(Ni mcm tersasar jek tujuan g terawih..Opss, niat kn semula..)..

~Selamat menjalani ibadah puasa~

Tuesday, August 10, 2010

Salam al-mubarak...

Assalamualaikum w.b.t...


Diam tak diam, ramadhan kini muncul lagi..ramadhan yg lalu masih lagi terasa. seolah-olah ramadhan 2009 baru jek melabuhkan tirainya semalam..cepat nyer masa berlalu...Apa yg Na'a telah buat dalam ramadhan yang lalu??...Apa yg Na'a set target utk ramadhan kali ini...Biarlah hanya Na'a & ALLAH jek yg tahu...

Tahun ini merupakan tahun pertama Na'a menyambut ramadhan di Bumi Kenyalang.5 tahun yg lalu, Na'a hanya menyambut ramadhan di Semenanjung.Na'a akn expect perbezaan ramadhan di sini & di Semenanjung..Huhu..Buat permulaan agak sedih gak lah..sebab Na'a rindu nak berpuasa dengan housemate2 Na'a yg dulu.Ateen, Ain, Hanani, Ima..sob..sob..dgn kwn2 di UPM...Namun itu hanya tinggal kenangan yang terindah dalam hidup Na'a...

Terimalah hakikat wahai hati...

Ok2..Na'a akn berpuasa di sini..di Kuching mulai esok..first time berpuasa bkn sebagai student.first time puasa di Bumi Kenyalang..first time berpuasa dengan housemate baru..first time berpuasa dengan bersahur awal dan berbuka awal...dan maybe last time berpuasa as single?????hukhuk.....

Apa-apa pun, selamat berpuasa kepada semua muslimin & muslimat semua...

Rebutlah peluang untuk mendapat ganjaran pahala dari ALLAH dalam bulan yg mulia ini...

Perbezaan Suami & Isteri: Selesaikan Melalui Kefahaman

www.iluvislam.com
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Editor: mawaryangtinggi


Memahami perbezaan sikap pasangan bukanlah satu formula terunggul untuk mencapai kebahagian dalam sesebuah rumahtangga. Namun ia boleh berfungsi untuk mengurangkan stress dan tekanan kepada pasangan.

Telah tiga kali, saya diminta untuk mengulas perihal formula kebahagiaan rumah tangga sepanjang berada di United Kingdom. Kali pertama di Ireland, kali kedua di Cumbria, sempena Kem Mithali anjuran komuniti Malaysia Manchester and terbaru di Sheffield pada 5 Jun 2010. Saya akui, saya bukanlah seorang yang specialist di dalam bidang ini walau telah berumahtangga selama 11 tahun. Walaupun begitu, mungkin atas kapasiti saya selaku seorang pendakwah dan berpendidikan agama, saya tidak henti-henti menerima email dan soalan berkaitan masalah rumah tangga, sebahagiannya tidak melibatkan hukum sama sekali. Ia hanya melibatkan kefahaman kaedah, teknik dan cara melayari bahtera rumahtangga.

Ada yang datang dari suami dan juga isteri, saya kira telah beberapa kali para suami yang menghubungi saya, menangis teresak-esak sewaktu menceritakan masalah berkaitan rumahtangga khususnya yang berkaitan dengan sikap isterinya. Ia adalah satu situasi yang sukar buat saya kerana saya bukanlah pakar bidang kaunseling rumahtangga.

Apapun, keadaan sebegitu mampu memberikan saya gambaran dan keadaan rumahtangga di Malaysia. Jika ketidakstabilan rumahtangga sebegitu berterusan, ia bakal menghasilkan anak-anak yang membesar dalam keadaan pincang dan serba kekurangan.

Menyedari kepentingan kestabilan rumahtangga, dari semasa ke semasa saya dan isteri berusaha memperuntukkan sedikit waktu untuk berfikir, meneliti rumah tangga sendiri, membaca buku berkaitan dan seterusnya menghasilkan cadangan-cadangan dan ulasan bagi manfaat ramai.

Sebagai salah satu usaha bagi mengurangkan tekanan dari kedua-dua belah pihak, suami dan isteri, melalui artikel ini, saya cuba memberikan fokus kepada kepentingan memahami perbezaan sifat lelaki dan wanita. Fikiran dan kehendak seorang lelaki dan wanita ada yang sama dan yang berbeza. Apabila tidak memahami perkara yang berbeza, ia akan sangat mudah mencetus sangka buruk, rasa disisih dan sebagainya.

FUNGSI RUMAHTANGGA

Dalam kesempatan yang amat terbatas ini, saya akan membawakan empat isu terlebih dahulu, sekadar mencuba-cuba memberi sedikit pembuka minda buat insan yang bergelar suami dan isteri dalam melayari rumah tangga mereka. Agar kita semua mampu menepati objektif sebuah rumahtangga yang digariskan oleh Allah swt iaitu :-

وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِّتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Ertinya : Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasanganmu dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir. ( Al-Rum : 21)

Berdasarkan rujukan saya dari huraian para ulama silam di dalam kitab-kitab tafsir, dapat saya simpulkan dari ayat di atas, antara fungsi rumahtangga yang MESTI diusahakan oleh kedua-dua pasangan adalah untuk menjadikannya sebagai :-

1) Litaskunu Ilayha

= Tempat merasa tenteram, kerehatan dan ketenangan. Faktor terkuat untuk menghasilkan aspek ini adalah individu di dalam rumah itu sendiri. Walau rumah sebesar dan sehebat mana pun binaannya, tanpa ahli rumah yang berkualiti, rumah tetap tidak mampu menghilangkan masalah.

2) Mawaddah wa rahmah

= Tempat emosi dan perasaan belas, kasih sayang dan cinta dipupuk. Maka adalah tanggung jawab pasangan untuk sentiasa memperbaharui kasih dan sayang mereka di antara satu sama lain. Itulah salah satu huraian yang diberikan oleh Sahabat Nabi, Ibn Abbas r.a apabila beliau berkata :

المودة حب الرجل امرأته

Ertinya : Mawaddah itu adalah kasihnya seorang suami terhadap isterinya (Tafsir Al-Qurtubi)

Justeru mempelajari caranya juga merupakan satu tuntutan, menzahirkannya kepada pasangan juga merupakan sebuah tuntutan.

= Saling ambil berat atas kebajikan, perasaan, kerungsingan. Tabiat natural manusia cenderung kepada keinginan seseorang untuk mengambil berat tentang dirinya. Justeru, ini adalah antara item penting yang mesti diwujudkan di dalam sebuah rumahtangga. Wajib ke atas kedua-duanya, suami terhadap isteri dan begitu juga sebaliknya. Sahabat nabi, Ibn Abbas r.a menjelaskan

الرحمة رحمته إياها أن يصيبها بسوء

Ertinya : Al-Rahmah itu adalah belasnya dan ambil tahunya seorang lelaki ke atas isterinya apabila dia ditimpa kesusahan dan keburukan. ( tafsir Al-Qurtubi)

= Imam Ibn Abbas r.a dan Mujahid pernah menerangkan bahawa Mawaddah bermaksud Jima' manakala rahmah itu adalah anak. Hasilnya, nafqah batin dan kepuasan suami isteri melaluinya adalah crucial di dalam sebuah rumahtangga. Kehadiran anak pula juga merupakan satu objektif perkahwinan yang dibanggai Rasulullah. Namun bagi yang belum mendapat rezeki itu, banyakkan berdoa dan teruskan usaha.


Situasi 1

Komen Isteri

i) Dia duduk di depan TV sedangkan aku buat segalanya, aku bukan maid.

ii) Dia hanya bantu bila aku minta, tak bolehkah proaktif seperti aku?

Balasan Suami

i) Dia ingin semuanya dibuat serentak sekarang. Rehatlah dulu.

ii) Dia mengharapkan aku menjadi pembaca mindanya selalu.

Apa yang perlu difahami oleh:-

Lelaki:

* Wanita sekadar meluah kepanikannya terhadap sekeliling, dia sebenarnya perlukan teman ketika mengemas agar hati gembira, badan sihat.
* Bantulah sekadarnya atau yakinkan isteri untuk berehat terlebih dahulu, namun perlu ajaknya sekali dan jangan terus berehat sendirian & membiarkannya bekerja.
* Sekali sekala, buat kejutan dengan mengemas seluruh rumah bersih secara mengejut (i.e basuh baju, sidai, basuh pinggan dan sebagainya)

Wanita:

* Lelaki akan memberi seribu satu macam justifikasi untuk berehat. Fahamilah kerehatan mampu memberi kestabilan minda dan tubuh kepada diri suami, mengurangkan risiko marah tidak bertempat. Bukankah ia baik untuk isteri dan anak-anak?
* Justeru, buatlah apa yang disukai dahulu & itulah tanda lelaki ingin merasakan rumah sebagai tempat berehat & bertenang.
* Adakalanya dia juga tidak ingin menganggu kepakaranmu, dibimbangi menjadi beban kerana ketidaksempurnaan kerjanya. Itu boleh jua menjadi tanda kasihnya kepadamu.


Situasi 2

Komen Isteri

Bila aku bercakap kepadanya, dia sering menganggu atau memberi penyelesaian.

Balasan Suami

Setiap tungkus lumus idea aku tidak dihargainya malah ditambah komplennya.

Apa yang perlu difahami oleh:-

Lelaki:

* Fahamilah, bahawa wanita dalam banyak kebarangkalian dan keadaan, mereka bercerita masalahnya sekadar untuk melepas bebanan dan bukan mencari penyelesaian segera. Justeru, jadilah pendengar yang baik.
* Dia juga suka bercakap masalahnya bagi meraih simpati dan kasih suami terhadapnya. Tunjukkan simpati. Namun cuba elak buat sementara sebarang penyelesaian melalui lafaz, dan banyakkan response melalui sentuhan.

Wanita:

* Lelaki kerap ingin menjadi hero dan juara dalam bidangnya, khususnya di hadapan wanita. Kerana itu dia sering menyampuk sebagai tanda ambil seriusnya dia terhadap masalahmu dan ingin segera menyelesaikannya.
* Respons dan berterusan dengan wajah kurang senang selepas cadangannya dibuat akan boleh disalah tanggap sebagai merendahkan kewibawaannya.


Situasi 3

Komen Isteri

Bila dia bercakap, terus menerus dan langsung tidak berminat untuk mendengarku bercakap.

" Tak pandang kita pun."

Balasan Suami

i) Aku memang mendengar, walau mata melihat kepada perkara lain.

ii) Aku sudah bantu dengan pelbagai cadangan penyelesaian namun dia masih tidak puas hati.

Apa yang perlu difahami oleh:-

Lelaki:

* Lelaki kerap ingin menjadi hero dan juara dalam bidangnya, khususnya di hadapan wanita. Kerana itu dia sering menyampuk sebagai tanda ambil seriusnya dia terhadap masalahmu dan ingin segera menyelesaikannya.
* Respons dan berterusan dengan wajah kurang senang selepas cadangannya dibuat akan boleh disalah tanggap sebagai merendahkan kewibawaannya.

Wanita:

* Sebahagian lelaki tidak suka memandang tepat di wajah isteri khususnya apabila isteri membangkitkan masalah dalam rumahtangga mereka.
* Kerana setiap ungkitan itu dianggap mencabar wibawa dan egonya. Justeru fahamilah jika dia senyap semasa anda bercakap dan memberikan luahan, itu sudah memadai sebagai tanda dia mendengar dan berfikir walau dia tidak memandang mata dan wajahmu.
* Lelaki juga adakalanya tidak suka berada dlm suasana perbincangan terlalu serius di rumah yang dianggapnya tempat merasa rehat dan bertenang. Tidak mahu ia menjadi seperti pejabat. Dia akan mendengar cuma tidak mahu dianggap seperti meeting rasmi di pejabat.


Situasi 4

Komen Isteri

Dia langsung tidak lagi sedar penampilanku, adakah melampau untuk aku harapkan penghargaan sekali sekala terutama di hari istimewa

Balasan Suami

Berapa banyak kali penghargaan yang diperlukan, setiap hari 5 kali kah? Mengapa dia tersangat emosi dalam hal ini?

Apa yang perlu difahami oleh:-

Lelaki:

* Wanita tidak seperti lelaki yang cukup dengan hanya sekali pujian, khususnya berkaitan penampilan dirinya. Lebih kerap mereka dipuji, lebih terasa mereka berharga di mata suami.
* Sentiasa ringankan mulut memuji. Adalah difahami salah satu tabiat lelaki bosan mengulangi pujian kepada perkara yang telah diperolehinya (namun sebelum memperolehinya, dia memang pemurah dengan puji-pujian).
* Justeru bagi mengelakkan kebosanan menjengah, pelbagaikan cara, sama ada pujian & penghargaan melalui tulisan, rakaman, sentuhan dan hadiah.
* Isteri memang emosi bab ini, kerana sifat wanita akan merasa terancam dan bimbang apabila si suami sering didedahkan dengan wanita di luar rumah dan di TV yang dirasakan melebihi penampilan dirinya. Justeru, penghargaan lelaki adalah perlu baginya untuk meningkatkan keyakinan diri mereka.

Wanita:

* Suami biasanya memang kerap memuji isteri tetapi pujiannya kerap di dalam hati tanpa suara dan lafaz. Namun jangan dianggap tiada lafaz itu bermakna tiada penghargaan.
* Tanda penghargaan suami adalah tungkus lumusnya bekerja mencari nafqah dan menyediakan keperluan zahir dan batin isteri.
* Sebahagian dari tabiat suami adalah menganggap nafqah pujian, penghargaan sebagai sampingan. Fahami sikap mereka itu nescaya stress boleh dikurangkan.
* Jangan bimbang, tidak semua suami melihat penampilan dan tubuh sebagai aset penting isteri. Justeru, jika merasakan diri 'kurang perform' di bahagian itu, tingkatkan prestasi di bidang lain yang boleh dihargai oleh suami.


Demikian serba ringkas, saya tidaklah berani untuk mengatakan semua wanita dan lelaki berciri sebegitu, namun saya kira sebahagian besar sifat dan tabi'at suami dan isteri adalah seperti yang saya tuliskan di atas. Semoga bermanfaat dan digalakkan bagi sesiapa yang punyai idea tersendiri untuk mengoretkan cadangan bernas anda di ruangan komentar, semoga ia mampu menambah manfaat artikel ini.

Sunday, August 1, 2010

Perpisahan di Pulau Borneo yang menemukan kami di Kepulauan Melayu....

2 bulan setengah berlalu...

Na'a ada di Sarawak dan abang di Sabah kn...Kita hanya berkontek dr jauh jek..sedih lg terasa..Tp ok ckit sbb abang ada bg teddy bear kt Na'a..tu la teman Na'a if tiba2 rs rindu..

Akhir Jun, kta dpt result untuk masuk U...Na'a hepi sgt2 sbb kta sm2 dpt U yg berada di sekitar Lembah Klang..So, dh dekat dh dgn abang...

Sekitar awal2 kemasukan kita ke U, xder ape2 mslh..sempat gak jumpa kn 1-2 kali dlm 1 sem tu....

Tapi bla masuk jek tahun kedua...
Hbgn kta ada problem kn sayang...dlm petengahan Ogos 2006..ntah apa yg berlaku...Part ni Na'a dh lupa apa yg terjadi...

Na'a menstress kn abang ye...Abang ckp nk BERPISAH pastu.....
Apa yg terjadi abang???Na'a blur ms ni..speechless...Na'a kt dewan ms ni..terus Na'a balik hostel...pikir balik..Na'a xnk berpisah abang...Na'a xsanggup....Na'a sayang kt abang...Lama kita bermesej ttg ni...Abg berkeras nk berpisah.tp abang ckp still nk kontek mcm biasa walo dh berpisah..(apa ni sayang)...Na'a berkeras x nk...Nape nk kontek balik if dh berpisah..x faham sayang..sedih sgt2 ms ni..Na'a rasa mcm hidup Na'a kosong...Kepala Na'a xdpt nk pikir apa2...desakan demi desakan Na'a hadapi...Na'a x tahan abang...Na'a lemah..akhir nya dlm 2 pagi gitu, Na'a redha jek abang nk berpisah..Na'a terduduk..terdiam sebaik saja setuju utk berpisah...
Ms ni, Na'a xdpt tdo..sepanjang mlm Na'a nangis..Na'a dh xder abang...Abang plak ape perasaan ms ni??..smpi skrg Na'a x pnah tnya...

Br Na'a tersedar, Na'a ada ALLAH...Ya ALLAH...ampun kn Na'a...
Na'a lalai..Lupa yg kekasih Na'a yg satu ni ada..sentiasa bersama Na'a..Malam tu juga...dengan esakan tangis yg x henti2..Na'a g mandi wajib(sbb uzur dh nk abis ms ni)..sejuk nyer mlm tu..tp Na'a tahan jek..sbb Na'a nk ngadu kt kekasih Na'a yg SATU ni...tersedu2 Na'a..Na'a tahan esakan tu..perlahan2 Na'a g pakai telekung, sbb bdn Na'a rs dh lemah sgt2 ms ni...mlm tu gak Na'a solat..dgn tangisan yg ditahan2..sbb xnk roomate (Fatin) terbangun dan tahu...

Lepas solat tu, br Na'a rs tenang sikit...then, Na'a g tdo..lena kejap jek..pastu terbangun awal...Na'a nangis lg...sbb Na'a hrp ia adalh mimpi..tp x..tu lah realiti..
kosong nyer dunia ni rasa nyer...Lepas solat subuh pg tu, Na'a terpaksa gak cite kt Fatin...sbb dia tahu Na'a nangis..Pg tu gak, Fatin peluk Na'a..for the first time..Na'a nangis kt dia(hehe..aksi romantik plak dgn Fatin)..but seriously, its calm me down....Na'a xnk pikir lg ttg abg ms ni(tp sbnr nyer x dpt)...lost sgt2 Na'a ms ni..hilang arah tuju sementara..

Pagi tu, kta mesej lg arguing ttg hbgn kita...Last2, abang mesej ckp abang pun xleh nk kehilangan Na'a..Abang nk Na'a balik...Ye..Na'a pun nk abang balik...pagi tu gak..dlm 7am...hbgn kita kembali seperti sedia kala...

Ada sesuatu yg kita boleh amik iktibar dr 5 jam perpisahan tu..Na'a rs lg2 mhargai abang pasni..part abang na'a x pnah tanya nape abang nk Na'a kembali setelah berkeras nk berpisah..Tp Na'a pasti ada khilaf yg kita sm2 buat...ada hikmah semua nyer..

Alhamdulillah..setelah kejadian tu, Na'a pun semakin memahami abang..Abang pun semakin sensitif dengan segala perubahan Na'a...

Dan kita berjaya menharungi semuanya bersama2 sehingga sekarang...5tahun yg berlalu..Mendewasa dan mematangkan kita....

Untuk Abang yang tidak pernah jemu melayan karenah Na'a..thanx for all...
Dlm hidup ini, kita tidak perlu mencari kesempurnaan..Cukup la kita saling melengkapi utk sama2 menyempurnakan amanah dan amanat ALLAH ...

" YA Allah seandainya dia diciptakan mnjdi milikku,baik utkku duniaku dan akhiratku..maka satukanlah kami dlm ikatan pernikahan..

tetapi Ya Allah....seandainya dia bukan milikku, tidak baik untukku duniaku dan akhiratku, maka pisahkan kami dn hubungkanlah kami sbg persaudaraan islam.."

~Masa post ni ditulis, Na'a menangis lg bersama2 slot yg dikarang..sbb Na'a berada dlm dunia 2006 kembali..Mengimbas kembali tiap2 detik yg berlaku~